Sunday, November 2, 2014

Tok Gajah Juara

Pagi ni just nak bercerita tentang bola semalam. Tok Gajah Juara Piala Malaysia 2014..YEAHHHH..syabas untuk team Pahang!!



Sejak pregnant ni, memang jadi satu tabiat nengok bola. Semalam tengok bola dua beranak sebab papanya on duty. Jadi kurang sikit feel nengok bola sebab kalau time berdebar menyorok belakang husband. heee.. Memang penuh debaran games semalam. Pemain pun agak keletihan. Yelah hampir 3 jam berada atas padang. 

Pahang bermain dengan 10 pemain kerana ada player dapat kad merah. Teringat lagi time Pahang lawan Kedah..pun main dengan 10 players. Hinggakan pengulas sukan cakap, team Pahang tak perlu main 11 orang, cukup dengan 10 orang pun mampu menewaskan pihak lawan.

Time Pahang gol, satu blok tempat wana duduk ni bergema. termasuk rumah ni.hahaha..siapa lagi kalau bukan maisarah dan mama nya ni..terperanjat baby kat dalam perut. Sorry la baby, excited dan berdebar punye pasal. 

Bila last masa tambahan semalam, husband balik. Ape lagi, join forum la tengok bola. Uishhh..bersemangat. Time panelti, nak tau ape wana buat?? berdebar punya pasal..time pemain Pahang punya turn wana menyorok dalam bilik. Husband cakap gol, wana keluar lah. heee..

Player Pahang yang wana suka?? 1) Dickson Nwakaeme (memang berbakat & kuat semangat walau dikepung bagai oleh pihak lawan) , 2) Matias Ruben Conti (suka tengok cara beliau jaringkan gol, muka tenang tapi jaringan power) , 3) Azamuddin Mohd Akil (bersahaja tapi berbakat) , 4) R.Gopinanthan (cipta banyak peluang)

Itu aje lah cerita bola semalam, amat puas hati. Pahang memang bermain dalam satu pasukan. Buat team Tok Gajah, TAHNIAH & teruskan semangat anda!! buat team JDT, cuba lagi :)


mama wana
ID918791
01116866987
tulipcomey@gmail.com

No comments:

Post a Comment