Monday, February 17, 2014

Batu-batu Senyap



Hati kita menghasilkan hempedu iaitu sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang terkandung di dalamnya garam hempedu, cecair lemak, kolestrol serta bahan kimia yang lain. Cecair pekat ini di dalam pundi hempedu sehingga lah di perlukan untuk tujuan pencernaan lemak di dalam usus kecil anda. 

Prosesnya, apabila anda makan, pundi hempedu akan kecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa. kemudian hempedu akan di bawa ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan pecahkan lemak dalam makanan anda.

Jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan membentuk batu karang. Proses ini tak terus kelihatan tetapi memakan masa selama bertahun juga. Saiz batu karang hempedu adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat serta tak tentu bentuknya  dengan permukaan yang kasar.

Menurut Dr Abd Hamid Mat Sain, Pakar Runding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan.."anda mungkin mempunyai seketul atau beratus-ratus ketul batu karang hempedu dalam tubuh anda".

Siapa yang BERISIKO???

  • wanita di antara 20 hingga 60 tahun (berisiko 2 kali ganda berbanding lelaki)
  • individu yang berjisim tubuh (BMI) yang meningkat
  • diet yang berkalori rendah dan menghilangkan berat badan dengan cepat
  • meningkatnya usia
SIMPTOM-SIMPTOM
  • rasa senak yang kronik (sakit yang datang tiba-tiba datang, konsisten dan sederhana bertukar menjadi kesakitan yang amat sangat di bahagian abdomen tengah dan kanan atas abdomen)
  • mual
  • angin
  • kembung perut
  • kadangkala sakit di bahagian abdomen
  • demam panas atau sakit yang berterusan ( apabila batu karang hempedu terperangkap di pangkal pundi hempedu ) ----> terus dapatkan rawatan dengan segera.
  • kulit kekuningan, kawasan mata menjadi putih, air kencing berwarna gelap, demam panas dan sejuk (simptom apabila duktus hempedu tersumbat)
JENIS-JENIS BATU KARANG HEMPEDU
  • batu karang hempedu berkolestrol. (berwarna kuning mengandungi kolestrol yang tak terlarut, mungkin mengandungi komponen lain seperti kalsium dan bilirubin (sisa-sisa darah merah yang lemah). 80% batu karang hempedu adalah batu kolestrol.
  • batu karang hempedu berpigmen. (batu-batu kecil berwarna coklat gelap atau hitam yang terbentuk apabila terdapat terlalu banyak bilirubin. Dihadapi oleh mereka yang mengalami sirosis, jangkitan trek biliari. Merupakan batu karang hempedu duktus primer.Batu-batu ini akan terlepas ke dalam duktus nanah anda dan membentuk duktus itu sendiri. Batu karang jenis ini agak jarang berlaku
RAWATAN
  • Jika Doktor mengesaki anda menghadapi batu karang hempedu, anda mungkin terpaksa melakukan ujian darah untuk mengenalpasti tanda jangkitan, tahap enzim pankreatik, atau keadaan hati yang tak normal, atau tahap bilirubin yang berlebihan.
  • selain daripada pemerikaan rutin, pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat untuk tujuan pemantauan penyakit.
  • Pembedahan. Pembedahan laparoskopi kolesistektomi (kurang sakit, kurang parut, boleh buat kerja seharian selepas beberapa hari)
  • bukan pembedahan. menggunakan pil garam hempedu. Doktor menyarankan pengambilan ubat ursodial  (actigall) yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu. (untuk batu-batu karang kecil). Terapi gelombang bunyi berfrekuensi tinggi untuk pecahkan batu karang. Tapi kebarangkalian penyakit untuk kembali tu ada melainkan pesakit mengambil Actigall secara berterusan.

SUMBER: 1 , 2 


No comments:

Post a Comment