Sunday, December 1, 2013

kencing manis semasa mengandung

Gembira dan excited bila mendapatkan pengesahan kehamilan kan?? wana pun gitu juga dulu..rasa bersyukur, happy, excited & macam2 lagi.



TAPI langit tak selalu cerah..

ada segelintir daripada ibu2 yang disahkan ada kencing manis semasa pregnant? Risau? Jangan risau2, JOM baca entri ni :)


   


Jom sama2 kita mengenali serba sedikit tentang Diabetes ketika hamil atau nama lain Gestational Diabetes mellitus, GDM). Diabetes gestasi adalah kandungan gula dalam darah tinggi (diabetes) yang bermula atau mula-mula didiagnosis semasa mengandung.Kejadian seumpama ini dianggarkan berlaku dalam 4% kehamilan (sumber: WebMD Medical)

Punca dan faktor-faktor risiko

Hormon kehamilan boleh menghalang insulin daripada melakukan tugasnya. Apabila ini berlaku, paras glukosa mungkin meningkat dalam darah wanita yang mengandung.


Siapa yang berisiko untuk mendapat GDM ni??

  • Berumur lebih daripada 35 tahun apabila anda hamil
  • Mempunyai sejarah keluarga diabetes
  • Melahirkan bayi yang berat lebih daripada 9 pound atau mempunyai kecacatan kelahiran
  • Mempunyai paras gula (glukosa) dalam air kencing yang tinggi ketika lawatan pranatal biasa
  • Mempunyai tekanan darah tinggi
  • Mempunyai terlalu banyak cecair amnion
  • Berat badan berlebihan sebelum kehamilan



antara simptom2 nya ??

tiada simptom yang sebegitu jelas tentang gejala GDM ni. Melainkan anda terus ke klinik atau hospital berdekatan dan di sana ujian darah dan ujian air kencing akan dilakukan. Dari situ, kita dapat mengetahui adakah kita ada GDM ni ataupun tidak. GDM kebiasaannya tiddak mengancam nyawa wanita yang hamil. Biasanya aras glukosa bagi ibu2 yang GDM ni akan menjadi normal selepas bersalin.

simptom2 nya:

  • sentiasa dahaga
  • pening2 & rasa berpusing2
  • loya dan muntah
  • berat badan menurun tetapi selera makan meningkat
  • berpeluh
  • keletihan tanpa sebab


GDM biasanya bermula dipertengahan kehamilan. Semua wanita hamil perlu menjalankan ujian glukosa di antara minggu ke-24 dan 28 kehamilan untuk mengenalpasti samada anda ada GDM atau tidak. Wanita yang mempunyai sejarah keluarga dengan diabetes, mungkin perlu menjalani ujian ini pada lebih awal.

Diet & kawalan kendiri
  • Memperbaiki cara pemakanan anda. kebiasaan nya ahli diet kan memberikan garis panduan kepada wanita mengandung yang mempunyai kencing manis. (jangan ingat mentang2 anda pregnant, istilah "makan untuk 2 orang" tu membantu :), jadi kena ikut guideline yang diberi ya.
  • Menjalani rutin bersenam, sekurang-kurangnya berjalan 30 minit sehari.
  • Memantau aras gula dalam darah dengan menggunakan alat yang didapati di pasaran. Penggunaan alat ini memerlukan modal yang agak tinggi dan ianya adalah pilihan anda untuk menggunakannya. Bagus jika anda ada di rumah, kerana anda dapat memantau sendiri aras Glukosa anda.
  • Bagi yang lebih serius, anda mungkin memerlukan suntikan insulin atau ubat mengawal aras gula dalam darah.

Komplikasi

Komplikasi berkaitan proses kelahiran disebabkan oleh saiz bayi yang besar 
  • Risko mendapat diabetes kemudian hari 
  • Risiko kematian bayi yang baru lahir.
  • Paras gula (glukosa) yang rendah pada bayi baru lahir



**sedikit perkongsian tentang peningkatan berat badan semasa kehamilan

Purata berat berat badan wanita sebelum kehamilan adalah dijangka akan meningkat kepada 25 ke 35 pound semasa hamil. Jadi anda mungkin sama ada perlu menambah berat badan atau mengurangkan berat badan, ini akan disandarkan/dirujuk berdasarkan kepada berat badan sebelum kehamilan dan juga cadangan & nasihat daripda Doktor anda.

Secara umumnya, berat badan anda perlu ditingkatkan 2-4 pound semasa 3 bulan pertama kehamilan dan 1 pound/minggu untuk tempoh berikutnya.

Where the weight goes
Baby8 pounds
Placenta2-3 pounds
Amniotic fluid2-3 pounds
Breast tissue2-3 pounds
Blood supply4 pounds
Fat stores for delivery and breastfeeding5-9 pounds
Uterus increase2-5 pounds
TOTAL25 to 35 pounds

(sumber : WebMD Medical )


Jadi, apa yang dicadangkan oleh Shaklee untuk membantu mengurangkan gejala GDM ni??

ibu2 semua boleh mendapatkan set " sugar control set "


terus hubungi saya untuk mendapatkan SET Sugar Control anda HARI INI!!!








No comments:

Post a Comment