Tuesday, July 8, 2014

Petanda Mengidam Dan Tips Mengatasi Rasa Mengidam

Tak semua wanita hamil mengidam. Ada yang tak mengidam. Ada yang mengidam juadah yang biasa dan kes-kes terpencil mengidam benda yang tak sepatutnya. Jadi hari ni kita nak tengok Petanda Mengidam Dan Tips Mengatasi Rasa Mengidam ni.



Time pregnant kan Maisarah dulu, nak kata mengidam sangat tu tak de pulak. Tapi time sarat hari tu, kebetulan dalam bulan puasa, hari-hari nak karipap pusing.heee..alhamdulillah berjaya puasa penuh time pregnant kan Maisarah.

Jadi kenapa ibu-ibu hamil ni mengidam??

Kebanyakan pakar beranggapan faktor hormon dan kekurangan beberapa jenis zat makanan sebagai penyebab rasa mengidam. 

Petanda mengidam:

  • Jika anda mengidamkan ais atau bahan bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok, hal ini seringkali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam tubuh.
  • kekurangan mineral seperti Magnesium dalam tubuh akan menimbulkan keinginan wanita hamil untuk makan coklat.
  • mengidam untuk makan daging menunjukkan badan memerlukan protein.
  • ada ibu-ibu hamil yang yang makan buah-buahan seperti pic dan lobak merah dalam jumlah yang banyak.Hal ini merupakan reaksi badan yang memerlukan beta karotena.
Tips mengatasi rasa mengidam:
  • makan dalam jumlah yang sedikit tapi kerap supaya aras gula dalam darah tidak naik sehingga boleh menyebabkan kepada makan berlebihan. Adalah digalakkan untuk mengambil makanan yang seimbang secukupnya 6 kali sehari.
  • sekiranya terbayang-bayang difikiran anda rasa mengidam yang amat sangat tu, cuba alihkan tumpuan kepada aktiviti lain seperti bercuti, jalan-jalan, shopping.
  • bersenam dengan senaman yang dibolehkan untuk ibu hamil
  • jika mengidam makanan yang tinggi kalori, dapatkannya tapi dalam saiz atau kuantiti yang kecil untuk elakkan pengambilan secara berlebihan.
  • sokongan moral daripada orang-orang sekeliling terutama suami. Sokongan dan pelukan daripada suami dapat meredakan sedikit sebanyak emosi yang tak menentu ibu-ibu hamil.

Salam Sayang,
mama Wana
ID918791
0199904429
tulipcomey@gmail.com


No comments:

Post a Comment