Saturday, December 14, 2013

Pentingnya...AIR


AIR..sebut aje pasal air, apa yang anda fikirkan..mungkin anda terpandang botol air di sebelah anda?? terbayang air terjun, pantai..maklum lah sekarang mood cuti sekolah. Tapi tahukah anda pentingnya kita minum air secukupnya?? Ramai yang menyedari kepentingan air terutama kepada kesihatan kita tetapi ada juga segelintir daripada kita yang tak ambil kisah tentang pengambilan air yang mencukupi..ada yang asal minum cukup la atau time dahaga or panas aje minum. Tanggapan tu salah ye.

Sebenarnya kita sebagai individu dewasa perlu mengambil perhatian terhadap kepentingan minum air di samping menggalakkan anak-anak untuk melakukan yang sama. Rata-rata kanak-kanak ada yang kurang minum air terutama air masak.

Amalan air yang mencukupi dapat 
  • menghindarkan dehidrasi, dan melicinkan proses membuang air besar.
  • kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut. 
  • melaraskan suhu badan
  • membawa nutrien dan oksigen ke sel
  • membantu melancarkan proses pembuangan toksik
  • melindungi sendi 
  • mengawal organ dan tisu
dan banyak lagi..

Orang dewasa memerlukan antara 8-12 gelas sehari. Sementara, kanak-kanak pula bergantung kepada umur, berat dan kegiatan fizikal. 

air & supplement??
ada customer yang tanya, kenapa berat badan lambat turun, kenapa tak nampak kesan lagi?? ha..jawapannya, berkisar tentang WATER INTAKE anda, anda perlu pastikan WATER INTAKE mencukupi iaitu sebanyak 3L. Kekurangan air, akan melambatkan proses pembuangan toksin/ keberkesanan sesuatu supplement atau vitamin.




No comments:

Post a Comment