Sunday, April 13, 2014

posisi tidur buat ibu hamil


Pada awal usia kehamilan, memang kita tiada masalah untuk tidur dalam pelbagai gaya. Bila apabila kandungan makin membesar, ada ibu yang mengalami kesukaran untuk tidur mungkin sedikit sebanyak disebabkan oleh pergerakan bayi ataupun mengalami masalah kekejangan kaki.

Kalau zaman-zaman bujang dulu, posisi tidur kegemaran wana terlentang, tak pun mengiring ke kanan. Bila kandungan makin membesar, wana memang tak boleh tidur terlentang. Wana lebih banyak tidur mengiring ke kanan. Posisi ni buat wana selesa dan mudah tidur. 

Bila kandungan mencecah usia 5 bulan, wana beli bantal mickey yang kecil untuk support perut.(bantal ni ada hingga ke hari ni dah jadi peneman tidur Maisarah. Masuk usia kandungan 6 bulan, rasa kurang selesa nak tidur..wana belikan bantal besar yang lembut untuk support (bantal ni pun ada sampai ke hari ni)

Perut wana agak besar maybe sebab kulit perut tebal kot..heeee..usia kandungan nak masuk 6 bulan wana tak dapat solat seperti biasa. Wana solat duduk. Maisarah lahir dengan berat 3.24 kg :)

Mengapa gaya terlentang kurang elok bagi kandungan 16 minggu & ke atas?

Hal ini disebabkan dengan gaya ini, seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus dan inferior vena cava. Tidur dalam keadaan ni juga dapat meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, menjejaskan sistem pencernaan, menyukarkan pernafasan dan sedikit sebanyak menggangu peredaran darah. Ia juga mempengaruhi tekanan darah. Bagi ibu yang mengalami tekanan darah tinggi ketika hamil adalah tidak digalakkan sekali tidak tidur dengan posisi terlentang.

Pakar perubatan mencadangkan supaya selepas minggu ke 16, ibu-ibu sebaiknya tidur dengan posisi mengiring ke kiri kerana posisi ini dikatakan membuatkan bayi mendapat pengaliran darah dan makanan yang lebih. Mengiring ke kanan pun boleh juga.


Salam sayang
~wana~





No comments:

Post a Comment