Friday, April 18, 2014

Slim Dan Kurus..Ada Beza???

ok, entri pagi ni berkenaan Slim dan Kurus..rata-rata dari kita mungkin ingat 2 benda ni adalah sama. Sama tapi tak serupa ya :) Dalam entri ni wana akan berkongsi pandangan dan beberapa point yang jelas tentang ni. Anda yang nak komen pun amat dialu-alukan.



Wana terangkan beza slim dan kurus ni secara umum.

Slim memberikan kita idea atau gambaran bahawa seseorang itu tak mempunyai banyak lemak/kolestrol jahat pada badannya, seorang individu yang mempunyai kandungan lemak yang rendah, dan tidak terlalu terikat dengan diet yang ketat (kira macam pemakanan harian yang biasa, cuma mungkin kurangkan kuantiti pengambilan). Individu yang slim ni kita boleh kategorikan sebagai mempunyai saiz yang betul untuk penampilan dan dirinya.

Bila sebut kurus, apa yang anda gambarkan?
Gambaran mengenai kurus ni boleh dikatakan seperti satu individu yang tiada langsung extra lemak, tetapi mungkin kurang berat badan berbanding apa yang sepatutnya. Individu yang kurus itu boleh kita katakan mempunyai kandungan lemak yang sedikit kurang berbanding individu slim.

Kita bagi satu keadaan di mana individu yang mempunyai berat badan berlebihan consume slimming set sebagai contoh. Wana bagi contoh Shaklee la ye sebab wana sendiri consume. Dalam Shaklee, penekanannya lebih kepada loss inch, di mana anda akan slim/ramping. Kerana di situ berlakunya detox (nyah toksin dari badan), pembakaran lemak dan bina dengan protein. Kalau anda tengok banyak testimoni, wahh..saya dah boleh pakai baju lama, best nya..wahh..dah boleh pakai baju sebelum kawen dulu..cincin dulu2 dah muat. Tu kita namakan Loss inch. Di mana fasa yang berlaku kita namakan slimming process.

Bila pulak nak kurusnya?? Kurus ni kita kaitkan dengan penurunan berat badan. Kalau dalam Shaklee, berat badan akan slowly turun. (bukan secara drastik..gedebusss..trun 10 kg seminggu...penurunan badan secara drastik adalah kurang sihat ye semua kerana kebarangkalian untuk naik drastik juga ada). Kalau dengan Shaklee, berat badan akan turun secara konsisten dan takkan naik lagi ke berat asal kita. Ni melalui pengalaman wana sendiri, wana turun 1-2 kg seminggu, tapi bab loss inch tu yang paling best :)

Konsepnya sama untuk nyah lemak atau kolestrol jahat daripada badan, tapi cara bertindak atau cara kita praktikkan diet sebagai contohnya adalah berbeza. Slim dulu, then berat badan akan ikut sama turun. 


mama wana
id 918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com

No comments:

Post a Comment