Tuesday, December 3, 2013

bengkak payudara, susu tersumbat..Aduhh


Bengkak payudara/ susu tersumbat atau Clog Duct ni, kerap berlaku dikalangan ibu2 yang menyusukan bayi. Yang pernah merasainya, mesti tau betapa sakitnya dan ada yang demam akibat daripada keadaan ini. Wana sendiri pernah mengalaminya.. Allah sahaja yang tau macam mana rasanya. Alhamdulillah tak berlarutan, wana terus tuam dengan tuala suam, relax kan diri..bila dah reda, bagi baby menyusu and perah dalam botol.




Apa penyebabnya & macam mana ia berlaku??
  • Selepas 72 jam bersalin, susu akan terhasil dengan banyaknya untuk bayi anda. Apabila ini berlaku, lebih banyak darah akan mengalir ke payudara dan sedikit ke kawasan bengkak. Hasilnya, payudara menjadi penuh dan membengkak. (tak semua ibu akan mengalaminya, setengahnya mungkin hanya mengalami sedikit pembesaran, membesar dengan banyak dan mengeras).
  • Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaian underwire bra
  • Susu yang mengering terlalu tebal kat bahagian puting, jadi susu baru tak boleh nak keluar
  • Tidak pam setiap 2 jam, dan hanya pam apabila payudara penuh
  • Jangkitan yis
  • Stress
  • Tak cukup tidur
  • Teknik lekapan bayi yang salah

Cara mengatasi masalah ini??

  • Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Say no to yang besi2 tau, no ketat2... (bagi ibu2 yang hamil, jangan lupa selitkan pencarian nursing bra dalam persiapan menyambut bayi).

  • Susukan bayi anda dengan kerap (setiap dua atau tiga jam), walau baby tengah syok tidur pun kena kejut jugak ye..terutama kepada yang ada baby jaundice..baby yang alami jaundice lebih banyak tidur, kejutkan dia time menyusu. Dengan BF ni, in shaa Allah dapat membantu kurangkan jaundice nya. (maisarah dulu memang wana bg full BF, alhamdulillah 3 hari je dah tak de kuning nya.
  • Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
  • Sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola jadi sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
  • Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri in shaa Allah akan menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ni wana sendiri mengamalkannya semasa berpantang dan lepas berpantang.
  • Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
  • Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, anda boleh la pam susu. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
  • Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).
  • Ada juga petua: meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).
  • Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
  • Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
  • Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat.
  • Jika tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.
Rujukan: ( PAMA.KARANGKRAF )


Di Shaklee, kami syorkan ibu2 yang BF untuk consume Lecithin :) in shaa Allah dapat membantu mengurangkan gejala susu tersumbat ni.





No comments:

Post a Comment