Saturday, April 12, 2014

tips mengelakkan ruam/ruam susu pada bayi


Alhamdulillah diberi peluang merasai nikmat menjadi seorang ibu. Alhamdulillah Maisarah tiada sebarang alergik mahupun ruam time baby dulu. Apa yang wana buat? Zaman dulu2 wana belum berkenalan dengan Shaklee lagi, jadi kat sini wana nak share tips yang mudah tapi ramai yang sering ambik mudah tentang ni.

Apa yang wana buat??

Menjaga kebersihan adalah penting dalam setiap apa yang kita lakukan.

Setiap kali selesai menyusukan Maisarah, Wana akan cuci, lap miss B dengan towel suam, kemudian lap dengan towel bersih yang kering. Memang setiap kali selepas menyusu begitu rutinnya. Sementara Maisarah pun wana basuh sikit kawasan sekitar pipi mulut dagu, lap pipi dan bahagian sekitar dengan towel suam2 kuku, kemudian lap dengan towel kering yang bersih.

Kemudian, setiap kali tukar pempes, memang akan basuh dengan air biasa, lap-lap kawasan sekitar dengan kapas basah (kapas yang dicelup air tau..bukan yang ready made kat kedai tu).. (yang ready made tu buat lap kalau poo poo..kemudian basuh dengan air dan kapas basah), akhirnya lap dengan towel yang bersih.

kalau lepas mandi, tuam2 perut, belakang badan, kaki, sapukan minyak, pakaikan sarung kaki dan stokin..ni sampai umur Maisarah 5-6 bulan. Lebih daripada tu kalau musim hujan, memang akan tuamkan, sapu minyak kat perut (ni wajib..sampai sekarang kalau time musim hujan). :) 

biarkan kulit dia bernafas jap, yela..berpempes aje kan, bimbang kulit tak bernafas..biar anginkan kulit ( time ni kena la alas dengan mat..kang terkencing..hehhee..kemudian sambung tuam sikit dan pakaikan barut, baju, seluar dan yang perlu dipakai.

Tips yang simple dan ringkas.

Harap membantu :)

Salam sayang
~wana~







No comments:

Post a Comment