Thursday, August 28, 2014

10 Tips Bila Disahkan Hamil

Entri yang ringkas tentang 10 Tips Bila Disahkan Hamil


Bagi pasangan yang pertama kali nak menimang cahaya mata mesti sangat teruja. Buat pasangan yang kali kedua nak dapat bayi baru, pun macam tu. Dah berkira-kira nak restock apa yang patut. Boleh terus bentangkan bajet. heeee..yela, kita tak boleh 'over' shopping sangat. cukup dengan besederhana.

ok, Bila anda disahkan hamil, buat UPT kat rumah dan alhamdulillah kelihatan 2 lines. Jangan pulak mummy nya terlompat-lompat kegembiraan tau, perlu kawal emosi walaupun diri tu excited yang amat. Saat anda telah mengetahui tentang kehamilan itu, 

  1. Bagi yang muslim, bersyukur. sujud syukur
  2. Pertingkatkan lagi amalan rohani
  3. Banyakkan berdoa untuk kesihatan dan keselamatan kandungan dan anda
  4. Start daripada menerima berita kehamilan tu, tiada lagi sandal yang bertumit tinggi atau tapak licin. Pakai yang comfort aje
  5. Baju atau seluar pakai yang bebas anda bergerak dan jangan la sendat
  6. Senaraikan jadual pemakanan yang sihat, praktikkan pemakanan sihat
  7. Minum air putih dengan mencukupi
  8. Walau sesibuk mana anda, pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi
  9. Ada juga yang dah siap-siap senaraikan supplement yang perlu diambil
  10. Ke klinik untuk buat buku.kad pink untuk sesi appointment dengan doktor 

Salam sayang,
mama Wana
ID918791
0199904429 /01116866987 (sms/whatsapp)


Herbal Blend Diserbu Lagi

Entri hari ni tentang Herbal blend ni, semalam riuh Herbal Blend kembali ada stok.  Tapi....tak sampai beberapa jam ada, kemudian habesss.. bayangkan betapa laris dan ramainya orang menunggu untuk dapatkan herbal blend ni.

Alhamdulillah wana sempat ambik stok sikit, begitu juga dengan 'anak2' shaklee ku. Alhamdulillah :). Ok, jom kita review kembali apa istimewanya herbal blend ni yang merupakan krim pelbagai guna.



Antara kegunaan Herbal Blend Multipurpose Cream ni adalah:

Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
Membantu menyelesaikan masalah kulit gatal
Menghilangkan parut, termasuk campak dan chicken pox
Membantu menghilangkan ruam pada bayi
Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
Sebagai losyen untuk kegunaan harian


Ha, anda dah fahamkan kenapa ramai yang berebut-rebut nak dapatkannya. Pada wana, available 1 lagi tube herbal blend. Yang nak grab, laju2 contact wana ye :)


wana
ID918791
0199904429 /01116866987 (sms/whatsapp)

Wednesday, August 20, 2014

Shaklee Kini Lebih Pantas

entri pagi ni sekadar wana nak bercerita tentang Shaklee yang kini lebih pantas.



Alkisahnya wana ada register new member baru-baru ni kan, belian Kit Shaklee sekali dengan pembelian produk. Order hari ni, esoknya dah sampai. Ahli baru tu punya la sangat excited. Sangat best lah macam tu kan. Zaman wana dulu-dulu dalam 4 ke 5 hari juga nak sampai Kit Shaklee tu. Sangat bangga saat terima briefcase Shaklee tu. Ke hulur hilir wana angkut, siap angkut masuk interview tau briefcase tu. ha..berbangganya saya.

Jadi setiap hari peluang sentiasa terbuka buat anda, sama ada anda termasuk dalam golongan yang suka merebut peluang atau yang suka membiarkan peluang itu berlalu pergi :) Tepuk dada, Tanya diri.


wana
ID918791
0199904429 / 01116866987 (sms/whatsapp)

Tuesday, August 19, 2014

Adab Ketika Hamil

Salam siar semua, malam ni kita nak bercerita tentang Adab Ketika Hamil. Wana tau ramai yang sedia maklum tentang hal ini. Tapi perkongsian ni sekadar peringatan buat diri Wana dan anda semua.

Mendapat khabar tentang kehamilan merupakan suatu berita yang menggembirakan. Yelah, beberapa bulan sahaja lagi anda akan menambah bilangan anggota keluarga. Bagi yang mengandung anak sulung mesti bertambah-tambah teruja. Teruja, teruja juga tapi jangan lupa soal kesihatan dan keselamatan diri dan kandungan.



Terus sahaja kepada adab ketika hamil

  1. Lebih banyak mendekatkan diri kepada Allah. Banyakkan berdoa, mengaji, berzikir, bersedekah.
  2. Berbuat baik kepada suami, ibu bapa, dengan semua orang
  3. Bersangka baik
  4. Memandang atau melihat perkara atau benda-benda yang berfaedah dan bermanfaat
  5. Menjejakkan kaki ke tempat yang baik dengan niat yang baik
  6. Makan makanan daripada unsur yang halal, makanan sunnah, berkhasiat
  7. Ibu hendaklah sentiasa tenang, gembira
  8. Ibu perlu tangkas dan aktif
  9. Ibu mengandung perlu pandai mengawal emosi, tabah sepanjang kehamilan
  10. Mengeluarkan atau berbicara dengan kata-kata yang baik dan lembut tuturnya
Dan ingat lah apa sahaja yang kita lakukan, rasa, buat semasa mengandung akan menyumbang kepada pembentukan sahsiah anak. Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya baik dari segala aspek. Segala adab ni perlu diberi perhatian agar kita dapat melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. In shaa Allah.


Salam sayang,
mama Wana
ID918791
0199904429 / 01116866987 (sms/whatsapp)

Monday, August 18, 2014

Daftar Ahli

Petang ni wana hanya nak bercerita secara ringkas tentang Daftar Ahli.

Alhamdulillah hari ni selesai wana daftarkan seorang lagi ahli baru MyGems. Ahli baru ni merupakan regular customer wana, start dia tau dia mengandung sampai ke bersalin, dari set hamil hingga set berpantang memang dia beli dengan wana. 

Akhirnya hari ni, dia terus nak register plus top up vitamin menyusu. Sekarang umur baby dia hampir sebulan. Betul-betul baby Shaklee ni :) Alhamdulillah dapat membantu para ibu yang memerlukan. Tak habis-habis, ucapan terima kasih wana terima daripadanya kerana katanya wana dah banyak tolong dia. Alhamdulillah dapat membantu :)

Jadi anda yang di luar sana, kalau masih belum register boleh terus hubungi wana untuk keterangan lanjut. Dalam produk Shaklee ni memang terkandung 1001 khasiat, hasil penyelidikan yang cukup teliti, Selamat, Halal, 100% semulajadi.

Alhamdulillah, diberi peluang membantu. Saya nak bantu lebih ramai orang :)

Saya SID anda
Wana
ID918791
0199904429 / 01116866987 (sms/whatsapp)

Sihat Tanpa Sebarang Ubat

Pagi ni wana nak story tentang Maisarah dan Shaklee. Tajuk entri ni tentang sihat tanpa sebarang ubat. Ni perkongsian wana sebagai seorang ibu kepada princess hati kami, Nur Maisarah :)


bila balik kampung, balik semula ke rumah badan Maisarah akan suam-suam dan panas. Mana tak nya, bila berjumpa sepupu sepapat mak cik pak cik, main tak ingat dunia.

Alhamdulillah kombinasi Performance drink, meal shakes & chewable vita c plus sangat membantu di kala keadaan sebegini. Kalau dulu2 mesti wana g ambik ubat kat klinik yang berdekatan, tapi sejak dia consume ni alhamdulillah wana tak ke klinik lagi dah. Biasanya petang & malam tu badan akan panas, esoknya dah kebah sepenuhnya. Alhamdulillah dengan izin Allah.

Terlalu banyak tenaga yang di habiskan, campur tak cukup rehat membuatkan badan dia terlalu penat walaupun zahirnya kita nampak dia terlalu aktif main. Alhamdulillah kombinasi yang wana bgtau tadi mengembalikan tenaga nya, bantu menyeimbangkan bendalir badannya, membantu meningkatkan pertahanan badan, pelawasannya pun ok, tidur lena seperti biasa, selera makan tak terjejas 


Alhamdulillah balik kampung baru ni, cuti dan balik beraya baru ni dia dah tak demam atau suam2 dah dan lebih bertenaga 



Salam sayang
Mama Wana
ID918791
0199904429 / 01116866987 (sms/whatsapp)

Sunday, August 17, 2014

Berat Badan Bersesuaian Ketika Hamil

Malam ni wana nak bercerita secara ringkas aje tentang berat badan bersesuaian ketika hamil. Mesti ramai juga yang tertanya-tanya berapa berat badan yang sesuai disepanjang kehamilan ni, kang naik banyak sangat susah, kurang berat pun susah jugak. Jadi dalam entri yang ringkas ni kita nak tengok berapa anggaran berat yang sesuai buat ibu-ibu hamil.

Selain daripada pemakanan yang seimbang, pengambilan air yang mencukupi, rehat secukupnya, berat badan semasa hamil juga perlu diteliti. Jangan mentang-mentang pregnant, kuantiti makanan pun nak double sampai senak perut. 



  • Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah di antara 12-18 kg.
  • Jika berat badan anda normal sebelum hamil, anda perlu menambah di antara 11-16 kg.
  • Jika berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah di antara 7-11 kg.
  • Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20 kg.
Sumber :

Salam sayang,
mama wana
ID918791
0199904429 / 01116866987 (sms/whatsapp)

Wanavoguevitamin Kini Di Instagram



Alhamdulillah kini anda juga boleh follow wana di instagram wana yang baru ni..haa...ni memang wana buat khas buat yang nak kenal Shaklee dengan lebih dekat, nak berinteraksi terus dengan wana. 

Wana ada 2 accounts instagram satu atas nama nurazwanazakaria dan yang terbaru wanavoguevitamin. Jom la pakat ramai-ramai follow ye..ha..yang berkira-kira nak daftar jadi ahli tu, time ni la nak tengok2 produk dengan lebih dekat, apa kata orang, biar terang :)

tak kenal, maka tak cinta. :)

wanavoguevitamin
ID918791
0199904429 / 01116866987 (sms/whatsapp)

Wednesday, August 6, 2014

Tanda-tanda Awal Kehamilan

kita buat regangan sikit pagi ni :) sebelum teruskan kepada entri kita iaitu Tanda-tanda Awal Kehamilan. Wana percaya para ibu lebih pakar tentang ni kerana setiap individu tandanya berbeza.

Wana mulakan dengan perkongsian Wana masa awal-awal kenalpasti tanda wana pregnant time pregnant kan Maisarah. Wana just ada 2 tanda yang jelas, iaitu period delay seminggu dari tarikh yang sepatutnya. Yang ni memang jelas sebab period dan cycle wana memang tepat pada masanya. Lepas tu yang keduanya, wana rasa mengah time naik tangga. Sebelum ni tak ada pulak rasa mengah-mengah ni dan aktif je.

Ha..tu antara tanda-tanda awal Wana sebelum wana buat test untuk sahkan Wana pregnant. Alhamdulillah wana tiada sebarang alahan, tak ada loya atau muntah-muntah. Sebaliknya lebih aktif dan cergas ada. :)

ok, jom kita tengok tanda-tanda lain yang biasanya ibu2 ada alami di awal kehamilan.


Tanda-tanda Awal Kehamilan
  1. Missed Period (ni biasanya tanda yang jelas bagi bakal-bakal ibu, tapi bagi yang cycle period dia tak teratur, kena tunggu tempoh atau tarikh yang biasanya anda period andai kata dah lepasi tarikh tu boleh lah anda nak cek sama ada anda hamil atau tidak.
  2. Rasa lapar yang berpanjangan. Terjadi juga pada orang yang tak hamil. Jadi ibu2 jangan terlalu bergantung kepada tanda ni sangat ye.
  3. Perubahan warna disekeliling payudara. Kulit disekitar payudara anda dikatakan agak kehitaman menandakan mungkin anda telah beberapa minggu hamil. Tapi tanda ni ada juga disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang tiada kaitan dengan kehamilan atau disebabkan oleh kehamilan yang terdahulu.
  4. Kerap buang air kecil. Biasanya tanda yang serupa kita alami dekat nak period. Perhatikan tempoh dan tarikhnya. Biasanya hal ni disebabkan oleh janin yang terbentuk ditambah lagi dengan rahim yang kian membesar menekan pundi kencing kita. Tu yang kerap buang air.
  5. Ada ibu-ibu yang juga rasa tak bermaya. Letih, mengantuk di awal kehamilan. Hal ini dipengaruhi oleh hormon kehamilan itu sendiri.
  6. Sakit dan tegang pada payudara. Ni wana tak sure macam mana. Ada yang cakap rasanya macam time nak datang bulan, kita rasa kurang selesa kat bahagian tu.
  7. Sedikit pendarahan dan senak pada ari-ari. Ni ada ibu2 yang mengalami nya, biasanya keluar beberapa tompokan darah. Ianya lebih kurang 8 hari selepas ovulasi. Atau anda juga akan mengalaminya pada hari yang sepatutnya anda period hari pertama.
  8. Rasa loya dan muntah. Tidak semua wanita yang akan mengalaminya. Tapi ada yang merasakan morning sickness ni walaupun selepas beberapa hari mengandung.
  9. Suhu badan tinggi dan berpanjangan. Bagi anda yang konsisten dengan merekodkan suhu badan, anda akan perasan yang suhu anda meningkatkan berbanding suhu yang mula2 anda rekodkan.
  10. Akhir sekali, bila Ujian air kencing menunjukkan anda positif hamil. Pada kit tu biasanya, kalau anda hamil akan kelihatan 2 jalur. Tahniah buat anda bakal-bakal ibu & ayah :)

mama Wana
ID918791
0199904429 / 01116866987 (sms/whatsapp)



Monday, August 4, 2014

Persiapan Menyambut Orang Baru

Petang ni kita dengan entri santai, iaitu Persiapan Menyambut Orang Baru. Tentu sekali orang baru tu merupakan zuriat yang kita nantikan saban hari. Entri kali ini menyentuh tentang senarai barang yang perlu buat menyambut orang baru. Ni versi wana ye.



Untuk pengetahuan semua, selain blog ni wana juga ada satu lagi blog (http://afwana.blogspot.com/) yang wana namakan Tulipcantek. Nick Tulipcantek ni ada sesetengah orang yang tau dan kenal. Dalam blog ni wana ada ceritakan persiapan wana dulu ketika nak menunggu kelahiran Maisarah. Tak pe, wana bawak entri tu ke sini untuk tatapan semua.

List barang2 baby( untuk dibeli ) sumber Blog Tulipcantek

1) baju lengan panjang (newborn) [ dah settle; xleh beli banyak2 yang newborn saiz pasal
baby cepat besar]

2) baju lengan pendek ****

3) seluar panjang/pendek ****

4) Baju untuk jenjalan ****

****[ Untuk baju n seluar dah cukup semua, TuLip dah beli saiz newborn dalam 3,4 pasang, yang len Tulip campur dengan saiz 3-6M]

5) stokin/sarung tangan/sarung kaki/topi [settle] ade topi yang ade antena

6) sapu tangan [ dah ade]

7) tuala mandi [dah ade]

8) kain bedung (gune lampin aje) [dah beli~lampin Anakku]

9) blanket [dah beli 2 siap dengan hood] satu brand Fiffy & satu lagi Disney (mickey mouse)

10) barut bayi [dah beli 6 yang ikat2]

11) pampers (newborn) {plan nye Huggies} [belum beli]

12) set penjagaan baby (mandi, bedak, losyen) [ settle; Anakku]

13) Kapas [dah beli~ Anakku]

14) cotton bud [belum beli~yang kat Anakku tadi besar jek..nak survey cr yg kecik kit]

15) wet wipes [ dah beli~Anakku]

16) tikar getah baby [belum beli~nak beli kat kuantan balik ni]

17) tilam& bantal baby [belum beli~nak beli kat kuantan dengan papa nye nanti]

18) minyak baby (yu yee) [ belum beli]

19) botol susu [ settle]

20) berus botol susu [settle]

21) beg baby [dah beli ~disney]


**untuk mama nye

1) breast pump (pureen) { belum beli~kat kuantan nnt}

2) breast pad {belum beli~kat kuantan t}

3) nursing bra {dah beli satu tapi nak tambah lagi}



------>> dalam blog wana yang satu lagi tu siap dengan gambar, wana attach. Nak tau cerita lebih lanjut jemput ke sana jugak ye :)

Hopes dapat membantu para ibu2 untuk mencari kelengkapan yang sesuai. Rezeki Nur Maisarah, hingga umur 1 tahun lebih, wana tak bebeli pun baju2 Maisarah sebab rezeki ramai saudara, sahabat, kenalan yang hadiahkan persalinan baju untuk dia. :)


mama wana yang bahagia,
ID918791
0199904429 /01116866987 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com

Sunday, August 3, 2014

Tips Mudah Hamil Buat Pengantin Baru

Selamat hari raya semua. Masih belum terlambatkan :) malam ni wana nak bagi tips exclusive daripada wana sendiri buat bakal pengantin baru atau Pengantin Baru, Tips Mudah Hamil.

Setiap pasangan yang berumah tangga pasti mengimpikan zuriat atau cahaya mata. Naluri keibuan, seronok bila melihat pasangan lain yang mempunyai bayi, kita pun teringin juga. Jadi apa persiapan yang perlu kita ambil bagi menyediakan diri ke arah itu. Memang semuanya rezeki dan ketentuan, tapi kita juga perlu berusaha.



Tips Mudah Hamil Buat Pengantin Baru:

  • Banyak berdoa, bersedekah, banyakkan menjejakkan kaki ke tempat yang baik seperti majlis-majlis ilmu.
  • Menjaga pemakanan keduanya suami dan isteri. Bagi wana dulu, awal usia perkahwinan, wana cuba elakkan makanan yang 'tajam' seperti nenas, tebu, air tebu, cuka pun wana tak makan. Semua makanan yang wana makan adalah bersifat neutral.
  • Makan makanan dan minuman yang berkhasiat. Sayur-sayuran, buah-buahan, fresh milk, air suam. Ais pun wana cuba kurangkan dan elakkan.
  • Pemakaian kasut/sandal yang tak terlalu tinggi inci nya :)
  • Awasi pergerakan, berjalan dengan berhati-hati. Sebab kita tak tau keadaan dalaman kita, adakah telah ada janinnya hingga kita test dan sahkan kita hamil. Jadi kena berhati-hati.
  • Kenalpasti masa dan waktu kesuburan (berdasarkan lendiran atau suhu badan yang meningkat 0.5 -1 darjah celsius berbanding suhu normal ** yang ni nak menuntut dengan wana boleh ye, lebih details wana akan ajar siap dengan cadangan software nya sekali **
  • menjaga adab ketika 'bersama'
  • alternatif: anda juga boleh mendapatkan Set Kesuburan Shaklee :) alhamdulillah telah membantu ramai pasangan yang menginginkan zuriat.

wana
ID918791
0199904429 / 01116866987 (sms/whatsapp)