Tuesday, November 4, 2014

Topup Digi Ke Nombor Digi Yang Lain

Hari ni nak bukak entri ni sebab petang tadi, agak terkial-kial nak top up kan mak. Sebab diri ini yang celcom wana guna bil, yang no digi wana top up online. Tadi tak dapat nak top up online sebab Wifi problem. Jadi entri ni tentang topup digi ke nombor digi yang lain. Ni bukan share kredit tau. Ni bila kita ada no pin top up tu dan nak top up kepada orang lain secara manual.



Buntu nak buat macam mana, dah terbeli nombor top up tu..hmm..macam mana nak top up terus ke no digi mak ni?? jadi wana pun google lah. Hari ni paling sayang kat encik Google sebab membantu. Search sekali terus jumpa. Wana nak share kat sini, untuk perkongsian buat yang lain juga untuk diri sendiri.

Cara nya:-

  1. Tekan *123*
  2. Lepas tu masukkan 16 digit no prepaid 
  3. Kemudian tekan butang *
  4. Masukkan nombor telefon yang anda nak top up kan manual ni
  5. akhir sekali tekan butang #
Contohnya 

*123*1234567892345678*016XXXXX90#

Akhirnya dapat alert, anda telah berjaya menambah nilai bagi no.....


Salam Sayang
WANA
ID918791
01116866987