Monday, July 21, 2014

Risiko Perjalanan Jauh


Bila terpandang aje gambar ni rindu time pregnant dulu-dulu. Wana pernah story sebelum ni yang wana daripada sebelum kahwin, lepas kahwin, hamil hingga sarat memang travel dan drive alone daripada USM Kubang Kerian ke Kuala Terengganu. Adalah dalam 2 minggu sekali wana akan pulang ke rumah parents di KT, encik suami juga akan ke KT. Tak pun wana akan pulang ke Kuantan. Itu Kisah sebelum lahirnya Maisarah dan time tu wana tengah buat master di USM Kubang Kerian. Episod PJJ dah berakhir lepas kelahirannya dan kami dah tinggal satu bumbung, alhamdulillah :)

Ok , terus sahaja kepada Risiko Perjalanan Jauh. Agak bersesuaian dengan keadaan yang menghampiri Syawal beberapa hari aje lagi ni mesti ada ibu-ibu hamil yang merancang untuk pulang ke kampung halaman. Yalah bukan selalu dapat peluang beraya di kampung dan berjumpa adik beradik juga sanak saudara.

Pada usia awal kehamilan, anda masih boleh travel dalam perjalanan jarak jauh, kecuali bagi ibu-ibu yang mengalami komplikasi pendarahan, alahan dan muntah yang teruk atau anda yang pernah mengalami sejarah keguguran bagi kehamilan yang terdahulu. 

Bagi ibu-ibu yang hamil terutama dalam trimester akhir, anda tidak digalakkan berjalan jauh, apatah lagi terdapat jalan atau laluan yang tak rata atau berlubang. Ketahui lah para ibu, perjalanan jarak jauh ketika di akhir kehamilan mendedahkan anda kepada risiko kelahiran pramatang. 

Tetapi jika keadaan betul-betul memerlukan anda untuk melakukan perjalanan jarak jauh, beberapa aspek penjagaan diri perlu diberi perhatian, seperti:
  • duduk dalam kedudukan yang betul dan selesa
  • jangan duduk terlalu lama
  • jauhi alkohol
  • minum air dengan banyak/mencukupi
  • kerap melakukan regangan ringkas atau pergerakan kaki
  • membawa bekalan ubat/supplement yang dinasihatkan
  • membawa rekod pemeriksaan ke mana saja yang anda pergi
Beberapa aspek yang saya highlight ni perlu diberi perhatian bagi mengelakkan darah beku dan memastikan peredaran darah yang teratur. Tetapi adalah lebih baik jika anda cuba elakkan perjalanan jarak jauh terutama semasa trimester akhir kehamilan

Travel guna kereta
  • merupakan pilihan yang terbaik, anda boleh berhenti rehat di mana sahaja dan pada bila masa.
  • ibu hamil mempunyai komposisi darah yang boleh menyebabkan pembekuan darah dalam saluran vena. Keadaan ni adalah merbahaya jika berlakunya pembekuan darah yang seterusnya akan mengurangkan aras oksigen dalam badan yang sudah pastinya membahayakan ibu serta kandungan.
  • pakai tali keledar untuk tujuan keselamatan
  • bila duduk lama, letak bantal kecil di belakang badan dan lunjurkan kaki (boleh kurangkan bengkak kaki dan perbaiki peredaran darah)
  • servis kereta anda
Travel dengan kenderaan awam
  • sebaiknya cuba elakkan menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan keretapi. Hal ini berikutan keadaan anda yang tidak bebas bergerak, posture badan yang kurang selesa, kaki terjuntai.
Travel dengan pesawat/kapal terbang
  • ada yang memerlukan surat dan akuan daripada doktor anda.
  • sebolehnya anda elakkan travel dengan kapal terbang.
sumber:  , 2 ,
.

Mama wana
ID918791
0199904429 / 01116866987
tulipcomey@gmail.com




No comments:

Post a Comment