Monday, July 14, 2014

Tips Pemakaian Semasa Mengandung

Salam siaran semua. mesti ada yang rindukan entri daripada wana kan? malam ni wana nak kongsi sikit tentang Pemakaian Ketika Hamil. Nampak simple tapi ada segelintir yang pandang remeh tentang aspek pemakaian ni.

Kita ni bila dah nak bergelar ibu mahupun sudah bergelar ibu mesti sesuaikan diri dengan tatacara pemakaian yang sesuai. Pakaian semestinya longgar, cantik, selesa dan bergaya yang kena pada tempatnya. 



Wana faham ada segelintir mummy to be yang kurang selesa ketika awal kehamilan, ada yang alahan teruk. Walhal mummy yang ada beberapa orang anak pun ada yang mengalami cabaran ketika kehamilan.

ok, terus sahaja kepada Tips Pemakaian Semasa Mengandung:

  1. Pakai pakaian yang longgar. Ada ibu2 yang bekerja, ditempat kerjanya ada menyediakan pakaian atau uniform untuk ibu-ibu yang mengandung. Ada tempat kerja yang membolehkan pemakaian jubah (kelonggaran diberi kepada ibu-ibu hamil sahaja). Kalau ada tempat yang tak menyediakan uniform, anda boleh memilih pakaian yang bagus pengudaraannya, longgar daripada pakaian yang biasa anda pakai sebelum hamil. 
  2. Elakkan memakai underwear yang terlalu ketat.
  3. Elakkan pakaian yang ketat terutama daripada fabrik jeans. Pakaian yang ketat akan memberi tekanan kepada perut dan menyebabkan anda kurang selesa.
  4. Tinggalkan terus kasut2 yang ala2 cinderella yang tinggi dua tiga inci tu kerana ianya akan membahayakan anda dan bayi kerana secara jelas kasut yang bertumit tinggi ni kurang stabil. Bertukar la kepada selipar comfort. Wana dulu bila disahkan hamil, terus pakai sandal yang comfort tu :)


Apa sahaja yang anda nak pakai, apa yang penting yang perlu anda fikir adalah keselesaan dan kandungan anda.

Sebenarnya banyak lagi apa yang boleh dan tak boleh ni, tapi wana highlight point yang jelas yang ada segelintir kita kurang cakna.

Sayangi diri anda, sayangi kandungan anda dan in shaa Allah moga semuanya selamat :)

Yang nak berkongsi sebarang tips, boleh kongsi-kongsikan ye 



Salam sayang
mama Wana
ID918791
0199904429

No comments:

Post a Comment