Sunday, April 13, 2014

Tips mendidik anak hiperaktif

Dikurniakan cahaya mata merupakan satu anugerah.Alhamdulillah.

Dikurniakan anak yang hiperaktif menuntut ibu bapa agar lebih bersabar terutama dalam mendidik, mengasuh serta menjalani hari-hari menuju proses pembesarannya.



Dalam entri ni, wana nak berkongsi tips buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang hiperaktif ni. Wana tiada pengalaman secara langsung berkaitan anak hiperaktif ni tapi wana pernah mengajar kanak-kanak darjah 1 yang hiperaktif (ada beberapa orang dalam kelas yang wana ajar time wana jadi guru ganti tempoh hari). 

Memang kesabaran yang tinggi sangat penting ye semua, memerlukan seluruh kudrat. Ingat mengajar itu satu amanah parents, mendidik kerana Allah, dalam hati tertanam.. "aku juga ada anak"..oleh kerana rasa tanggungjawab & amanah itu wana pegang dan didik mereka dalam tempoh beberapa bulan macam wana mendidik anak wana sendiri. 

Hari wana last ngaja sebagai guru ganti kat sekolah itu, pelajar tu (lelaki) datang dan menangis..."kenapa cikgu dah tak nak ajar kami ke? cikgu nak g mana lepas ni?(wana turut bergenang). Cikgu ke tempat lain pula, tamat dah waktu cikgu kat sekolah ni. Cikgu nak kejar cita-cita cikgu. Belajar rajin-rajin, pandai-pandai. Satu hari nanti, kita akan berjumpa lagi. 

ok, terus sahaja kepada TIPS MENDIDIK ANAK HIPERAKTIF
  1. Ajarkan anak yang hiperaktif itu disiplin supaya dia dapat mengatur atau menguruskan dirinya dengan baik
  2. Jangan menghukumnya kerana perilaku hiperaktif ni bukan kesalahan anak anda
  3. Jangan melabel anak hiperaktif itu sebagai nakal,malas atau bodoh kerana akhirnya dia akan bersikap seperti yang kita label tu. (ingat apa yang diucapkan oleh ibu itu suatu doa, maka doa la yang baik-baik untuk anak anda)
  4. Pendekatan yang berbeza bagi setiap anak.
  5. Berikan kasih sayang (bukannya memanjakan) anak yang hiperaktif melebihi adik beradik nya yang lain. 
  6. Dalam mendidik anak yang hiperaktif ni, jangan bosan atau berputus asa untuk mengulang-ulang sesuatu pengajaran berbanding adik beradiknya yang normal
  7. Di depan anak anda serta di depan orang lain, katakan anak anda adalah anak yang baik dan jangan menyebut tentang kesalahan yang pernah dilakukan
  8. Terus menerus awasi tindakan atau tingkah lakunya kerana bimbang tindakannya mungkin membahayakan diri atau orang lain
  9. Perbanyakkan komunikasi dengan anak yang hiperaktif ni. kalau dengan anak yang normal, anda berbicara pada ketika tertentu, tapi untuk anak yang hiperaktif kita perlu berkomunikasi setiap satu minit sekali.
  10. Jangan marahi dia. Contohnya makan beramai-ramai di meja makan, anak yang hiperaktif ni berlari-lari dengan makanan. sabar, jangan marahi nya. Suapi mereka dengan sabar dan penuh kasih sayang. 

Banyak bersabar ye para ibu bapa. Ingat anak itu anugerah yang mesti kita corak, didik, asuh dengan penuh kesabaran, kasih sayang, penuhkan dengan bekalan ilmu dunia & akhirat. 




No comments:

Post a Comment