Friday, October 24, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Satu fenomena di Facebook akhir-akhir ni, siap yang ada berbisnes dengan Jeruk Mangga Asam Boi.

wana pun tak lepaskan peluang untuk buat. Buat untuk makan sendiri dan buat untuk parents. Hari ni buat dua bekas. Jadi wana nak share resipi versi wana. Sebenarnya kita boleh pelbagaikan bahannya. Ada yang buat guna mangga, epal hijau, jambu batu.

Wana guna mangga masam (ni nama makcik kat pasar tu tulis)..hehehe

ni hasil bila digaul sebati dan sebelum masukkan dalam peti ais untuk tempoh 4-5 jam (jadi kena bersabar sampai jam 8-9 malam)


Resipi Jeruk Mangga Asam Boi versi wana

4 bji mangga masam (potong lah ikut bentuk yang anda suka)
5 biji cili (yang ni bergantung pada individu) cili2 padi wana yg saiz besar punya dan sedia pedas power
5-6 sudu besar gula
sedikit garam
15 biji asam boi

lepas letak bahan-bahan kat atas tu, gaul biar sebati, kemudian masukkan dalam peti ais selama 4-5 jam biar mesra dan fresh rasanya.


itu lah resipi Jeruk Mangga Asam Boi versi wana.


Selamat Mencuba



mama wana
ID918791
01116866987
tulipcomey@gmail.com