Saturday, February 8, 2014

perlunya 'permainan kotor' untuk anak-anak


Selamat pagi dan salam sayang buat ibu bapa dan anak-anak di luar sana. Hari ni wana nak story tentang perlunya 'permainan kotor' untuk anak-anak. 'Permainan kotor' di sini merujuk kepada permainan yang memerlukan fizikal anak-anak dan antaranya seperti gambar yang wana tunjukkan, bermain dengan tanah liat.


Ya, wana faham. Ada ibu2 yang tak membenarkan anak-anak ber 'explore' dengan alam. Maksudnya ada ibu bapa yang tak bagi anak main pasir, tak bagi anak main water colour, kurang bagi anak mewarna.

Wana juga seorang ibu, dulu2 time Maisarah kecik memang wana tegas bab ni, terutama bila balik kampung..faham2 aje la kan bila pulang ke kampung, banyak aktiviti budak-budak ni.' tak nak main pasir ye adik... kejap aje kita toleh belakang dah berlari2 kejar bola atas pasir. Budak2.. yang kita tak bagi  tu la yang nak kena main.

Hidup bersih dan sihat amat disarankan buat anak-anak. Hakikatnya terlalu bersih, sebenarnya itu juga tidak sihat. Mesti ada yang gelak dengan statement wana ni. Bukan la nak suruh anak main pasir, guling2 atas pasir bagai. Tapi semua ada batas2nya.

Aktiviti sebegini merangsang koordinasi, pergerakan, perkembangan minda anak-anak juga kita dapat lihat cara pergaulan anak-anak kita. Dewasa kini, anak2 sering di 'suap' dengan tablet, gajet..jadi aktiviti pergaulan dan outdoor sudah hilang dari bayangan. Duduk kat rumah, mengadap tablet. Hal ini bakal mengundang kepada kemunculan penyakit2 yang kita tak ingini dan perkembangan minda anak-anak akan jadi agak terbatas.

Wana ada juga perhatikan yang kanak-kanak yang tinggal di kampung lebih tangkas dan lasak berbanding kanak-kanak yang tinggal di bandar. Mungkin kerana skop pendedahan mereka berbeza. Wana bagi contoh terdekat wana ye. Mak long Maisarah umur 9 tahun, Pak Ngah Maisarah umur nya 8 tahun, tapi sangat lasak dan tangkas dan yang satu lagi memang jenis tak takut apa2. Wana perhatikan dari segi ketahanan badan memang kedua-duanya jarang sakit.

Jadi sekarang, wana biarkan Maisarah meneroka. Baru-baru ni balik kampung encik suami ronda-ronda kampung dengan pakcik makcik dan sepupunya. Lepas tu time mandi, wana berus kaki dan tangan dia, syampu bagai, then rutinnya vitamin Shaklee..meal shakes & chewable vita C plus memang tak tinggal. Water intake perlu cukup walau di mana pun kita berada.

Jadi, biarkan anak anda meneroka. Jangan sampai suatu hari nanti, bila didedahkan dengan persekitaran luar atau dengan 'permainan yang kotor' ini anak anda tak nak main kerana 'kotor' dan sukar mendapat kawan. Di samping itu kita sebagai ibu bapa mengawasi serta menyediakan keperluan yang terbaik buat anak.  

Salam sayang
~wana~






No comments:

Post a Comment