Wednesday, February 26, 2014

Proses PEMBENIHAN AWAN


berminat pulak nak tau macam mana proses pembenihan awan ni. Konsepnya dah sedia maklum. Meh kita sama2 tengok ye macam mana proses nya.



Terdapat 3 jenis pembenihan awan ni
  1. Pembenihan awan dinamik (arus udara menegak terdorong dan lebih banyak air melalui awan. Seterusnya akan membawa lebih banyak hujan. Kaedah ni mempunyai 11 peringkat dan jika terdapat kesalahan di satu peringkat akan menjejaskan keseluruhan proses.
  2. Pembenihan Awan Higroskopik (Bahan letupan dan flare digunakan untuk menyebarkan garam melalui bahagian bawah awan. Air akan tertarik pada garam dan saiznya akan membesar lalu turun sebagai hujan. Cara ini dikatakan memerlukan lebih banyak kajian yang terperinci)
  3. Pembenihan Awan Statik (bahan kimia iaitu silver iodide disebarkan ke dalam awan. Kelembapan dalam awan akan terkondensasi di sekitar kristal seterusnya awan akan menyebarkan hujan ditempat tertentu.
**perlu diberi perhatian bahawa proses ni secara keseluruhannya bergantung kepada keadaan cuaca, kehadiran awan yang sesuai, juga suhu dan komposisi awan.

Sumber : 1, 2 




owhh, macam tu baru la wana faham :) 

elak 'pendatang tak diundang' di rumah

Dewasa ni, kita dengar banyak kes di dada akhbar, dalam tv, radio tentang kes pembunuhan, rompakan, kecurian, pecah masuk dan boleh dikatakan hampir setiap hari ada kes yang dilaporkan.

Jadi macam mana kita nak elakkan daripada berlakunya kes2 yang tak diingini. Betul ajal maut di tangan Allah, tapi kita berusaha untuk memastikan persekitaran, kediaman dan keluarga kita selamat.


  1. Wana tengok kat FB, seller on9 semakin bertambah dan ada yang memaparkan bukti akaun wang masuk berpuluh ribu, ada yang dengan bangganya pegang duit banyak siap kibas2 lagi. JANGAN & BERHENTI berbuat demikian..penjenayah sekarang dah advance. siapa tau mereka berada dalam kelompok friendlist atau kelompok kenalan kita. Ingat, seorang penjenayah takkan bagitau..ok, saya penjenayah. tak de kan.
  2. Ibu2 yang lonely, husband g kursus ke outstation ke buat kerja luar ke..TAK PERLU update status tu dalam FB. ni akan mendedahkan kita kepada ancaman luar. Gambar ada, kadang2 ade kita terlepas pandang kita bagitau kat fb kedudukan rumah kita, jadi mudah penjenayah mencari.
  3. seller yang customer biasa COD kat rumah, peru berhati-hati ye. sebab kita tak jangka siapa customer tu. kalau jiran sebelah2 kita kenal, kawan kita kita kenal. Jadi BERHATI-HATI dan berwaspada ya.
  4. Time menyiram pokok ujung2 minggu kat rumah, tak perlu la nak pakai rantai dua tiga belas urat, gelang sampai siku..(walaupun ada yang pakai emas sadur, zulian, emas korea ke) pencuri, perompak tak sempat nak nilai semua tu..dia terus aje sambar. Jadi kena sesuaikan dengan keadaan nak memakai2 tu ye.

sama2 kita berpesan-pesan & ingat mengingati :)

Pesanan ringkas daripada wana :)


Salam sayang

Monday, February 24, 2014

Tips mengajak anak cintakan ilmu

alhamdulillah, perkongsian wana hari ni berkisar tentang tips mendidik anak cintakan ilmu. Apa yang wana share kat sini adalah apa yang wana terapkan dalam diri Maisarah. Wana percaya ramai lagi ibu2 yang berpengalaman dan hebat di luar sana.

Berkunjung ke kedai buku adalah kegemaran kami. Rambang mata dan berejam duduk dalam tu. Rasa macam nak grab semua, baik buku kanak-kanak, buku ilmiah, buku doa2, novel memang wana tak beli kat kedai buku, wana prefer beli online direct dengan penerbit buku tersebut :)

ok, terus sahaja kepada tips mengajak anak cintakan ilmu. 


  1. memilih bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak. sesuai dengan umurnya dan meneliti gambar2 di dalam buku tersebut.
  2. membaca bersama anak-anak atau berada bersama anak untuk sesi latihan. (bagi ibu yang bekerja, boleh meluangkan masa sekitar 20 minit untuk melihat dan sama2 membaca dengan anak2)
  3. membawa anak anda ke kedai buku. Mesti anak-anak teruja
  4. kongsikan kegembiraan anda dalam membaca..parents pun at least ada bahan bacaan yang sesuai untuk seisi keluarga di rumah.
  5. Reward untuk anak yang rajin. kalau Maisarah, dia memang excited & gembira bila latihan yang dibuat kita cek dan bagi bintang. Kadang-kadang dia akan request..yang ni nak 4 bintang ye mama. Mama jawab boleh dengan syarat maisarah buat cantik-cantik dan lepas siap, baca dan eja :) alhamdulillah memang dia buat & bintang2 miliknya.
  6. Motivasi yang berterusan buat anak-anak. Ada masanya anak akan rasa malas nak habiskan exercise. Datang dekat anak, then kita bagi perangsang kepada dia..contoh yang wana buat kat Maisarah.."kakak kan pandai, sayang la kalau tak habiskan latihan ni..nanti bintang jadi sikit..ha..dapat bintang banyak la best" "nanti kakak sekolah, kalau kakak rajin dan pandai dapat hadiah nanti" "maisarah budak yang pandai kan? " memang automatik dia akan respond. Tak perlu bertegang urat leher, yang hanya perlu berlembut dengan mereka.
  7. kalau untuk anak2, contoh ye kalau time bercerita..kita bezakan intonasi bacaan kita..itu akan buatkan cerita lebih menarik. kalau siap dengan gaya pun boleh. itu la apa yang mama nya buat ni..hari2 Maisarah akan request mama untuk bercerita. Cerita la cerita yang mudah. Ibu bapa mesti kreatif ye..reka cerita yang dekat dengan jiwa anak-anak..tak pun masukkan dia sebagai watak dalam cerita tu..mesti anak anda lebih excited.
  8. MENDOAKAN mereka. Setiap masa, doakan mereka..dari segala segi.

itu sedikit perkongsian daripada Wana

ni antara buku2 kegemaran maisarah..buku IQ kat atas tu dah abes dia buat, buku sebelahnya yang Phonic tu dah separuh dibuatnya (ni yang baru beli), yang lain semua separuh juga :)




Sunday, February 23, 2014

coret-coret wanita dan kebahagiaan

entri ni pun satu bentuk pengkongsian wana tentang wanita terutama kaum ibu dan kebahagiaan bersama husband masing-masing. Dalam sibuk melayan telatah anak, suami juga jangan kita lupakan. Bersiap la dan tampil cantik di hadapan mereka. Jangan la mentang-mentang duduk rumah..ha..hari-hari pakai baju kelawar..heee..pakai kemas-kemas dan sopan tapi tetap menarik. mengejar pahala kan :) tapi jangan pulak ter over ye.

Seiring dengan usia yang makin meningkat, amat la penting bagi kita kaum ibu dan wanita menjaga tahap kesihatan dan kecantikan. kena vogue walaupun dah berusia. vogue kat sini bukan bermaksud kena tampil dengan pakaian 'orang-orang muda', make up yang tebal2..sudah2 la, zaman kita dah berlalu.Pakai make up yang nipis-nipis atau tampak semulajadi sudah :)

Mesti ada yang fikir..owhh, kalau macam tu kena la ke spa..manjakan diri, ke saloon untuk set up rambut dan penampilan. Tiada halangan bagi yang berkemampuan tapi semua tu mesti lah kena dengan tujuan nya. "aku nak tampil cantik buat suami ku..aku nak jadi yang terbaik buat suami ku kerana Allah". Kalau anda tak yakin dengan tempat-tempat kat luar, mungkin bercampur gaul dan akan mendedahkan aurat anda, anda boleh bawa spa, saloon tu ke rumah anda.

Apa pulak maksud dia ni?? mesti ada yang terfikir gitu kan?

Ni la wana nak story tentang bawa spa, saloon ke rumah ni. macam mana? ha..dengan Vitamin Kecantikan Shaklee.


nak story sikit la, baru-baru ni ada yang pm wana nak tau details tentang Vitamin C Shaklee. wana pun explain..kemudian wana bukak la cerita..selain daripada telan, akak juga boleh buat masker dengan vitamin C ni.. customer " biar betul?? tak pernah saya dengar vitamin boleh di buat masker "..betul kak, itu la keistimewaannya. saya sendiri buat masker dari vitamin C ni :) kata customer ni.. " ni dah sangat bagus, dah la tahan lama 1 botol 6 bulan" memang mesti grab :)


ha..tengok ni customer wana yang excited dengan masker vitamin C :)

ha..tu baru tentang vitamin C, antara vitamin kecantikan yang lain
  • B complex (kulit jadi lembap, jerawat lesap tak naik naik..heee, parut2 menghilangkan diri)
  • ESP ( ni i like..kulit gebu, cantik luaran & dalaman memang sangat di cadangkan..bila dah cuba anda tau la apa maksud wana ni, parut2 pudar dah hilang)
  • Alfalfa complex (ni kacip fatimah moden, selain tu sangat banyak khasiat untuk detox, untuk kebahagiaan, kesihatan, nak slim, milk booster ~ ha..yang ni boleh buat scrub tau)
  • Sustained release vita C plus (pemerah pipi semulajadi..kulit lembap, blush2, pejal, gebu) [ ni yang kita bincang kat atas]
  • Vitamin E (hilang parut, kulit WOW)
  • VIVIX (kulit muda remaja, awet muda, bagus untuk kesihatan & kecantikan)
  • GLA complex (bibir yang merah fresh semulajadi, kulit lembut halus, cantik tanpa parut jerawat & jerawat)
  • Collagen powder Shaklee ( yang ni memang terasa kesannya..ada yang baru consume 5 sachets dah rasai perubahan kulit yang best..boleh di minum & di buat masker. 
tu antara perkongsian gambaran secara ringkas. Secara penuhnya, setiap vitamin ni sangat banyak khasiatnya yang tersendiri.









Thursday, February 20, 2014

Minda yang positif

Suatu perkongsian serba sedikit tentang diri wana. Alhamdulillah sedari kecil tertanam sifat itu pada diri wana..POSITIF. satu istilah yang wana rasakan sebati dalam diri ni. Satu lagi faktor mungkin kerana wana anak yang sulung. Jatuh, rebah..mata bergenang dengan air mata, wana tetap akan bangkit. Didikan abah yang tegas dari kecil dalam ilmu agama, pendidikan, jati diri, cara pembawakan diri..wana rasa faktor terbesar yang menyumbang kepada tertanamnya sifat ini dalam diri wana.

Wana ambil contoh suatu keadaan. Jika anda semua bertanya pada ibunda wana..mesti ma wana akan tersenyum dan cakap, tak pernah walau sekali wana mengatakan tak sedap dalam diri wana. Makan apa2 sedap, pergi mana2 best..Pergi ke kursus, bengkel, seminar, ataupun tengah travel..tak perlu kita mengharapkan juadah yang bakal disediakan akan perfect, seingat wana tak pernah suatu saat wana merungut tentang sesuatu. Bila masuk ke dalam mulut, alhamdulillah semua wana rasakan sedap. Alhamdulillah.

Pernah wana bercakap dengan husband.. "agaknya ayang ni memang dah ter set dalam jiwa dan minda semuanya positif "..walau berhadapan dengan ujian & kesulitan, senyum, berdoa, mengadu lah kepada YANG MAHA ESA, bangkit & kuat semangat. Alhamdulillah, kita akan jadi kuat, tabah, terus berusaha dan alhamdulillah pertolongan daripada Allah buat hambaNYA. Wana sentiasa berpegang pada 'Allah memberi ujian kepada hambaNYA, tanda Allah sayangkan hambaNYA dan Allah takkan memberi suatu ujian yang tak dapat dipikul oleh hambaNYA '



Macam mana untuk melatih minda untuk sentiasa positif ni? 

Perkongsian ekslusif daripada wana. moga memberi manfaat :)

  1. Berdoa kepada ALLAH agar diberi kekuatan, ketabahan dalam menghadapi hidup ini. Berdoa dengan penuh pengharapan.
  2. Berdoa lah untuk anggota keluarga kita..ibu bapa, suami, anak & seluruh anggota keluarga.
  3. membaca Al-Quran, berzikir dan berselawat
  4. mengeluarkan sedekah
  5. Semangat yang kuat untuk berjaya atau meningkatkan diri
  6. tidur yang mencukupi
  7. makanan yang seimbang dan berkhasiat
  8. minda yang relax dan santai (rumah yang kemas, suasana yang bahagia, pengudaraan kawasan sekeliling yang baik)
  9. senyum 
  10. mengambil supplement/vitamin yang sesuai 
MENDIDIK ANAK BERFIKIRAN POSITIF
  1. Berdoa untuk kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan anak
  2. Jangan menengking atau meninggikan suara kalau anak buat silap. tegur dengan cara lembut dan tunjukkan cara yang sebetulnya.
  3. mengeluarkan perkataan yang baik dan lembut ketika berbicara dengan anak
  4. menjadi pendengar yang setia
  5. puji atas kejayaan atau progress anak
  6. banyak bercakap dengan anak
  7. berdoa ketika menyediakan juadah atau minuman buat anak
  8. meluangkan masa berkualiti dengan anak2
  9. bawak anak-anak bercuti bersama
  10. kalau anak jatuh atau tak dapat buat, bagi dia semangat..'kakak boleh, kakak kan kuat, strong & ganas" (ni ayat Maisarah)
  11. kalau anak rebah/jatuh ketika bermain & menangis..JANGAN pulak kita cakap, olo..cian2 anak mama..siap dukung lagi.. apa yang anda PERLU cakap, "anak mama ni kan kuat, sikit je, tepuk bahu dia. Semangat dan aura tu akan mengalir ke dalam jiwa anak dan anak akan bangun balik dan teruskan bermain.

Wana harap perkongsian wana ni sedikit sebanyak dapat membantu anda :)
~salam sayang ~

Wednesday, February 19, 2014

Jimat dengan Harga Ahli

cust: akak, saya nak beli dengan harga ahli boleh?
wana: boleh tapi perlu register sebagai ahli Shaklee dulu
cust: kalau saya nak consume je tapi tak nak biz tak pe ke..tak pandai nak menjual ni.
wana: boleh. daftar sebagai ahli, consume sendiri dapat nikmati harga ahli. silap2 hari bulan, belian sis capai minimum point untuk minimum bonus 150 point, haa..dapat bonus terus dalam account. ha..best kan?

BEST dengar kan? anda dapat nikmati harga ahli, kalau capai point dapat pulak bonus bulanan, lepas tu atas satu2 vitamin tu banyak khasiat.

Jimat dengan Shaklee..apa lagi?? setiap satu vitamin tu penggunaan 1 botol nya lama. Wana bagi beberapa contoh ye
  • b complex : 1 botol kegunaan 4 bulan
  • sustained release vitamin C : 1 botol untuk kegunaan 6 bulan
  • vitalea: 1 botol untuk kegunaan 4 bulan
  • ESP : 1 bekas untuk kegunaan 2-3 bulan & ada yang bertahan lebih bergantung kepada penggunaan.
  • Meal shakes: 1 bekas untuk kegunaan 3 bulan, ada yang sampai 5 bulan bergantung kepada penggunaan.
  • ostematrix : 1 botol untuk kegunaan 1 hingga 2 bulan. 
  • alfalfa complex: saiz S (untuk 2 bulan lebih) , saiz L lebih 6 bulan
  • lecithin: 1 botol untuk kegunaan 1 hingga 2 bulan
  • omega guard: 1 botol untuk kegunaan 1 hingga 2 bulan bagi dewasa. 3 bulan kalau anak2 yang consume
dan banyak lagi produk dalam Shaklee ni..ni antara produk yang wana list kan..

AMAT JIMAT!!! siapa cakap Shaklee ni mahal.. :) JIMAT & BERBALOI2.



Yang nak REGISTER sebagai AHLI, terus contact wana ye (pelbagai manfaat menanti anda)

nurazwana zakaria
Shaklee id 918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com

Kuasa shopping..oh my money


hehehe...entri yang santai hari ni tentang Kuasa Shopping..wah.wah kak, ada yang dah senyum simpul tu. wanita dan kuasa shopping memang tak dapat dipisahkan. TAPI..jangan tuding jari kat wanita aje tau, ada juga kaum adam yang obses dengan something cam hobi kumpul control car ke, kumpul koleksi yang macam2. So fair & square ye. Masing-masing ada kuasa beli yang tersendiri.

Kaum-kaum wanita terutama kaum-kaum ibu mesti anak no 1..Asal ke mall ade je barang nak belikan untuk anak selain daripada keperluan. Terutama lagi bila ada anak GEGURL..maka banyak la baju2 kembang, overall sane..legging sini..set sana, set sini..aksesori, kasut yang cantik2..ha..bukan nak bercerita pasal orang lain, wana pun gitu.hahhha..tapi tak la fanatik sangat. 

mujur la, wana owner mamamaisarah boutique (menjual kelengkapan bayi dan kanak2 dari segi aksesori, pakaian, pre walker, mimijumi bottle, comotomo bottle dan banyak lagi..yang nak berkunjung boleh ke link ni ya (MAMAMAISARAH BOUTIQUE) cam nak promote aje ni..sambil nyelam sambil minum air.heee.

ok, apa yang wana buat bagi memastikan tak over badget?? RANCANG & BAJET. Setiap bulan wana akan peruntukkan bajet khas buat maisarah. untuk keperluan dia,nak beli buku2, baju2 or aksesori. Setiap bulan akan ada 'reward' untuk Maisarah. Mama akan explain kenapa mama beli. biasa dalam bentuk pakaian (dalam sebulan 2 pasang ataupun beli pants). Jadi dia akan faham reward ni untuk apa dan alhamdulillah Maisarah seorang yang simple :)

Shopping tu boleh tapi kena beringat ye semua. nak..nak masa kini online shop tumbuh macam cendawan selepas hujan..kang baru gaji, dah licin.ha..susah & sesak nak sampai ke gaji seterusnya kecuali anda buat biz sampingan or kerja part time.  



Tu aje perkongsian santai untuk hari ni..

Salam sayang
~mama wana~








Rabun silau

bercerita tentang rabun silau, wana adalah salah seorang yang rabun silau plus ada rabun jauh... (dulu wana pakai spek, lepas tu jadi malas nak pakai..heee). Wana kurang boleh drive pada waktu malam terutama kawasan yang gelap gulita..kereta datang dari depan buat mata wana silau dan berair. Tapi kalau terpaksa, bawak aje. Guideline dia line putih tu..jadi kita boleh agak pemanduan kita dan tak terus pandang ke kereta dari depan. Kalau dalam bandar, banyak lampu jalan so wana boleh drive macam biasa.

ok, entri kali ni tentang RABUN SILAU. Selain daripada rabun jauh, rabun dekat, rabun silau juga dihadapi oleh kebanyakan individu seluruh dunia. Ia nya bukan sahaja menyukarkan penglihatan secara normal tapi juga seringkali menganggu pemanduan waktu malam.

Kebanyakan silau ini terjadi disebabkan oleh Astigmatism dan punca-punca yang lain seperti jangkitan atau keradangan pada mata.


Astigmatism berkait rapat dengan penglihatan kabur pada semua jarak disebabkan oleh permukaan kornea dan kanta tak sekata. Jadi imej yang kelihatan tidak jelas dan pecah-pecah terutama pada waktu malam. 

Pada pengalaman wana, warna akan jadi kurang berseri sikit. Kalau ke shopping complex, bila nak mencari orang or terpisah dengan family nak mencari tu kita silau. Objek jadi cam berbulu..hehehe..tup.tup..orang yang di cari dalam lingkungan sekeliling.

Dr Rozita Ahmad, pakar mata Hospital Ampang Puteri menjelaskan bahawa astigmatism yang sedikit atau kurang daripada 0.50D biasanya tidak mengganggu penglihatan. Namun, sekiranya lebih, ia boleh menyebabkan sakit kepala, mata letih dan silau yang kronik. Apabila ini terjadi, pembetulan kornea atau kanta harus dilakukan seperti pemakaian cermin mata atau kanta sentuh khas.

Rabun silau boleh berlaku serentak dengan rabun jauh atau rabun dekat cam awal2 wana bagitau tadi. Antara faktor yang menyumbang kepada kejadian ini keturunan, kecederaan kornea mata, berlaku selepas pembedahan mata seperti pembuangan selaput katarak, ketumbuhan pada kelopak mata, atau penyakit kornea.

Sayangi mata anda :) spek wana yang lepas RM 400 plus harganya..huuu sebab brand esprit..siap rabun jauh plus rabun silau..tapi pakai kejap je.ni wana menanti stok carotomax shaklee, nak grab. sebab carotomax ni bagus untuk kesihatan mata :)





.

Tuesday, February 18, 2014

hari2 ku bersama Shaklee

wahh..tengok aje entri tu memang hari2 busy, banyak order yang masuk alhamdulillah, ada yang restock stok yang terlajak laris Herblax..yang mana nak kempis perut, detox, yang selalu sembelit..better grab cepat2 herblax ni sebab tak sampai beberapa hari aje dah abes nanti..kang gigit jari. Nak order dengan wana amat dialu2kan.

hari ni ada yang order slimming set for BF mummy, Set untuk pregnant mummy siap plus untuk husband dia sebab katanya husband selalu kepenatan dan lenguh-lenguh badan, ada order daripada customer yang nak set berpantang juga. alhamdulillah sememangnya Shaklee permintaannya setiap hari dan ribuan telah consume Shaklee ni.

Ada lagi di antara anda yang ragu-ragu untuk register sebagai Ahli Shaklee? ha..ragu-ragu nanti Rugi-rugi. serious wana bagitau. Persoalan yang biasa macam mana nak register ni?? MUDAH SAHAJA semua.

sama ada secara berbayar seumur hidup RM 75 SM / RM 85 atau FREE MEMBERSHIP dengan belian 200uv dalam satu resit. :)

Nak contact siapa nak register ni??

Contact saya SID SHAKLEE anda
NURAZWANA ZAKARIA
SHAKLEE ID 918791
0199904429
tulipcomey@gmail.com

psss..time post kan entri ni belum packing lagi vitamin untuk di pos esok..lewat malam sikit packing :)

santai2 ikan cencaru bakar yang MELETOPSS SEDAP



nyam..nyam..lama tak pekena ikan bakar hari ni masak besar-besaran..heee..ni wana guna ikan cencaru segar, saiz sederhana & belah belakang...sumbat2 sambal dia tu..makan dengan nasi panas2 memang sodap ha..lama tak makan kan..kang makan selalu muak.heee.

Monday, February 17, 2014

Shaklee2u yang BEST!!


entri kali ni lagi tentang Shaklee2u. Selama ni wana asyik cakap aje tentang Shaklee2u..Shaklee2..apa tu? ni paparan shaklee2u. Satu sistem yang memudahkan semua Shaklee Independent untuk submit order. Alhamdulillah dalam sistem ni stok sentiasa update. Jadi kita tau yang mana masih ada stok,yang mana dah abes. Info2 tentang workshop, program2 shaklee pun ada dalam ni. Nak register new member pun dalam ni. Alhamdulillah sangat mudah. Satu sistem yang semua guna.

Tapi syaratnya perlu REGISTER dulu ya. Register dengan wana dan anda akan dapat ID serta password untuk log in ke sistem ni. Apa lagi kelebihan register dengan wana ni selain daripada keistimewaan menjadi Ahli Shaklee??

  • Ebook PERCUMA (panduan pemakanan vitamin, menjana pendapatan hingga 5 angka)
  • Consultation ekslusif (individu, group consultation dengan team MY GEMS, group consultation dengan leader team CREAMS)
  • jemputan ke group coaching whatsapp (individu, group)
  • coaching from zero to hero (yang penting RAJIN), saya akan menunjukkan jalannya.
Jadi anda TAK BERSEORANGAN, saya & leader sedia membantu :)

Hubungi saya
nurazwana zakaria
0199904429
tulipcomey@gmail.com
Shaklee ID 918791


sesi susun-susun vitamin


Awal pagi tadi sesi keluarkan vitamin-vitamin daripada kotak dan susunkan. Malam semalam dah siap packing vitamin untuk kawan en suami. Alhamdulillah. ni pun beberapa vitamin dah berjumpa pemiliknya. in shaa Allah next week nak restock lagi..bahagia nya. Alhamdulillah. ni pun ada yang nak set berpantang, menyusu dan set kesuburan. Alhamdulillah

Berkira-kira lagi nak memiliki Shaklee? kita ada full pack, set bajet dan set superb bajet SEMUA BOLEH

Alhamdulillah

Sebarang pertanyaan terus hubungi saya
nurazwana zakaria
shaklee id 918791
0199904429
tulipcomey@gmail.com

Batu-batu Senyap



Hati kita menghasilkan hempedu iaitu sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang terkandung di dalamnya garam hempedu, cecair lemak, kolestrol serta bahan kimia yang lain. Cecair pekat ini di dalam pundi hempedu sehingga lah di perlukan untuk tujuan pencernaan lemak di dalam usus kecil anda. 

Prosesnya, apabila anda makan, pundi hempedu akan kecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa. kemudian hempedu akan di bawa ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan pecahkan lemak dalam makanan anda.

Jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan membentuk batu karang. Proses ini tak terus kelihatan tetapi memakan masa selama bertahun juga. Saiz batu karang hempedu adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat serta tak tentu bentuknya  dengan permukaan yang kasar.

Menurut Dr Abd Hamid Mat Sain, Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan.."anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu dalam tubuh anda".

Siapa yang BERISIKO???

  • wanita di antara 20 hingga 60 tahun (berisiko 2 kali ganda berbanding lelaki)
  • individu yang berjisim tubuh (BMI) yang meningkat
  • diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat
  • meningkatnya usia
SIMPTOM-SIMPTOM
  • rasa senak yang kronik (sakit yang datang tiba-tiba datang, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang amat sangat di bahagian abdomen tengah dan kanan atas abdomen)
  • mual
  • angin
  • kembung perut
  • kadangkala sakit di bahagian abdomen
  • demam panas atau sakit yang berterusan ( apabila batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu ) ----> terus dapatkan rawatan dengan segera.
  • kulit kekuningan, kawasan mata menjadi putih, air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk (simptom apabila duktus hempedu tersumbat)
JENIS-JENIS BATU KARANG HEMPEDU
  • batu karang hempedu berkolestrol. (berwarna kuning mengandungi kolestrol yang tak terlarut, mungkin mengandungi komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa darah merah yang lemah). 80% batu karang hempedu adalah batu kolestrol.
  • batu karang hempedu berpigmen. (batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam yang terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Dihadapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari. Merupakan batu karang hempedu duktus primer.Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Batu karang jenis ini agak jarang berlaku
RAWATAN
  • Jika Doktor mengesaki anda menghadapi batu karang hempedu, anda mungkin terpaksa melakukan ujian darah untuk mengenalpasti tanda jangkitan, tahap enzim pankreatik, atau keadaan hati yang tak normal, atau tahap bilirubin yang berlebihan.
  • selain daripada pemerikaan rutin, pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat untuk tujuan pemantauan penyakit.
  • Pembedahan. Pembedahan laparoskopi kolesistektomi (kurang sakit, kurang parut, boleh buat kerja seharian selepas beberapa hari)
  • bukan pembedahan. menggunakan pil garam hempedu. Doktor menyarankan pengambilan ubat ursodial  (actigall) yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu. (untuk batu-batu karang kecil). Terapi gelombang bunyi berfrekuensi tinggi untuk pecahkan batu karang. Tapi kebarangkalian penyakit untuk kembali tu ada melainkan pesakit mengambil Actigall secara berterusan.

SUMBER: 1 , 2 


Saturday, February 15, 2014

kegembiraan bersama Shaklee


ni Maisarah dengan shaklee yang mama restock. Jumaat baru order kat Shaklee2u, tup2 tengahari tadi bro GDEX dah bagi salam depan pintu. Alhamdulillah selamat sampai semua. Ada yang dalam gambar ni dah bertuan.

Sangat seronok. Husband balik jap td senyum tengok kotak. heee..ni tengah berfikir nak letak stok kat mana, sebab dah sedia ada istana Shaklee kat rumah ni, gaya nya akan diletakkan atas rak semuanya. Alhamdulillah, stok ni buat customer sekitar Kuala Terengganu yang nak COD, in shaa Allah wana cuba bantu.

Hari ni alhamdulillah dalam 3 orang customer luar daripada Terengganu inbox ke FB wana untuk order. Alhamdulillah memang TERHANGAT DI PASARAN. Permintaan nya setiap hari. Ada yang tanya wana, boleh jual ke? boleh jalan ke biz dengan Shaklee ni? alhamdulillah & in shaa Allah boleh. Agaknya wana memang jenis yang sentiasa positif dan memandang sesuatu selalu positif. Alhamdulillah. Selain tu sokongan dan dorongan suami juga menguatkan perjuangan wana ber biz dengan Shaklee :)

Team My gems juga semakin berkembang dengan 'anak2 & cucu2'..moga terus berkembang dan success. amin.amin. in shaa Allah. Ada lagi yang nak berdaftar dengan wana??

JOM REBUT PELUANG untuk menjana pendapatan family, ada yang nak bantu suami, nak tambah duit poket, tampung keperluan anak2..saya akan guide from zero to hero. in shaa Allah. sama-sama kita berusaha.

HUBUNGI SAYA
nurazwana zakaria
Shaklee ID 918791
0199904429
tulipcomey@gmail.com

masa berkualiti bersama keluarga

ni kisah semalam punya tapi nak post hari ni. kisah masa berkualiti bersama keluarga. Hari Jumaat satu2nya hari yang boleh berkumpul dan berehat. Hari ni la papa nya cuti. heeee..

Hari Jumaat, menu masakan pun special.. semalam masak sweet sour ikan siakap dan sup ayam untuk Maisarah. Alhamdulillah, lepas tu rehat-rehat, santai tengok tv..selepas asar, keluar jenjalan ke Giant. Beli apa yang patut, beli kfc yang bucket bawak balik then makan dengan family besar. Sangat best, cam makan besar pun ada.hee..stay kat rumah parents wana sampai jam 9 lebih. Lepas tu balik rumah sendiri, santai dan rehat.

Hari Jumaat yang BEST, masa berkualiti bersama keluarga yang tersayang :)

Salam sayang
~wana~


senjata mengatasi KUTU & tips KUTU JANGAN DATANG LAGI


Ibu bapa yang bekerja menghantar anak-anak ke rumah pengasuh, nursery, taska, tadika dalam keadaan yang sihat, kemas..tup..tup, satu hari anda ternampak anak anda tergaru2 kepala. Kejap kejap garu. Kronik dah ni..mesti ada KUTU!!! mesti ramai yang serbu klinik atau farmasi untuk dapatkan syampoo untuk kutu dan tak kurang juga ke kedai untuk membeli sikat kutu.

Pernah wana dengar dulu2, yang kutu ni tak suka dengan orang yang rambutnya berkelemumur. Sesak agaknya..heeee

ok, entri kali ni wana berkongsi senjata-senjata melawan KUTU
  1. BAWANG MERAH. Dengan aroma nya yang kuat dan boleh menyebabkan kita mengeluarkan air mata mencurah-curah. Cara ni digunakan oleh orang dulu, kreatif ya orang dulu2. Caranya potong halus 5 ulas bawang merah, sapu kan daripada pangkal rambut ke hujung rambut, urut hingga ke kulit kepala. Aromanya yang kuat menyebabkan kutu2 tak tahan dan mati.
  2. MINYAK KELAPA. Minyak kelapa ni akan buat kutu dehidrasi/ kekeringan dan mati kehausan. Di sapu pada malam hari seminggu berturut-turut.  Sapu minyak kelapa atas rambut, tutup dengan plastik penutup kepala tu,biarkan selama 5-6 jam. Kemudian cuci rambut anda dengan syampoo.
  3. CUKA PUTIH. ni ala2 nak sterilkan kepala daripada telur-telur kutu yang masih ada. Cara pakai: sapu cuka putih dari pangkal hingga ke hujung rambut. Biarkan hingga 2 jam. Kemudian cuci rambut anda dengan air bersih dan syampoo.
  4. SIKAT KUTU. Yang ni wana tau dah, ramai yang expert.heee..sikat ajaib ni dapat tarik keluar kutu an telur-telurnya..ngeri aje dengar kan?
  5. MEMBOTAKKAN RAMBUT. hoho..ni agaknya jalan terakhir kot. untuk anak perempuan, ada parents yang gunting pendek rambut mereka bagi memudahkan pembasmian kutu.

TIPS agar kutu tak datang lagi
  • Jangan tidur atau baring berhampiran PEMBAWA KUTU..(orang yang sedia ada kutu)
  • Check ahli keluarga anda, anak2..ada tak yang masih ber kutu..so, standby SENJATA MELAWAN KUTU
  • Jangan letakkan topi, selendang atau tudung berhampiran dengan barang-barang orang yang ber kutu ni sebab kutu boleh meloncat dengan mudah
  • Lakukan pembasmian kutu ni at least sebulan sekali sebagai pencegahan awal dan memastikan keluarga anda bebas kutu.
KUTU menggangu konsentrasi dan kualiti hidup anda. 
CEGAH is sebelum kutu bawak anda ke pulau kutu...heee (dulu2 zaman kecik2 ada yang cerita tentang pulau kutu ni). Sediakan payung sebelum hujan ya

Salam Sayang :)

Wana


Friday, February 14, 2014

bercakap membantu anak anda bercakap

entri ni bertajuk bercakap membantu anak bercakap. Siapa yang kena bercakap? percakapan yang macam mana? ha... ni wana nak kongsikan pengalaman wana sendiri, harap dapat membantu.

Alhamdulillah, Maisarah dapat bercakap sebelum usianya 1 tahun. Awal usia 10 bulan dah berjalan, tak lama lepas tu bercakap. Alhamdulillah.

Apa yang wana buat? Sejak disahkan hamil, wana time tu tengah buat research master wana, jadi bacaan lebih kepada medical term & semua tentang research..ada yang baca dalam hati & ada yang kena lontarkan suara untuk pemahaman, di samping tu wana memang belikan khas buku mengenai para nabi dan rasul, mengenai bidadari syurga. 

Selepas selesai menunaikan solat, membaca Al Quran, wana akan bacakan setiap malam satu muka surat tentang kisah2 yang wana nyatakan tadi. Contoh malam ni wana bacakan kisah nabi, malam esok kisah bidadari syurga. Sambil gosokkan perut, bagi salam dan bercakap dengan bayi anda.." Assalamualaikum sayang, hari ni mama nak bacakan sayang kisah nabi adam " jadi bercerita la wana. Lepas habis bacakan kisah, wana akan rumuskan. begitu la rutinnya sehingga umur Maisarah sekarang, 3 tahun 4 bulan.

Bercerita dengan anak, buat saya sebagai ibu bahagia. Awal usia perkahwinan, wana pjj dengan en suami..wana di kelantan dan en suami di Kuantan. Jadi anugerah yang wana bawa 9 bulan lebih itu pengubat jiwa wana juga kekuatan untuk habiskan research cepat2 untuk stay dengan husband. Waktu kandungan wana masuk 7 bulan lebih, alhamdulillah selesai research wana di USM Kubang Kerian dan terus menetap di Kuantan dengan husband sambil writing thesis. Maka lengkap la family kami..stay sama2. heee

Sampai sekarang apa yang Maisarah tanya, wana takkan biarkan tanpa jawapan. Minda seorang anak yang ingin tahu, meneroka. Percakapan dan persoalan kita, mestilah bersesuaian dengan usianya. Dari mula pregnant, wana akan google progress anak-anak. Jadi kita dapat ukur progress anak2 dan alhamdulillah progress maisarah melangkau usianya. Sekarang dia boleh mengeja dan mengira, mengaji kenal huruf. Yang paling dia suka adalah membaca, menulis dan mewarna. Tempat yang wana selalu bawak adalah di kedai buku. 

Perkembangan anak perlu balance luaran dan dalaman. Sebagai seorang ibu, banyakkan berdoa untuk anak-anak. Selain daripada tu luangkan masa bercakap dengan anak-anak, tanya kenapa buat macam tu..budak-budak sangat suka bila kita tanya dia.

2 oktober nanti, Maisarah masuk 4 tahun. Apa yang wana buat untuk rangsangkan perkembangan minda nya? ni antara soalan wana.

"Kenapa ya, kuda tu tak boleh terbang? " maisarah jawab "memang la mama, kuda tu tak ada kepak macam mana dia nak terbang"  itu jawapannya :)
try la tanya anak...binatang apa tak ada kaki? kat rumah kita ni ada apa..
Baru-baru ni ada berita tentang air makin surut di empangan sebab panas kan. Maisarah cakap apa.. "ha..tu la, sebab panas..air kering la.agaknya tak hujan kot". 

Wana faham, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Bercakap lah dengan anak anda, jadi lah pendengar yang setia, doakan mereka, sayangi mereka, selami jiwa mereka, jadi role model buat mereka, awasi percakapan anda, bercakap lah yang baik2, didik mereka ilmu dunia dan akhirat. In shaa Allah anak anda akan menjadi insan yang CEMERLANG.

ni my dearest princess yang sangat banyak mulut & pandai :) 


Salam sayang
~wana~

syok nya restock..RAMBANG MATA wooo

ni cerita hari ni, cerita syoknya restock. Bila log in aje Shaklee2u tu, memang RAMBANG MATA. tak tunggu rambang mata shop kat mall. Nak restock dan tambah vitamin pun excited sangat2.



Itu lah antara perasaan SID..hahaha..perasaan saya. Rasa nak grab semua sebab semua BAGUS2. Hari ni restock B complex, ostematrix, meal shakes Maisarah, alfalfa complex, lecithin, garlic complex, zinc. Alhamdulillah bakal licin sebab ada yang bertuan. Tapi jangan bimbang, hari-hari boleh submit order selama mana stok masih ada :)  alhamdulillah setiap hari ada permintaan untuk mendapatkan Shaklee ni sama ada belian by product atau set2.

tu salah satu kelebihan menjadi AHLI SHAKLEE, nak restock mudah..klik2 aje, yang bukan ahli Shaklee tak leh access ke Shaklee2u tau :) . Lepas tu dan submit order, tunggu aje GDEX datang hantar barang. Uncle & bro GDEX dah kenal sangat rumahnya. Pernah sekali wana bertanya, banyak barang hari ni ye pak cik? uncle GDEX tu jawab, banyak..Shaklee sahaja LEBIH SEPARUH lori courier dia tu. MEMANG HEBAT Shaklee ni..katanya :)

Nak register juga?? Jom penuhkan lori courier..heee

Jom join wana dalam MY GEMS (apa tu my gems..tu anda akan tau bila register dengan wana tau)

sebarang pertanyaaan boleh hubungi saya, sms/whatsapp/email

nurazwana zakaria
shaklee id 918791
0199904429
tulipcomey@gmail.com



simple tips dan petua orang lama untuk atasi angin dalam badan

entri yang lepas wana ade bercerita serba sedikit tentang angin dalam badan. kali ni pun dengan isu yang sama, kerana wana dapati ramai juga yang mengalami masalah ini terutama dengan usia yang semakin meningkat, makan macam2.

antara tips yang wana nak kongsikan kat sini tentang atasi angin dalam badan. simple tips yang wana rasa ramai yang sedia maklum :)


  1. elakkan makan dalam jumlah yang banyak (makan la sedikit tapi kerap )
  2. kunyah sebelum telan (kunyah la sehingga lumat, baru lah telan)
  3. berjalan selepas makan (dengan cara ini, sedikit sebanyak dapat membantu sistem penghadaman)
  4. elakkan minuman bergas/ berkarbonat
  5. elakkan makanan yang berangin

atau pun ada juga petua menggunakan bawang putih.
  1. ambil beberapa ulas bawang puting, buang kulitnya
  2. hiris nipis nipis bawang putih tu
  3. rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal segelas
  4. amalkan minum nya sebulan sekali :)




Thursday, February 13, 2014

urus bisnes dari rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera



entri kali ni tentang urus bisnes dari rumah, seronok dengar kan. Memang seronok tapi semua itu perlukan kesungguhan dan kesabaran. Urus bisnes dari rumah juga menuntut kita untuk pandai membahagikan masa, masa untuk ber biz, masa untuk family, untuk anak-anak..mereka juga memerlukan perhatian daripada kita. Jangan hanya semata-mata fokus pada bisnes, kebajikan mereka kita abaikan. Jadi kita kena balance :)

Urus bisnes dari rumah. Banyak kebaikannya antara nya bisnes tu kita sendiri yang handle, masa flexible, boleh lihat anak2 membesar, jimat sebab tak perlu hantar anak ke rumah pengasuh. Tu antaranya.

Mesti ada yang tertunggu-tunggu apa yang wana akan tulis seterusnya kan??

ok, dalam bisnes wana yang bernaung di bawah Nurazwana Trading sama ada mamamaisarah boutique atau Shaklee, semua nya menuntut pengorbanan, kesungguhan, doa. Alhamdulillah dengan apa yang wana dapat pada hari ni. Tapi wana masih lagi berusaha untuk melebarkan sayap bisnes yang wana ada dan dalam masa yang sama sangat seronok dapat membantu orang lain. 

Membantu macam mana? 

  1. membantu mendapat items yang mereka mahukan dengan kualiti yang terbaik 
  2. membantu mereka2 yang ingin menambah income untuk kehidupan yang lebih selesa. 
Alhamdulillah, diberikan peluang untuk membantu. Sangat seronok dalam ber bisnes ni. Berkongsi ilmu, berkongsi tips..macam2, semuanya wana buat secara online. Ada juga secara offline. Semua nya mudah. Bila kita fikir sesuatu tu mudah, boleh buat..in shaa Allah akan dipermudahkan :). 

Dalam Shaklee, adanya webinar online dengan leader, dari situ sangat banyak ilmu yang dikongsi, pelbagai tips. Sangat BEST!! tak perlu face tu face, coaching atau berkongsi ilmu secara online pun boleh :)

Jom pakat2 join wana menjadi ahli Shaklee, in shaa Allah wana akan coaching from zero to hero :) in shaa Allah


SID yang ceria
nurazwana zakaria
shaklee id 918791
0199904429 / 0129220685
tulipcomey@gmail.com





pengambilan air dan kenaikan berat badan


kekurangan pengambilan air seharian pun boleh mempengaruhi kenaikan berat badan seseorang. mcm mana? meh wana gambarkan ya



sipulan A lunch nasi, ayam kurma',..tapi terlupa minum air masak. Sipulan A ni makan pulak keropok goreng..pun tak mnum air masak lagi.lepas tu mak sipulan ni cakap, awak tu tak minum air masak lagi, cuba minum air masak..tak sampai 30 minit nak mkan aje..hahaha. Sipulan A pun minum air masak..xde dah rse nk makan.

sipulan A tu adik saya.hahahha. try la kalu tak percaya (try tak minum air masak), naik berat saya tak tanggung..heee


Jadi apa kesimpulan yang boleh kita buat kat sini ialah minum air masak dengan kuantiti yang mencukupi. Ada juga yang cadangkan sebelum makan kita minum air dengan harapan kita takkan minum banyak dan cepat kenyang. Ada juga betulnya.

Dalam kes adik wana ni, adik kurus dan sangat tinggi..huhu..dia makan cam bukit pun berat badan lambat naik..hehe..jeles2 ni..tapi kena pantau juga aras kolestrol ye. Teringat wana pada seorang sahabat wana yang sebelum kahwin nya kurus bagai, ke medical check up dan Doc bagitau yang aras kolestrol nya tinggi....so diet la dia. Sekarang lepas kawin badan dia dah ok :)

So, perkongsian hari ni daripada Wana, perlukan water intake yang mencukupi terutama dengan keadaan sekarang yang cuaca nya kurang menentu.

Salam sayang :)