Tuesday, July 22, 2014

Tips Keselesaan Semasa Menyusukan Bayi

Susu ibu, susu yang terbaik untuk bayi anda. Dalam susu ibu mengandungi pelbagai zat dan penawar, tapi AWAS para ibu perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi memastikan zat disalurkan terus melalui susu itu. Sembarangan makanan boleh menyebabkan bayi anda kembung,cirit birit, 'rajuk susu'. Jadi para ibu yang menyusu kena perhatikan apa yang anda makan ye. Untuk itu hari ni wana nak berkongsi tentang Tips Keselesaan Semasa Menyusukan Bayi.


Mewujudkan keselesaan adalah penting ketika bersama bayi terutama pada ketika anda menyusukan bayi anda, ibu-ibu kena alert dengan suhu, keadaan sekeliling. Contohnya bila panas apa yang perlu dibuat untuk menjamin keselesaan ibu dan bayi yang menyusu. Semestinya peluh dan rasa panas sedikit sebanyak akan menggangu waktu penyusuan. Berkongsi tips khas dari wana sendiri tentang Tips mewujudkan keselesaan semasa menyusukan bayi.


  1. Perhatikan cuaca atau suhu sekeliling adakah panas atau sejuk. Jika cuaca membahang, ibu boleh membersihkan badan terlebih dahulu sebelum memulakan penyusuan. Jadi ibu dan bayi lebih selesa, duduk di kawasan yang berangin atau pengudaraan yang bagus.
  2. Ibu dapatkan posisi atau kedudukan yang dirasakan paling selesa. kalau selesa duduk, duduk lah dengan selesa. kalau selesa berbaring, baring dengan posture yang betul. Boleh letakkan bantal kecil atau lembut di belakang badan atau ada yang memilih untuk duduk atas sofa.
  3. Bagi wana, wana selesa dengan meninggikan kedudukan bayi dengan cara mengalas bayi dengan bantal yang lembut supaya posisi ibu tidak membongkok dan kedua-dua ibu dan bayi lebih selesa.
  4. Membaca doa sebelum memulakan penyusuan, wana suka sapu atau usap ubun-ubun anak. Dalam masa yang sama kita berdoa, berzikir.
  5. Jika bayi anda dah dikenalkan dengan puting kosong, kebarangkalian untuk bayi anda 'keliru' dengan teat ibu & puting kosong tu ada. Ibu-ibu jangan stress jika berlakunya keadaan ini, cuba suakan kepada bayi beberapa kali, andai bayi tetap juga menolak ibu-ibu boleh mencari nipple shield yang boleh dibeli di pasaraya. Beli lah ikut ukuran teat para ibu. Nipple shield ni in shaa Allah dapat membantu para ibu dari segi flow, elakkan crack pada nipple mummy, bagi ibu-ibu yang mempunyai nipple yang pendek in shaa Allah membantu.
  6. Setelah penyusuan, bersihkan nipple anda dan muka/pipi bayi dengan air biasa/air suam-suam kuku dan lap dengan tuala lembut dan kering. Hal ni dapat mengelakkan daripada 'kulat susu' pada pipi atau muka bayi anda serta untuk penjagaan kebersihan kawasan payudara anda. Aspek kebersihan perlu diberi penekanan ye mummy.

Tu sedikit sebanyak perkongsian daripada wana untuk anda :) 


Wana
ID918791
0199904429 / 01116866987
tulipcomey@gmail.com

No comments:

Post a Comment