Thursday, February 6, 2014

Bahan-bahan kimia dalam kosmetik. sedarkah anda??


Kosmetik dan wanita begitu sinonim. Ada yang sanggup berhabis hinggakan beribu2 ringgit untuk mendapatkan kosmetik idaman. Pelbagai jenama serta berlakunya lambakan kosmetik di pasaran sekarang. Ada yang murah dan ada yang WOW harganya. Semua nak tampil cantik tanpa memikirkan kesan yang bakal timbul ANDAI anda tersilap langkah memilih kosmetik.

Dari aspek kesihatan, tubuh kita sememangnya boleh menyerap apa sahaja yang disapu pada kulit pada jumlanh kandungan yang tertentu. Hal ini termasuk lah penyerapan toksin yang juga mudah diserap dan ianya bakal mengundang kepada beberapa kesan buruk seperti gangguan sistem pertahanan badan, gangguan neurologi, penghadaman, hormon yang tak seimbang, obesiti serta masalah kesihatan yang lain.

Dewasa kini, kita dapat lihat pelanggan bukan hanya ditipu dengan produk2 tiruan tetapi juga antara lain mengandungi bahan yang berbahaya di dalam kandungannya. Antaranya termasuk lah bahan memproses filem, hidrokuinon yang boleh menyebabkan kulit kemerah-merahan, bertompok dan menggelupas, malah lebih teruk lagi boleh mengakibatkan kanser kulit. Antara produk yang perlu diberi perhatian termasuk lah krim malam, krim pencerah, krim rawatan kulit serta lulur herba.

Pengguna juga telah kerap kali diberi peringatan oleh pakar-pakar atau doktor yang berkaitan untuk alert sebarang produk yang mengandungi bahan pewarna sintetik, pengemulsi, plumbum, copolymer, triclosan, dan 'urea sebagai pengawet' (erkk). Juga yang menyumbang kepada sebatian kimia phthalates, formaldehid, petroleum.

Kita tengok sikit satu2 ye

  1. Hidrokuinon - antara bahan yang sering digunakan terutama untuk tujuan pemutihan. Mempunyai keupayaan untuk membuatkan lapisan luar kulit meggelupas dan menyekat pembentukan melanin. Kandungan yang melebihi 2% bakal mengundang kepada kulit menjadi gatal dan terbakar. Juga boleh menyebabkan kelainan fungsi ginjal, leukimia dan kanser hati.
  2. Plumbum - biasa didapati dalam gincu bibir. Plumbum dikategorikan sebagai neurotoksin, yang melibatkan sistem saraf. Neurotoksin ni bakal mengundang masalah dalam kelakuan dan pembelajaran, seperti kemerosotan IQ, kurang fokus.
  3. Formaldehid - merupakan bahan kimia yang digunakan dalam sesetengah produk mandian bayi. Ia menjadikan bahan kimia lain lebih 'lembut' dan kurang kuat berbanding biasa. Contohnya digunakan dalam syampu bayi untuk mengurangkan kekuatan sodium laurel sulfate agar ia boleh digunakan kepada bayi. Malangnya ia boleh menyebabkan kanser, kerengsaan kulit serta ruam bagi bayi atau kanak-kanak yang berkulit sensitif.
  4. Phathalates - sejenis ester asid yang terkandung dalam semburan rambut, losyen badan dan pewangi. Digunakan untuk mengekalkan haruman sesuatu produk. Bahan ini boleh memberi kesan kepada tumbesaran dan sistem pembiakan manusia. Juga ada dikaitkan dengan kecacatan kandungan dan boleh menyebabkan keguguran.
banyak lagi sebenarnya dan ini hanya sebahagiannya. Teliti lah kandungan yang terdapat dalam bahan yang anda guna.

Jadi lah pengguna yang BIJAK :)



No comments:

Post a Comment