Monday, October 27, 2014

Latih Anak Tanpa Pampers Versi Wana

Malam ni wana nak share kat semua tentang versi wana latih Maisarah buang air tanpa pakai pampers sama ada siang mahupun malam.



Lama dah sebenarnya wana nak share dengan para ibu. Mula-mulanya wana ada merancang nak belikan dia water proof sheet protector yang dijual online. Tapi fikir punya fikir, datang la idea yang lebih menjimatkan dan ianya berkesan. Mula-mulanya memang penat sikit, lepas tu berjaya.

Apa yang wana buat?? Memandangkan plastik pants dan pampers dia banyak. Biasa wana akan lipat dan kumpul. Wana bukak tepi plastik tu jadikan dia memanjang, kemudian wana letak dalam kain batik. Konsep dia macam ni..bila anak kencing, kain batik akan serap urin dia dan tak mengalir keluar. Jadi mudah kita uruskan tempat yang terkena air kencing tu.

Lepas tu, wana akan alas time dia cakap nak tidur or nap. Kalau waktu siang memang dia tak pakai pants dah. Time dia nap aje wana letak. Mulanya memang dia akan terkencing, yelah..kena praktik banyak kali dan kerap pesan kat dia, kalau Maisarah nak kencing, bangun panggil mama. Memang berbuih mulut kita, tapi jangan putus asa ya ibu2 semua. Berbanding buang air, maisarah lebih cepat adapt menggunakan tandas untuk buang air besar.

Maisarah kalau tidur atau tertidur memang susah dah nak bangun, memang betul2 tidur. Bangun pagi, mudah nak kejutkan dia. Kalau dia terkucil, dia rasa tak selesa dan kemudian bangun tidur. Jadi seorang ibu kena banyak sabar tau. 

Jangan marahkan anak. Sebaliknya sentiasa ingatkan dia, nak kencing panggil mama atau nak kencing bagitau. Alhamdulillah akhirnya Maisarah berjaya tinggalkan dunia pants sepenuhnya waktu usia dia 3 tahun.

Time dia dah ok tanpa pampers tu, time nak travel agak ragu2 jugak kalau tak pakai pempes, jadi pakaikan. Rupanya dia dah adapt dengan tanpa pampers, so memang dia tak nak pakai dah. Bila rasa nak buang air, dia akan suruh berhenti kat stesyen minyak. heee..

Sekarang kakak Maisarah dah besar dan bakal jadi kakak in shaa Allah tak lama lagi. Sebelum tidur, memang akan suruh dia buang air. Pesan kat dia siap-siap, kalau tengah malam kakak rasa nak buang air kejut mama. Naluri seorang ibu, kita dapat rasa bila anak tak selesa tidur. Terus pergi jenguk anak, dan memang dia rasa nak buang air. Terus bawak ke bilik air.

Itu lah kisah wana dengan protector sheet ciptaan wana. heee :)


Mama Wana
ID918791
01116866987
tulipcomey@gmail.com

No comments:

Post a Comment