Wednesday, February 19, 2014

Kuasa shopping..oh my money


hehehe...entri yang santai hari ni tentang Kuasa Shopping..wah.wah kak, ada yang dah senyum simpul tu. wanita dan kuasa shopping memang tak dapat dipisahkan. TAPI..jangan tuding jari kat wanita aje tau, ada juga kaum adam yang obses dengan something cam hobi kumpul control car ke, kumpul koleksi yang macam2. So fair & square ye. Masing-masing ada kuasa beli yang tersendiri.

Kaum-kaum wanita terutama kaum-kaum ibu mesti anak no 1..Asal ke mall ade je barang nak belikan untuk anak selain daripada keperluan. Terutama lagi bila ada anak GEGURL..maka banyak la baju2 kembang, overall sane..legging sini..set sana, set sini..aksesori, kasut yang cantik2..ha..bukan nak bercerita pasal orang lain, wana pun gitu.hahhha..tapi tak la fanatik sangat. 

mujur la, wana owner mamamaisarah boutique (menjual kelengkapan bayi dan kanak2 dari segi aksesori, pakaian, pre walker, mimijumi bottle, comotomo bottle dan banyak lagi..yang nak berkunjung boleh ke link ni ya (MAMAMAISARAH BOUTIQUE) cam nak promote aje ni..sambil nyelam sambil minum air.heee.

ok, apa yang wana buat bagi memastikan tak over badget?? RANCANG & BAJET. Setiap bulan wana akan peruntukkan bajet khas buat maisarah. untuk keperluan dia,nak beli buku2, baju2 or aksesori. Setiap bulan akan ada 'reward' untuk Maisarah. Mama akan explain kenapa mama beli. biasa dalam bentuk pakaian (dalam sebulan 2 pasang ataupun beli pants). Jadi dia akan faham reward ni untuk apa dan alhamdulillah Maisarah seorang yang simple :)

Shopping tu boleh tapi kena beringat ye semua. nak..nak masa kini online shop tumbuh macam cendawan selepas hujan..kang baru gaji, dah licin.ha..susah & sesak nak sampai ke gaji seterusnya kecuali anda buat biz sampingan or kerja part time.  



Tu aje perkongsian santai untuk hari ni..

Salam sayang
~mama wana~








No comments:

Post a Comment