Sunday, December 22, 2013

CABARAN DAY 4 (entri 1) Mereka HERO & HEROIN ku


Jom kita fahami lagu ni..

Ayah Dan Ibu 

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Bila berbicara tentang ibu dan bapa, automatik air mata ini bergenang. Terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan buat kita. Mendahulukan keperluan anak, berbanding keperluan sendiri. Itu la mereka, kedua ibu bapa kita

Abah wana, Encik Zakaria Bin Haji Shaari. Tempat kelahiran Kluang, Johor. Seorang Pembantu Am Pejabat (kanan). Alhamdulillah baru2 ni abah naik pangkat dan dapat cemerlang. Masuk kali ni 3 kali abah dapat Anugerah Cemerlang. Abah seorang yang komited dengan kerja dan rajin. Seorang yang tak banyak berbicara. Semangat yang kuat..ada abah bercerita tentang dia dulu2, abah pernah bekerja di Singapore, kerja kat MARDI, pelukis plan, jadi tukang kebun, macam2 pernah abah buat. 

Walaupun usia abah kini, 55 tahun..selain daripada tugas di Pejabat Sekolah nya, abah juga buat part time job sebagai pentadbir kat tuisyen. Abah memang seorang yang rajin. Yela, orang yang biasa buat kerja..bila tak buat kerja jadi tak lengkap. Tangan abah, tangan ajaib..hehe..alhamdulillah tumbuh2an dan tanaman hidup subur bila abah menanam..time abah jadi tukang kebun dulu, boleh dikatakan kat sekolah tempat abah bekerja dulu, hasil buah2an nak2 mempelam siap boleh jual..walaupun banyak dah agih2 kepada cikgu dan staf sekolah tapi rezeki berbudi kepada tanah..sangat berkat.

Berkira2 pekerjaan apabila dia telah bersara, abah plan nak berbisnes dengan adik wana yang baru habis belajar baru2 ni. Alhamdulillah..katanya nak dibuat sekali dengan bisnes wana.

Abah seorang yang sangat tegas dan garang. Abah didik wana macam tentera dan bersistem serta berjadual. Buku2 wana akan abah semak, beg sekolah akan abah tengok, buku2 abah akan pastikan buku kami bersampul. Amalan rohani, kepentingan pendidikan dunia dan akhirat menjadi keutamaan. Alhamdulillah didikannya wana turunkan untuk mendidik Maisarah. Ada satu lagi impian abah, in shaa Allah tahun depan wana akan realisasikannya iaitu sambung phd :)

Ma wana, Puan Maimun binti Ismail. Anak jati Terengganu..tapi loghat nya standard tak pekat. Seorang suri rumah tangga. Ma wana seorang yang mudah dapat kerja. Dulu2 ma pernah bekerja di Mydin, pembantu klinik, kerja melukis sutera (ha...dulu2 bawah rumah kami, al maklum la time kami kecik2 dulu rumah kayu mixed batu..abah n ma buat batik canting kat..ma n abah memang berseni..sempat hasil tangan ma abah di jual ke Pulau Tioman)..ada wana pujuk abah n ma kembali aktif..tapi ntah..agaknya abah n ma nk berehat.

Sambung semula bercerita tentang Ma. Ma seorang ibu yang caring, yela sifat semulajadi seorang ibu..Sekarang duduk rumah bertingkat, ma amat disenangi dan disukai oleh komuniti. Seorang yang ramah.

Mereka selalu menyokong apa sahaja yang wana lakukan..dari sekolah rendah, wana seorang yang aktif dengan pertandingan bercerita BM & BI, pertandingan nasyid sampai peringkat kebangsaan, sekolah menengah pun merupakan atlet sekolah acara olahraga..acara 100m dan 4x100m, aktif dengan pembimbing rakan sebaya hingga peringkat kebangsaan, pertandingan public speaking..ketua puteri islam, fasilitator kem kepimpinan & pelbagai aktiviti lagi.. Pendek kata sepanjang sekolah tu, tebal sijil2nya dan banyak kumpul medal & trophy..hehehe.

Mereka tulang belakang utama wana, peniup semangat & segala-galanya bagi wana. Setiap hari, setiap saat sentiasa wana titipkan doa buat insan2 kesayangan wana. Mudah2an Kalian sentiasa sihat, bahagia di dunia & di akhirat. Hanya Allah yang akan membalas jasa kalian. 

Long sayang Abah & Ma dunia & akhirat. 

No comments:

Post a Comment