Tuesday, July 22, 2014

Tips Keselesaan Semasa Menyusukan Bayi

Susu ibu, susu yang terbaik untuk bayi anda. Dalam susu ibu mengandungi pelbagai zat dan penawar, tapi AWAS para ibu perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi memastikan zat disalurkan terus melalui susu itu. Sembarangan makanan boleh menyebabkan bayi anda kembung,cirit birit, 'rajuk susu'. Jadi para ibu yang menyusu kena perhatikan apa yang anda makan ye. Untuk itu hari ni wana nak berkongsi tentang Tips Keselesaan Semasa Menyusukan Bayi.


Mewujudkan keselesaan adalah penting ketika bersama bayi terutama pada ketika anda menyusukan bayi anda, ibu-ibu kena alert dengan suhu, keadaan sekeliling. Contohnya bila panas apa yang perlu dibuat untuk menjamin keselesaan ibu dan bayi yang menyusu. Semestinya peluh dan rasa panas sedikit sebanyak akan menggangu waktu penyusuan. Berkongsi tips khas dari wana sendiri tentang Tips mewujudkan keselesaan semasa menyusukan bayi.


  1. Perhatikan cuaca atau suhu sekeliling adakah panas atau sejuk. Jika cuaca membahang, ibu boleh membersihkan badan terlebih dahulu sebelum memulakan penyusuan. Jadi ibu dan bayi lebih selesa, duduk di kawasan yang berangin atau pengudaraan yang bagus.
  2. Ibu dapatkan posisi atau kedudukan yang dirasakan paling selesa. kalau selesa duduk, duduk lah dengan selesa. kalau selesa berbaring, baring dengan posture yang betul. Boleh letakkan bantal kecil atau lembut di belakang badan atau ada yang memilih untuk duduk atas sofa.
  3. Bagi wana, wana selesa dengan meninggikan kedudukan bayi dengan cara mengalas bayi dengan bantal yang lembut supaya posisi ibu tidak membongkok dan kedua-dua ibu dan bayi lebih selesa.
  4. Membaca doa sebelum memulakan penyusuan, wana suka sapu atau usap ubun-ubun anak. Dalam masa yang sama kita berdoa, berzikir.
  5. Jika bayi anda dah dikenalkan dengan puting kosong, kebarangkalian untuk bayi anda 'keliru' dengan teat ibu & puting kosong tu ada. Ibu-ibu jangan stress jika berlakunya keadaan ini, cuba suakan kepada bayi beberapa kali, andai bayi tetap juga menolak ibu-ibu boleh mencari nipple shield yang boleh dibeli di pasaraya. Beli lah ikut ukuran teat para ibu. Nipple shield ni in shaa Allah dapat membantu para ibu dari segi flow, elakkan crack pada nipple mummy, bagi ibu-ibu yang mempunyai nipple yang pendek in shaa Allah membantu.
  6. Setelah penyusuan, bersihkan nipple anda dan muka/pipi bayi dengan air biasa/air suam-suam kuku dan lap dengan tuala lembut dan kering. Hal ni dapat mengelakkan daripada 'kulat susu' pada pipi atau muka bayi anda serta untuk penjagaan kebersihan kawasan payudara anda. Aspek kebersihan perlu diberi penekanan ye mummy.

Tu sedikit sebanyak perkongsian daripada wana untuk anda :) 


Wana
ID918791
0199904429 / 01116866987
tulipcomey@gmail.com

Monday, July 21, 2014

Risiko Perjalanan Jauh


Bila terpandang aje gambar ni rindu time pregnant dulu-dulu. Wana pernah story sebelum ni yang wana daripada sebelum kahwin, lepas kahwin, hamil hingga sarat memang travel dan drive alone daripada USM Kubang Kerian ke Kuala Terengganu. Adalah dalam 2 minggu sekali wana akan pulang ke rumah parents di KT, encik suami juga akan ke KT. Tak pun wana akan pulang ke Kuantan. Itu Kisah sebelum lahirnya Maisarah dan time tu wana tengah buat master di USM Kubang Kerian. Episod PJJ dah berakhir lepas kelahirannya dan kami dah tinggal satu bumbung, alhamdulillah :)

Ok , terus sahaja kepada Risiko Perjalanan Jauh. Agak bersesuaian dengan keadaan yang menghampiri Syawal beberapa hari aje lagi ni mesti ada ibu-ibu hamil yang merancang untuk pulang ke kampung halaman. Yalah bukan selalu dapat peluang beraya di kampung dan berjumpa adik beradik juga sanak saudara.

Pada usia awal kehamilan, anda masih boleh travel dalam perjalanan jarak jauh, kecuali bagi ibu-ibu yang mengalami komplikasi pendarahan, alahan dan muntah yang teruk atau anda yang pernah mengalami sejarah keguguran bagi kehamilan yang terdahulu. 

Bagi ibu-ibu yang hamil terutama dalam trimester akhir, anda tidak digalakkan berjalan jauh, apatah lagi terdapat jalan atau laluan yang tak rata atau berlubang. Ketahui lah para ibu, perjalanan jarak jauh ketika di akhir kehamilan mendedahkan anda kepada risiko kelahiran pramatang. 

Tetapi jika keadaan betul-betul memerlukan anda untuk melakukan perjalanan jarak jauh, beberapa aspek penjagaan diri perlu diberi perhatian, seperti:
  • duduk dalam kedudukan yang betul dan selesa
  • jangan duduk terlalu lama
  • jauhi alkohol
  • minum air dengan banyak/mencukupi
  • kerap melakukan regangan ringkas atau pergerakan kaki
  • membawa bekalan ubat/supplement yang dinasihatkan
  • membawa rekod pemeriksaan ke mana saja yang anda pergi
Beberapa aspek yang saya highlight ni perlu diberi perhatian bagi mengelakkan darah beku dan memastikan peredaran darah yang teratur. Tetapi adalah lebih baik jika anda cuba elakkan perjalanan jarak jauh terutama semasa trimester akhir kehamilan

Travel guna kereta
  • merupakan pilihan yang terbaik, anda boleh berhenti rehat di mana sahaja dan pada bila masa.
  • ibu hamil mempunyai komposisi darah yang boleh menyebabkan pembekuan darah dalam saluran vena. Keadaan ni adalah merbahaya jika berlakunya pembekuan darah yang seterusnya akan mengurangkan aras oksigen dalam badan yang sudah pastinya membahayakan ibu serta kandungan.
  • pakai tali keledar untuk tujuan keselamatan
  • bila duduk lama, letak bantal kecil di belakang badan dan lunjurkan kaki (boleh kurangkan bengkak kaki dan perbaiki peredaran darah)
  • servis kereta anda
Travel dengan kenderaan awam
  • sebaiknya cuba elakkan menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan keretapi. Hal ini berikutan keadaan anda yang tidak bebas bergerak, posture badan yang kurang selesa, kaki terjuntai.
Travel dengan pesawat/kapal terbang
  • ada yang memerlukan surat dan akuan daripada doktor anda.
  • sebolehnya anda elakkan travel dengan kapal terbang.
sumber:  , 2 ,
.

Mama wana
ID918791
0199904429 / 01116866987
tulipcomey@gmail.com




Persiapan Terakhir Sebelum Kelahiran

Semua pasti teruja menanti saat menunggu lahirnya permata hati ke dunia. Pelbagai persiapan telah buat, IBU kini bersedia untuk menempuh satu lagi fasa iaitu FASA kelahiran. Jadi entri kita malam ni berkaitan Persiapan Terakhir Sebelum Kelahiran. Entri kali ni hanya lah check list terakhir untuk disemak oleh bakal ibu supaya ibu dapat menempuh fasa kelahiran dengan penuh tenang dan bertenaga.

Ada yang menghampiri due date, ada yang dua minggu dari sekarang estimate due date nya, ada yang seminggu menghampiri tarikh yang dijangka. Jadi apa yang perlu kita lakukan terutama dengan Syawal yang bakal menjelma, pastinya para ibu ada yang merancang nak pulang ke kampung.



  1. Semak kembali persiapan bayi yang berada di dalam kereta. Kad ibu, persalinan kelengkapan bayi, items yang dirasakan perlu. Cek dari masa ke masa agar tiada yang tercicir.
  2. Bagi ibu2 yang makin menghampiri tarikh kelahiran di cadangkan hanya berjalan di kawasan yang berdekatan dan sebolehnya elakkan daripada travel long distance. Kebimbangan kita adalah apabila berada di highway atau jalan persekutuan, jarak nak ke hospital akan memakan masa. Kita sendiri tau kebanyakan jalan-jalan short cut ni kebanyakannya dipelopori oleh ladang getah atau kelapa sawit dan jarak untuk ke hospital berdekatan adalah jauh. (in shaa Allah wana akan buka entri Risiko Perjalanan Jauh). Adalah lebih baik jika anda mendapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor anda.
  3. Pastikan para bakal ibu mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.
  4. Teruskan pemakanan yang seimbang dan pengambilan air yang mencukupi.
  5. Terus memperbanyakkan zikir, membaca Al-Quran,berdoa, berkata yang baik, melihat perkara yang baik, bersangka baik. Semuanya in shaa Allah akan membantu mempermudahkan kelahiran.

Salam Sayang
wana
ID918791
0199904429/01116866987 (sms, whatsapp)
tulipcomey@gmail.com

Monday, July 14, 2014

Tips Pemakaian Semasa Mengandung

Salam siaran semua. mesti ada yang rindukan entri daripada wana kan? malam ni wana nak kongsi sikit tentang Pemakaian Ketika Hamil. Nampak simple tapi ada segelintir yang pandang remeh tentang aspek pemakaian ni.

Kita ni bila dah nak bergelar ibu mahupun sudah bergelar ibu mesti sesuaikan diri dengan tatacara pemakaian yang sesuai. Pakaian semestinya longgar, cantik, selesa dan bergaya yang kena pada tempatnya. 



Wana faham ada segelintir mummy to be yang kurang selesa ketika awal kehamilan, ada yang alahan teruk. Walhal mummy yang ada beberapa orang anak pun ada yang mengalami cabaran ketika kehamilan.

ok, terus sahaja kepada Tips Pemakaian Semasa Mengandung:

  1. Pakai pakaian yang longgar. Ada ibu2 yang bekerja, ditempat kerjanya ada menyediakan pakaian atau uniform untuk ibu-ibu yang mengandung. Ada tempat kerja yang membolehkan pemakaian jubah (kelonggaran diberi kepada ibu-ibu hamil sahaja). Kalau ada tempat yang tak menyediakan uniform, anda boleh memilih pakaian yang bagus pengudaraannya, longgar daripada pakaian yang biasa anda pakai sebelum hamil. 
  2. Elakkan memakai underwear yang terlalu ketat.
  3. Elakkan pakaian yang ketat terutama daripada fabrik jeans. Pakaian yang ketat akan memberi tekanan kepada perut dan menyebabkan anda kurang selesa.
  4. Tinggalkan terus kasut2 yang ala2 cinderella yang tinggi dua tiga inci tu kerana ianya akan membahayakan anda dan bayi kerana secara jelas kasut yang bertumit tinggi ni kurang stabil. Bertukar la kepada selipar comfort. Wana dulu bila disahkan hamil, terus pakai sandal yang comfort tu :)


Apa sahaja yang anda nak pakai, apa yang penting yang perlu anda fikir adalah keselesaan dan kandungan anda.

Sebenarnya banyak lagi apa yang boleh dan tak boleh ni, tapi wana highlight point yang jelas yang ada segelintir kita kurang cakna.

Sayangi diri anda, sayangi kandungan anda dan in shaa Allah moga semuanya selamat :)

Yang nak berkongsi sebarang tips, boleh kongsi-kongsikan ye 



Salam sayang
mama Wana
ID918791
0199904429

Friday, July 11, 2014

B complex Menggemukkan? Betul Ke Bohong?

Ada yang bertanya wana, makan B complex tak gemuk ke? (wana pandang pada diri, tak ada pulak naik beratnya, tak ada pula jadi makin berselera. Makin loss inch dan bertenaga adalah. Sesetengah orang fobia dengan B complex ni sebab ada yang kata B complex buat selera makan membuak-buak dan bertambah berat badan. ha..kupasan wana tentang B complex kejap lagi akan membantu anda memahami B complex tu sendiri.

Apa yang wana jumpa adalah B complex merupakan vitamin yang penting untuk seseorang individu terutama dalam penurunan berat badan. Wana sendiri ambik B complex ni sebab metabolisma wana rendah. Nak tau macam mana metabolisma rendah? apa yang mudah sekali, kita perhatikan macam mana corak perpeluhan kita dalam keadaan biasa, dalam keadaan aktif. Banyak tak peluh yang keluar? In shaa Allah nanti wana buka entri tentang Metabolisma badan pula ya.

Perkaitan antara B complex dan pengurangan berat badan

Badan manusia itu sendiri memerlukan 13 jenis vitamin yang antara 8 jenis itu datang daripada kumpulan B complex (thiamine B1, Riboflavin B2, Niacin B3, Panthothenic acid B5,  Pyridoxine B6, Biotin B7, Folic acid, Vitamin B12) [sumber: http://healthmeup.com/ ]. B complex amat diperlukan untuk proses metabolik seperti sintesis sel darah merah dan penghasilan tenaga.

Semua vitamin B complex adalah larut air. Secara amnya, ia membekalkan tenaga melalui penggunaan unsur karbohidrat yang ditukarkan menjadi glukosa. Vitamin-vitamin B complex juga perlu dalam metabolisma protein dan lemak. Ia akan bekerja bersama-sama, jadi adalah perlu bagi anda untuk mengambil kesemua ke lapan-lapan kumpulan B complex. 

Jom kita tengok satu persatu tentang komponen dalam kumpulan B complex ni

Vitamin B1 (Thiamine)
fungsi yang paling penting bagi B1 adalah menguatkan sistem pertahanan badan dan membaikpulih jika badan berada dalam situasi stress. Ia juga membantu menghasilkan tenaga daripada karbohidrat. Juga membantu penghasilan RNA dan DNA.

Sumber B1 : Asparagus, terung, tuna, kekacang, tomato dan kacang peas.

Vitamin B2 ( Riboflavin)
vitamin B2 melindungi sel daripada kerosakan oksigen. Juga memainkan peranan yang sangat penting metabolisme tenaga dan lemak serta membantu dalam memastikan kesihatan membran.

Sumber B2 : susu, yogurt, sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin, telur putih dan badam.

Vitamin B3 (Niasin)
Penting dalam penghasilan tenaga. Menghasilkan tenaga dengan menukarkan karbohidrat, lemak dan alkohol. Juga bertindak untuk mengekalkan kesihatan kulit. Membantu sistem saraf dan pencernaan berfungsi dengan sempurna dan cekap. Biasanya kehilangannya B3 ni ketika memasak.

Sumber B3: daging, ikan, ayam/itik, telur, kacang, cendawan, avokado.

Vitamin B5 (Panthothenic acid)
diperlukan untuk membebaskan tenaga daripada karbohidrat dan lemak. Juga berguna untuk penghasilan sel darah merah, dan menyokong kelenjar adrenal.

Sumber B5: susu, ginjal , telur, kekacang.

Vitamin B6 (Pyridoxine)
Ia membantu metabolisma protein dan karbohidrat.  Juga membantu dalam pembentukan sel darah merah, otak. Di samping itu, ia membantu perkembangan otak, menguatkan pertahanan badan dan menyokong hormon.

Sumber: Bijirin, kekacang, ikan, kerang-kerangan, buah-buahan.

Vitamin B7 (Biotin)
Perlu untuk pertumbuhan sel di dalam badan. Ia juga membantu penghasilan asid lemak dan penghasilan tenaga daripada karbohidrat. Selain itu, ia memastikan kestabilan dalam aras gula dan menguatkan rambut dan kuku.

Sumber B7 : bunga kobis, telur kuning, kacang, ayam dan cendawan.

Folic acid
membantu penghasilan sel darah merah yang merupakan medium pengangkutan oksigen terutama bagi ibu-ibu hamil, membantu perkembangan fetus, sistem saraf fetus dan sintesis DNA.

Sumber Folic acid: sayur-sayur berdaun hijau, kekacang, hati, telur dan buah-buahan.

Vitamin B12 (Cyanocobalamin)
Ia membantu mengekalkan sel saraf, kebolehan mental/pemikiran, sel darah merah dan penghasilan tenaga. 

Sumber B12: daging, susu, cheese, telur.

itu antara komponen dalam kumpulan B complex. Jadi tiada isu yang mengatakan B complex boleh menyumbang kepada kegemukan dan penambahan selera makan. Mungkin jika anda mengalami situasi makin berselera atau makin gemuk, B complex yang anda ambil itu tidak cukup 8 jenis vitamin B kerana kita sedia maklum, yang B complex ni komponennya mesti bertindak bersama-sama, tak boleh tertinggal walau satu jenis kerana ia memerlukan satu sama lain untuk bertindak dengan efektif.


Jadi macam mana dengan B complex Shaklee?

B complex Shaklee ni lengkap dengan 8 Vitamin B yang penting.

Tengok gambar kat bawah ni, wana snap daripada botol B complex Shaklee




 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


sebarang pertanyaan boleh terus hubungi

wana
ID918791

0199904429 (sms/whatsapp)















Wednesday, July 9, 2014

Mudahnya Jadi Ahli

Ada yang sudah terang lagi bersuluh tanya wana. Awak distributor Shaklee ke? awak agen Shaklee ke? YE, saya Shaklee Independent Distributor (jawab sambil senyum). Wana pasti ada yang berkira-kira nak jadi ahli Shaklee kan? Jadi entri hari ni tentang Mudahnya Jadi Ahli yang berkisar tentang mudahnya untuk menjadi ahli Shaklee.

Banyak entri yang lepas, wana kupaskan tentang manfaat, syoknya, bestnya jadi ahli. Kali ni kita nak lihat secara am process macam mana nak jadi ahli tu.



  • Cari dengan mana-mana Ahli Shaklee (penting untuk anda memilih SID yang anda rasakan boleh terus membimbing anda, kalau yang nak berbisnes tu of course kena cari SID yang pandai tunjukkan jalan buat anda. Bagi yang nak makan sendiri mesti nak cari SID yang dapat bimbing anda dapatkan vitamin yang betul dengan keperluan anda kan? Jadi cari mana-mana SID.
  • Bertanyakan tentang cara pendaftaran dengan SID berdaftar. (SID akan jelaskan apa yang perlu anda buat; sama ada anda nak mendaftar dengan belian & bayar yuran keahlian RM 75 semenanjung/ RM 85 Sabah Sarawak ataupun KEAHLIAN PERCUMA dengan belian produk sebanyak 200 UV.
  • Maklumat anda yang kami perlukan (Nama anda mengikut kad pengenalan, No IC anda, Nama Suami bagi yang dah berkahwin, No IC suami, No telefon anda, Alamat surat menyurat, email, No akaun untuk urusan Shaklee (ni in case bonus bulananan masuk, pihak Shaklee akan terus bank in)
  • Selepas payment telah anda buat ke account SID, para SID akan process pendaftaran anda dalam sistem Shaklee2u kami yang exclusive untuk SID yang berdaftar sahaja.
  • Process pendaftaran ni hanya makan masa 10-15 minit sahaja, dan anda terus akan diberi NO ahli dan password untuk ke Shaklee2u.
  • Sangat mudah dan pantas. Semuanya dihujung jari
  • Proses seterusnya adalah coaching exclusive daripada SID tempat anda mendaftar. 

JOM daftar JADI AHLI dengan Wana :)


wana
ID918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com

Tuesday, July 8, 2014

Cara Mengatasi Ketidakselesaan Ketika Hamil

Kali ni kita nak borak-borak tentang Ketidakselesaan Ketika Hamil yang seringkali menggangu para ibu comel kita.


Ketidakselesaan macam mana? ha..ni yang nak story ni

  • Alahan - ada ibu-ibu yang mengalami loya dan muntah. Bagi mengawal serta mengelakkannya, ibu perlu makan secara berkala dalam hidangan yang kecil, perlu rehat yang mencukupi.

  • Pedih Ulu hati - Hal ini disebabkan oleh pengembangan saiz rahim yang turut menyebabkan pengaliran cecair dalam perut berlaku dengan pantas. (apa yang perlu ibu lakukan?? ELAKKAN pengambilan makanan PEDAS dan BERMINYAK, JANGAN terus baring bila selesai makan, dan pastikan anda TIDAK mengambil cecair atau minum apabila ingin tidur. 

  • Sembelit - ha....ni pun satu fenomenanya. Dalam keadaan normal, hamil, berpantang, masalah ni seringkali menggangu para ibu. (ni bercakap melalui pengalaman, phobia dengan sembelit ni terutama time berpantang, time tu belum kenal Shaklee lagi..sekarang dah jatuh cinta dan dah tau dah apa yang perlu di makan). Bagi ibu yang hamil, sembelit ni biasa menggangu terutama dalam trimester ketiga kehamilan. Jadi ibu-ibu perlu mengambil makanan kaya serat juga minum air masak secukupnya.

  • Kejang kaki/cramp - wana pernah kena ni ada dalam 1-2 kali time pregnant dulu. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. Biasa kena awal pagi. Kekejangan ni berlaku disebabkan oleh kekurangan nutrien, ketidakseimbangan elektrolit dalam badan, serta pertambahan berat badan. Jadi untuk mengurangkan kesannya, tinggikan kedudukan kaki anda dengan meletakkan bantal di bawah kaki.

  • Kembung Perut - cuba elakkan minuman bergas, kekacang dalam kuantiti yang banyak.

  • Tak selesa untuk tidur - wana dulu beli bantal lembut untuk alas perut yang kian membesar. Dan wana lebih selesa tidur mengiring ke kanan. maknanya pilih posisi yang anda selesa.

  • Panas atau naik ruam gatal - kerap lah mandi, pakai pakaian yang longgar yang mempunyai pengudaraan yang baik.

ada lagi yang ingin anda kongsikan?? jom kita bincang2kan :)


Salam sayang
mama wana
ID 918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com





Petanda Mengidam Dan Tips Mengatasi Rasa Mengidam

Tak semua wanita hamil mengidam. Ada yang tak mengidam. Ada yang mengidam juadah yang biasa dan kes-kes terpencil mengidam benda yang tak sepatutnya. Jadi hari ni kita nak tengok Petanda Mengidam Dan Tips Mengatasi Rasa Mengidam ni.



Time pregnant kan Maisarah dulu, nak kata mengidam sangat tu tak de pulak. Tapi time sarat hari tu, kebetulan dalam bulan puasa, hari-hari nak karipap pusing.heee..alhamdulillah berjaya puasa penuh time pregnant kan Maisarah.

Jadi kenapa ibu-ibu hamil ni mengidam??

Kebanyakan pakar beranggapan faktor hormon dan kekurangan beberapa jenis zat makanan sebagai penyebab rasa mengidam. 

Petanda mengidam:

  • Jika anda mengidamkan ais atau bahan bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok, hal ini seringkali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam tubuh.
  • kekurangan mineral seperti Magnesium dalam tubuh akan menimbulkan keinginan wanita hamil untuk makan coklat.
  • mengidam untuk makan daging menunjukkan badan memerlukan protein.
  • ada ibu-ibu hamil yang yang makan buah-buahan seperti pic dan lobak merah dalam jumlah yang banyak.Hal ini merupakan reaksi badan yang memerlukan beta karotena.
Tips mengatasi rasa mengidam:
  • makan dalam jumlah yang sedikit tapi kerap supaya aras gula dalam darah tidak naik sehingga boleh menyebabkan kepada makan berlebihan. Adalah digalakkan untuk mengambil makanan yang seimbang secukupnya 6 kali sehari.
  • sekiranya terbayang-bayang difikiran anda rasa mengidam yang amat sangat tu, cuba alihkan tumpuan kepada aktiviti lain seperti bercuti, jalan-jalan, shopping.
  • bersenam dengan senaman yang dibolehkan untuk ibu hamil
  • jika mengidam makanan yang tinggi kalori, dapatkannya tapi dalam saiz atau kuantiti yang kecil untuk elakkan pengambilan secara berlebihan.
  • sokongan moral daripada orang-orang sekeliling terutama suami. Sokongan dan pelukan daripada suami dapat meredakan sedikit sebanyak emosi yang tak menentu ibu-ibu hamil.

Salam Sayang,
mama Wana
ID918791
0199904429
tulipcomey@gmail.com


Monday, July 7, 2014

Set Penyusuan Terlajak Laku




Entri malam ni berkaitan dengan Set Penyusuan Terlajak Laku. Alhamdulillah bersyukur dapat membantu para ibu untuk meningkatkan kualiti susu untuk bayi. Alhamdulillah juga set penyusuan kami mendapat sambutan dan tempat di hati ribuan ibu. Satu set yang ajaib dengan kombinasi yang meliputi aspek penyusuan, kesihatan ibu dan anak juga aspek kecantikan.

wana nak kongsikan cerita tentang seorang ayah inbox wana di facebook bertanyakan tentang apa-apa produk Shaklee yang dapat membantu bayi nya yang dilahirkan pra matang. Sejak dari lahir hingga ke seminggu kelahiran bayinya, berat baby tersebut tak naik-naik malah makin turun. Alhamdulillah diberi peluang untuk membantu. Wana kongsikan kat sini



Dalam 10 Jun Set kombinasi ESP dan Ostematrix sampai ke tangan encik ni, wana consult, bagi tips yang exclusive.

Alhamdulillah dalam 13 Jun 2014, bayinya sudah boleh keluar wad. Alhamdulillah


Tips dan panduan khas daripada wana istimewa buat anda yang membuat belian dengan wana :)

Nak dapatkan Set Penyusuan anda?? JANGAN BERLENGAH LAGI!!!

Dapatkan SEKARANG!!

untuk Set Penyusuan BASIC/ASAS, KLIK SINI (SET PENYUSUAN BASIC)

untuk Set Penyusuan FULL/PENUH, KLIK SINI (SET PENYUSUAN FULL)


Semuanya HANYA DI HUJUNG JARI anda :) hanya KLIK pada LINK tu dan ikuti arahan mudah.

Untuk maklumat lanjut hubungi,

wana
ID918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com




Sunday, July 6, 2014

Badan Sihat, Poket Berisi


Badan Sihat, Poket Berisi entri kita malam ni.

Alhamdulillah wana, husband, anak serta parents wana consume Shaklee ni sebagai supplement kami bagi menyokong dan menampung keperluan zat-zat serta mineral yang diperlukan oleh badan. 

Badan Sihat, Poket berisi ni wana nak story tentang sambil-sambil menjadikan Shaklee sebagai makanan tambahan kami, wana juga berbisnes dengan Shaklee ni. Alhamdulillah wana dapat membantu memberikan yang terbaik buat family wana, menjana pendapatan diri dan keluarga, membantu mereka-mereka yang ingin menjana pendapatan, membantu mereka-mereka yang nak consume Shaklee dengan PENJIMATAN (macam mana ni?? ha..kejap lagi wana explain)

Ada yang datang pada wana, kalau kita tak nak berbisnes tapi nak daftar sebagai ahli Shaklee boleh tak?

BOLEH. nak makan sendiri pun boleh, tak ada paksaan untuk anda yang nak makan sendiri ni untuk berbisnes. Kalau yang nak berbisnes tu, extra bonus dan saya sendiri akan tunjukkan jalannya.

Ramai yang makan sendiri memilih untuk register Shaklee sebab memang kita rasa PENJIMATANnya. Bila dah register, kita dapat nikmati belian dengan HARGA AHLI. Lepas tu pulak, bila anda buat belian 150 UV dan ke atas, sedar-sedar masuk BONUS dalam akaun anda. Jangan tak tahu, ada ahli team wana, dulu nya berdaftar hanya untuk consume sendiri, sekarang dah mula berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee. alhamdulillah dah tiga bulan beliau merasa bonus Shaklee ni.

Tu tentang yang mendaftar sebab nak makan sendiri, yang berbisnes pula kita ada 'group coaching & personal coaching' yang khas dalam Facebook dan Whatsapp. Alhamdulillah, dapat membantu mereka menjana pendapatan. 

Nak sertai wana?? sama ada anda nak mendaftar untuk kegunaan sendiri ataupun nak berbisnes.

Yuran Pendaftaran RM 75 SM / RM 85 SS untuk SEUMUR HIDUP ni tau :)

ataupun keahlian PERCUMA dengan belian produk sebanyak 200 UV

wana
ID918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com






Berpantang Dengan Gembira

Kali ni wana nak bercerita tentang Berpantang Dengan Gembira.

Setelah melalui fasa mengandung, para ibu akan mengalami satu lagi fasa kelahiran di mana bayi-bayi syurga akan melihat dunia. Saat dan detik yang sangat membahagiakan. Dengan kelahiran itu, maka bermula lah fasa berpantang seorang ibu.

Ada ibu-ibu yang menjadi 'panda'. Panda di sini merujuk kepada berjaga malam untuk menyusukan bayinya. Ada yang rasa tak cukup tidur. Ada juga ibu-ibu yang mengalami sakit atau sengal belakang. Ada yang merasa stress kerana susu yang kurang pengeluarannya. 

Normal susu para ibu skit flow nya di awal kelahiran, dalam satu ke tiga hari bersalin, flow susu belum banyak. Lepas dari hari ketiga biasanya flow sudah kembali normal. Ada yang merasa sakit di kawasan jahitan dengan luka luaran dan dalaman (ni bukan bertujuan untuk menakutkan anda tau), yang agak fobia sembelit semasa berpantang.

Ok, tengok aje tajuk entri kita berkenaan dengan Berpantang Dengan Gembira, jadi hari ni wana nak story semestinya tentang Set Berpantang yang mampu membuatkan anda dapat menjalani fasa berpantang dengan gembira, bahagia, cergas iaitu Set Berpantang Shaklee yang dipercayai oleh para ibu puluhan tahun.

Set berpantang Shaklee memberikan para ibu rasa yang luarbiasa,
  • ibu lebih bertenaga
  • bantu mempercepatkan luka dalaman dan luaran
  • membantu mengurangkan stress
  • membantu membanyakkan pengeluaran susu ibu
  • membantu mengurangkan masalah lenguh-lenguh badan
  • bantu mengelakkan sembelit
  • ibu tak nampak seperti dalam berpantang pun 
  • gembira menjalani masa berpantang!!

SET BERPANTANG Shaklee ni, wana pecahkan kepada 2 bahagian iaitu

SET Berpantang BASIC (ni buat anda-anda yang kekangan bajet) yang terdiri daripada kombinasi:
  • ESP
  • zinc complex
  • vitalea

SET Berpantang FULL, yang terdiri daripada gabungan
  • zinc complex
  • vitalea
  • B complex
  • Sustained release vita C plus
  • ESP
  • Ostematrix


Untuk keterangan lanjut, boleh terus hubungi wana

wana
ID918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com





Friday, July 4, 2014

Untungnya Kalau anda Mendaftar



Untungkan jadi SID Shaklee ni, yang antaranya
  • dapat khasiat daripada produk Shaklee
  • dapat bantu orang ramai
  • Produk yang dikenali ramai, dah lama bertapak serta mendapat sambutan dan permintaan yang amat menggalakkan setiap hari
  • dapat penjimatan pulak tu dengan Harga Ahli 
  • Bagi yang berbisnes dapat menjana pendapatan (boleh pilih nak berapa angka) & incentive menarik
  • buat yang nak makan sendiri, tak perlu berbisnes pun..TAPI bila aje capai certain point..sedar2 dapat bonus
  • bagi suri rumah, anda dapat menjana pendapatan di samping dapat menjaga anak-anak syurga, melihat anak-anak membesar depan mata, dapat memasak dan menjalankan tugas seperti biasa
  • bagi yang bekerja boleh menambah pendapatan sampingan


Untungnya..anda tak nak rasa untung juga??

Nak mendaftar Ahli??
apa tunggu lagi?? Rebut peluang keemasan ni 
saya akan tunjukkan anda jalannya 

wana
id 918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com

Kini Lebih Mudah Dengan Esell

Menampilkan Esell TERBAIK daripada Shaklee, satu sistem yang mesra guna khas buat anda..anda..anda pengguna Shaklee yang nak dapatkan terus produk Shaklee atas talian. Direka khas untuk SID yang berdaftar dengan Shaklee sahaja.

**Bagi pengguna yang ingin order daripada BLOG, caranya:

anda lihat entri saya tentang perkaitan ape contohnya SET IBU HAMIL TRIM 1 dan anda nak order just KLIK pada LINK dalam entri yang saya sediakan, then dia akan terus ke produk yang anda ingin miliki, ikuti arahan mudah yang diberikan, buat payment then siap. 

**Bagi pengguna yang ingin order daripada FB saya (Nurazwana Zakaria), caranya:

anda lihat post di FB saya tentang perkaitan ape contohnya SET SUBUR BASIC dan anda nak order just KLIk yang 'Welcome to Shaklee Widget International', then dia akan terus ke produk yang anda ingin miliki, ikuti arahan mudah yang diberikan, payment then siap. amat mudah.


Kini semuanya semudah ABC 


wana
ID918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com

Thursday, July 3, 2014

Tips Mengawal Emosi Ketika Hamil


Kali ni wana nak berdiskusi tentang Tips Mengawal Emosi Ketika Hamil. 

Kehamilan suatu anugerah yang terindah. 

Masa paling kritikal kepada seseorang individu bukan lah setelah dia lahir tetapi sebelum lahir lagi. Lebih tepat digambarkan sejak dalam kandungan ibu lagi. Semasa dalam kandungan adalah masa kritikal dalam membentuk sistem kepercayaan diri yang tegar.

Kepercayaan diri yang teguh, positif atau negatif terbentuk sejak seseorang itu berada dalam rahim ibunya melalui dan merasai setiap apa yang ibunya lalui semasa mengandung. Pernah tak anda dengar orang tua2 pesan, masa mengandung ni kena happy selalu..jangan masam-masam nanti menurun kepada anak. Pesanan orang tua ni ada juga logiknya di situ kerana pertalian jiwa seorang ibu dan anak yang dikandungnya adalah sangat rapat.

Oleh yang demikian, ibu-ibu hamil disarankan menjaga emosi, dan orang-orang disekelilingnya perlu membantu ibu tersebut agar merasa dikasihi dan disayangi.

Ada ibu mengandung yang bercampur baur emosi nya. Ini semua berlaku kesan daripada perubahan hormon yang berlaku dalam diri ibu yang mengandung.

Alhamdulillah wana bahagia dan gembira di sepanjang mengandungkan Maisarah, hingga ke saat sarat masih aktif dengan research dan thesis master. Wana lepas kahwin dan pregnant PJJ dengan en suami. Wana di Kubang Kerian, en suami di Kuantan. Berjumpa dalam dua ke tiga kali sebulan di Kuala Terengganu (umah mak)..hehe..tengah-tengah ye Kelantan-KT-Kuantan. Selesai aje research master dalam 7 bulan usia kehamilan, alhamdulillah wana dapat duduk sekali dengan en suami di Kuantan. 

Keadaan ni , membuatkan wana lebih independent, dari KT- USM, USM- KT wana drive sorang-sorang (sebelum kahwin, selepas kahwin, time pregnant kan Maisarah). Tapi bila nak drive balik ke Kuantan, family wana ikut sama. Alhamdulillah sekarang usia Nur Maisarah 3 tahun 8 bulan. Maisarah seorang anak yang independent, boleh bawak diri sendiri, mudah bergaul, alhamdulillah mudah menerima ilmu dan mempunyai daya ingatan yang kuat, bila tak tahu banyak persoalannya. Alhamdulillah.

Jadi apa yang perlu dilakukan oleh ibu-ibu yang hamil untuk mengawal emosinya??

Tips Mengawal Emosi Ketika Hamil
  • Sentiasa berdoa, setiap masa setiap saat di mana sahaja anda berada. Panjatkan doa untuk kesihatan, keselamatan, lahirnya bayi anda sebagai anak yang soleh/solehah.
  • Sentiasa bercakap. Bercakap perkara yang positif dengan anak. Anak di dalam kandungan anda akan mendapat aura positif anda. Bercerita perkara yang menggembirakan, membahagiakan.
  • Memaafkan semua orang.
  • Membaca Al-Quran, membacakan kisah-kisah para Nabi dan Rasul, membacakan buku-buku ilmiah, buku kisah bidadari syurga. Hati akan tenang, dalam masa yang sama kita dapat menambah ilmu pengetahuan :)
  • Berada dalam kelompok individu yang penuh kasih sayang. Berada di dalam keluarga yang membahagiakan yang sarat dengan kasih sayang. Alhamdulillah diri ini sangat bersyukur.
  • Berehat atau santai melihat alam, pantai juga membantu :)
  • Menjaga pemakanan anda
  • Memastikan anda mendapat rehat yang mencukupi serta tidur yang berkualiti.
  • Para suami juga perlu meluangkan masa santa bersama isteri, dengar luahan hati isteri, lebih prihatin dan menyayangi isteri.

Mama Wana yang HEBAT
ID918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com




Tips Sentiasa Segar Semasa Mengandung Di Bulan Ramadhan


Kalau sebelum ni kita bercerita tentang pemakanan ibu mengandung, kali ni nak story pula tentang Tips Sentiasa Segar Semasa Mengandung Di Bulan Ramadhan.

ha..ibu-ibu hamil pasti nak nampak segar dan berseri-seri ye, tak tunggu make up bagai. Wana dulu, time pregnant memang tinggalkan segala make up dan macam malas nak tampal-tampal kat muka.heee..time pregnant tu betul-betul muka semulajadi..chewahh.

ok, terus sahaja kepada Tips nya

Tips Sentiasa Segar Semasa Mengandung Di Bulan Ramadhan



  • Mengambil makanan yang berzat sama ada ketika berbuka ataupun bersahur. Walaupun dengan juadah yang sederhana, yang penting mesti cukup lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral.
  • Berusaha untuk mencegah kekeringan/kesan kekurangan air/dehidrasi dengan banyakkan minum air putih pada malam hari. 
  • Pada ketika berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman yang hangat dan sederhana manis seperti milo, susu. JANGAN minum minuman yang mengandungi soda kerana mendatangkan kesan buruk kepada perut.
  • JANGAN minum minuman yang sejuk atau ber ais.Perut yang kosong kerap kembung jika kita berbuka dengan minuman yang dingin/sejuk/ber ais.
  • Berehat dalam lingkungan sejam sebelum menjamu hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberi keseimbangan kepada sistem pencernaan kita. 
  • JANGAN ambil makanan dengan berlebihan atau yang mengandungi kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin.
  • Makan lah dengan perlahan ketika berbuka puasa agar perut tidak mengejut, juga untuk meringankan penghadaman. Kunyah lah dengan baik.
  • Agar kita mampu menahan lapar, ibu-ibu boleh mengambil hidangan yang kaya serat kerana tubuh kita mengambil masa yang lama untuk menghadam makanan yang kaya serat.
  • Anda juga boleh menyediakan makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta menyediakan makanan tambahan/supplement agar badan sentiasa segar dan bertenaga sepanjang hari.
Alternatif Shaklee untuk Ibu hamil kekal segar dan bertenaga sepanjang Ramadhan ialah dengan mengamalkan SET MIGHTY 3 GEMS yang terdiri daripada kombinasi mantap ESP, Performance Drink dan Meal Shakes. 

Ketiga-tiga kombinasi HEBAT ini, TERBUKTI membantu bukan sahaja ibu-ibu malah seisi keluarga dari segi tenaga, kesihatan dalaman, pertahanan badan, bantu mengelakkan dehidrasi, rasa segar, kulit lembap dan tak kering, pelawasan lancar, kaya serat.


Jika anda berminat untuk dapatkan SET MIGHTY 3 GEMS, anda boleh KLIK SINI   dan boleh terus order :)


Untuk keterangan lanjut, boleh terus hubungi 

wana
ID918791
sms/whatsapp 0199904429/ email tulipcomey@gmail.com