Monday, February 24, 2014

Tips mengajak anak cintakan ilmu

alhamdulillah, perkongsian wana hari ni berkisar tentang tips mendidik anak cintakan ilmu. Apa yang wana share kat sini adalah apa yang wana terapkan dalam diri Maisarah. Wana percaya ramai lagi ibu2 yang berpengalaman dan hebat di luar sana.

Berkunjung ke kedai buku adalah kegemaran kami. Rambang mata dan berejam duduk dalam tu. Rasa macam nak grab semua, baik buku kanak-kanak, buku ilmiah, buku doa2, novel memang wana tak beli kat kedai buku, wana prefer beli online direct dengan penerbit buku tersebut :)

ok, terus sahaja kepada tips mengajak anak cintakan ilmu. 


  1. memilih bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak. sesuai dengan umurnya dan meneliti gambar2 di dalam buku tersebut.
  2. membaca bersama anak-anak atau berada bersama anak untuk sesi latihan. (bagi ibu yang bekerja, boleh meluangkan masa sekitar 20 minit untuk melihat dan sama2 membaca dengan anak2)
  3. membawa anak anda ke kedai buku. Mesti anak-anak teruja
  4. kongsikan kegembiraan anda dalam membaca..parents pun at least ada bahan bacaan yang sesuai untuk seisi keluarga di rumah.
  5. Reward untuk anak yang rajin. kalau Maisarah, dia memang excited & gembira bila latihan yang dibuat kita cek dan bagi bintang. Kadang-kadang dia akan request..yang ni nak 4 bintang ye mama. Mama jawab boleh dengan syarat maisarah buat cantik-cantik dan lepas siap, baca dan eja :) alhamdulillah memang dia buat & bintang2 miliknya.
  6. Motivasi yang berterusan buat anak-anak. Ada masanya anak akan rasa malas nak habiskan exercise. Datang dekat anak, then kita bagi perangsang kepada dia..contoh yang wana buat kat Maisarah.."kakak kan pandai, sayang la kalau tak habiskan latihan ni..nanti bintang jadi sikit..ha..dapat bintang banyak la best" "nanti kakak sekolah, kalau kakak rajin dan pandai dapat hadiah nanti" "maisarah budak yang pandai kan? " memang automatik dia akan respond. Tak perlu bertegang urat leher, yang hanya perlu berlembut dengan mereka.
  7. kalau untuk anak2, contoh ye kalau time bercerita..kita bezakan intonasi bacaan kita..itu akan buatkan cerita lebih menarik. kalau siap dengan gaya pun boleh. itu la apa yang mama nya buat ni..hari2 Maisarah akan request mama untuk bercerita. Cerita la cerita yang mudah. Ibu bapa mesti kreatif ye..reka cerita yang dekat dengan jiwa anak-anak..tak pun masukkan dia sebagai watak dalam cerita tu..mesti anak anda lebih excited.
  8. MENDOAKAN mereka. Setiap masa, doakan mereka..dari segala segi.

itu sedikit perkongsian daripada Wana

ni antara buku2 kegemaran maisarah..buku IQ kat atas tu dah abes dia buat, buku sebelahnya yang Phonic tu dah separuh dibuatnya (ni yang baru beli), yang lain semua separuh juga :)




No comments:

Post a Comment