Tuesday, February 11, 2014

Perawatan dan pencegahan HFMD

Dalam entri yang lepas, wana dah story tentang HFMD. Kita teruskan perbincangan yang berkait dengan perawatan dan pencegahan HFMD.



HFMD biasanya tak merbahaya dan akan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja. Perawatan untuk menurunkan simptom HFMD iaitu menurunkan suhu demam, mengurangkan sakit seperti sakit badan dan sakit kepala, membantu atasi dehidrasi pada pesakit. Gel kebas juga ada diberikan untuk mengurangkan ulser mulut.

Antibiotik tak diperlukan dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak-kanak yang lain

MASIH TIADA VAKSINASI untuk penyakit ini buat MASA INI.

Bila pesakit PERLU dimasukkan ke hospital??
  • apabila pesakit tak boleh makan, minum dan perlu dimasukkan 'air' ke salur darah
  • nampak lemah, teruk dan kelihatan toksik
  • jika demam tinggi (sentiasa 38 & 39) lebih daripada 4 hari 
  • kanak-kanak meracau, sawan, keletihan yang melampau
  • bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah
Pencegahan HFMD
  • elak daripada menggunakan ubat tradisional dan merawat sendiri.
  • kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda HFMD mesti dibawa berjumpa dengan Doktor secepat mungkin
  • Jangan bawa anak ke tempat awam terutama jika anak anda dijangkiti
  • basuh tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas
  • kerap basuh tangan terutama selepas menyalin lampin
  • permukaan yang tercemar mestilah dicuci dan dibasmi kuman
  • basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin
  • jangan berkongsi barangan peribadi milik anda dengan orang lain
  • elakkan mengikuti aktiviti luar sehingga mendapat arahan yang keadaan selamat
  • elakkan daripada mendekati pesakit HFMD
  • kanak-kanak yang dijangkiti tidak dibenarkan ke taska ke sekolah.
Sharing is caring :)

No comments:

Post a Comment