Friday, April 18, 2014

manisnya tembikai itu

Buah tembikai, tak kira la yang berkulit hijau (isi kat dalam kuning ataupun merah), honey dew, tembikai appolo memang enak di makan tatkala cuaca panas dan membahang ni. Ada yang potong2 then simpan dalam peti ais..sejuk, sedapnya..kan?? petang ni kita santai-santai dengan khasiat tembikai.


Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana di dalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."

Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW . Nabi menciumnya dan bersabda: "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi.Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."


Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.

Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai.

Dari segi faktanya pula, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit. Penghilang dahaga, kita rasa fresh.

Tembikai:
  • kaya vitamin A, vitamin C, asid folik, magnesium, zink serta pelbagai mineral yang sangat bermanfaat terutama berkait dengan perubatan
  • jus nya memberi tenaga 
  • jus nya menghilangkan dahaga
  • membantu menyembuhkan penyakit dengan cara nyah toksid yang berada dalam badan
  • juga bertindak melancarkan peredaran darah

No comments:

Post a Comment