Wednesday, April 9, 2014

Dia sahabat ku


Seorang kanak-kanak sarat dengan rasa nak tahu, bermain, menulis, melompat..pelbagai pengalaman terbaru hari demi hari. Dalam mengharungi hari-hari menuju kedewasaan, seorang anak memerlukan sahabat.Dan sahabat yang paling rapat dengannya adalah kedua ibu bapa serta adik beradik nya yang lain.Dalam istilah sahabat sarat terkandung semuanya, dia lah kawan, teman bergaduh, teman bermain, teman dikala sunyi, susah senang.

Bersahabat dengan anak, merupakan salah satu bentuk pola pengajaran dan pembelajaran. Walaupun secara realiti kita nampak anak lebih seronok dengan kawan-kawan yang seusia dengan mereka, namun hakikatnya anak-anak perlukan kita sebagai sahabat utama mereka. Sahabat yang menyenangkan, dapat berkongsi permasalahan, cerita-cerita disekolah atau apa sahaja.

Bagaimana nak jadi sahabat kepada anak?? 
  • menjadi pendengar yang baik dan aktif kepada anak
  • melibatkan diri dalam aktiviti dan dunia anak
  • beri teguran secara profesional dan rasional. Kalau anda mempunyai anak yang ramai, panggil anak secara individu dan berbincang atau tegur kesalahannya dan bukannya memarahi anak di kalangan anak-anak yang lain.
  • beri pujian kepada anak agar dia rasa disayangi, dihargai dan meningkatkan motivasi diri anak
  • berikan kepercayaan kepada anak selagi perkara itu tidak bahaya kepada mereka
  • jadilah ibu bapa yang menyenangkan anak-anak anda
  • kita sebagai ibu bapa jangan malu mengakui kelemahan dan kekurangan diri. contohnya terdapat kemahiran yang belum kita ketahui tapi anak tau. Tak salah sama2 belajar dan berkongsi :)
  • ungkapkan anda sayangkan mereka :)

Jom jadi sahabat kepada anak & selami diri mereka

Salam sayang
~wana~






No comments:

Post a Comment