Friday, February 14, 2014

bercakap membantu anak anda bercakap

entri ni bertajuk bercakap membantu anak bercakap. Siapa yang kena bercakap? percakapan yang macam mana? ha... ni wana nak kongsikan pengalaman wana sendiri, harap dapat membantu.

Alhamdulillah, Maisarah dapat bercakap sebelum usianya 1 tahun. Awal usia 10 bulan dah berjalan, tak lama lepas tu bercakap. Alhamdulillah.

Apa yang wana buat? Sejak disahkan hamil, wana time tu tengah buat research master wana, jadi bacaan lebih kepada medical term & semua tentang research..ada yang baca dalam hati & ada yang kena lontarkan suara untuk pemahaman, di samping tu wana memang belikan khas buku mengenai para nabi dan rasul, mengenai bidadari syurga. 

Selepas selesai menunaikan solat, membaca Al Quran, wana akan bacakan setiap malam satu muka surat tentang kisah2 yang wana nyatakan tadi. Contoh malam ni wana bacakan kisah nabi, malam esok kisah bidadari syurga. Sambil gosokkan perut, bagi salam dan bercakap dengan bayi anda.." Assalamualaikum sayang, hari ni mama nak bacakan sayang kisah nabi adam " jadi bercerita la wana. Lepas habis bacakan kisah, wana akan rumuskan. begitu la rutinnya sehingga umur Maisarah sekarang, 3 tahun 4 bulan.

Bercerita dengan anak, buat saya sebagai ibu bahagia. Awal usia perkahwinan, wana pjj dengan en suami..wana di kelantan dan en suami di Kuantan. Jadi anugerah yang wana bawa 9 bulan lebih itu pengubat jiwa wana juga kekuatan untuk habiskan research cepat2 untuk stay dengan husband. Waktu kandungan wana masuk 7 bulan lebih, alhamdulillah selesai research wana di USM Kubang Kerian dan terus menetap di Kuantan dengan husband sambil writing thesis. Maka lengkap la family kami..stay sama2. heee

Sampai sekarang apa yang Maisarah tanya, wana takkan biarkan tanpa jawapan. Minda seorang anak yang ingin tahu, meneroka. Percakapan dan persoalan kita, mestilah bersesuaian dengan usianya. Dari mula pregnant, wana akan google progress anak-anak. Jadi kita dapat ukur progress anak2 dan alhamdulillah progress maisarah melangkau usianya. Sekarang dia boleh mengeja dan mengira, mengaji kenal huruf. Yang paling dia suka adalah membaca, menulis dan mewarna. Tempat yang wana selalu bawak adalah di kedai buku. 

Perkembangan anak perlu balance luaran dan dalaman. Sebagai seorang ibu, banyakkan berdoa untuk anak-anak. Selain daripada tu luangkan masa bercakap dengan anak-anak, tanya kenapa buat macam tu..budak-budak sangat suka bila kita tanya dia.

2 oktober nanti, Maisarah masuk 4 tahun. Apa yang wana buat untuk rangsangkan perkembangan minda nya? ni antara soalan wana.

"Kenapa ya, kuda tu tak boleh terbang? " maisarah jawab "memang la mama, kuda tu tak ada kepak macam mana dia nak terbang"  itu jawapannya :)
try la tanya anak...binatang apa tak ada kaki? kat rumah kita ni ada apa..
Baru-baru ni ada berita tentang air makin surut di empangan sebab panas kan. Maisarah cakap apa.. "ha..tu la, sebab panas..air kering la.agaknya tak hujan kot". 

Wana faham, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Bercakap lah dengan anak anda, jadi lah pendengar yang setia, doakan mereka, sayangi mereka, selami jiwa mereka, jadi role model buat mereka, awasi percakapan anda, bercakap lah yang baik2, didik mereka ilmu dunia dan akhirat. In shaa Allah anak anda akan menjadi insan yang CEMERLANG.

ni my dearest princess yang sangat banyak mulut & pandai :) 


Salam sayang
~wana~

No comments:

Post a Comment