Monday, February 16, 2015

Persiapan Barang-barang Ibu dan Anak ke Hospital

assalamualaikum semua.

lama wana tak coret-coret kat sini. Hari ni wana nak kongsi dengan anda semua berkenaan persiapan barang-barang ibu dan anak untuk ke hospital. Esok, Selasa 17 Februari 2015 masuk minggu ke 30 usia kandungan wana. Jadi telah sampai masanya kita tengok dan sediakan barang-barang yang perlu. Barang baby masuk dalam beg dia, barang mummy dalam beg mummy.

 Bila masuk aje trimester ke 3 ni, ibu-ibu perlu bersedia sebab bila-bila masa kelahiran akan berlaku. Jadi apa yang perlu disediakan dan dipersiapkan?? maklumlah hampir 4 tahun 4 bulan, cuti dari bersalin ni...dah lupa. Kakak Maisarah pun alhamdulillah dah Pra Sekolah 5 tahun ( kalau ikut tahun, 2015 ni dia 5 tahun). Jadi Alhamdulillah rezeki daripada Allah bakal kurniakan teman buat kakak, adalah teman buat kakak main-main nanti. Mudah-mudahan semuanya selamat dan berjalan lancar.

ok, terus sahaja kepada persiapan ibu dan anak.





Barang IBU

  1. Buku PINK/KAD PINK (ha..ni satu kemestian ye semua ibu)
  2. IC 
  3. Maternity Pad
  4. Panties (agak-agak lah bilangan yang secukupnya ya)
  5. Stokin 
  6. Selipar toilet (ni pilih la yang elok, jangan yang licin tau)
  7. Nursing Bra, nursing pad
  8. Tshirt yang sesuai (kalau kena stay kat wad/ time nak keluar wad)
  9. Sweater
  10. Kain batik 
  11. Tudung instant ( time ni tak sempat dah nak lilit2...kena2 time doc/doc pelatih/ pelawat datang)
  12. Kapas (untuk cuci luka..tuttt)
  13. Alat2 mandi (Shower gel, berus gigi/ubat gigi, syampoo, pencuci muka, towel)
  14. Charger HP 
  15. Bahan Makanan (ni perlu jugak tau, kalau kat wad ada time2 makannya..in case nak nyusu perut lapa ke dahaga ke boleh la alas perut) : (Termos, milo 3 in 1, Mug, biskut, roti, sudu, garpu, pinggan..wana nak tambah ESP shaklee 1 angkut sekali nanti) ni letak lah dalam satu bakul. Jadi mudah.
  16. plastik besar untuk letak baju2 kotor
  17. majalah/novel/bahan bacaan nak hilangkan kebosanan anda

Barang BABY
  1. Baju Baby (agak-agak lah berapa set yang anda nak bawak ~ 3 set baju& seluar panjang, 1 set baju lubang-lubang untuk pakai siang)
  2. Selimut/blanket
  3. Sarung tangan/kaki ~ 3 set
  4. Bedung/barut~ 2-3 helai
  5. Towel mandi baby
  6. Towel kecil untuk lap-lap time sudah menyusu
  7. Wet wipes (ni membantu untuk kerja2 penyucian time kat wad, kalau dah balik umah lain cerita)
  8. Minyak yuyi / minyak untuk baby atau seangkatan dengannya
  9. diaper/pampers baby ~ dalam 6-8 keping
  10. baby changing mat

ha..ni lah dia sedikit sebanyak info yang wana nak kongsikan bersama. untuk anda bakal-bakal ibu dan diri wana sendiri sebagai rujukan :)

Moga kita semua selamat, dipermudahkan proses kelahiran, semoga zuriat kita menjadi insan yang soleh dan solehah yang berjaya di dunia dan akhirat. amin. in shaa Allah