Thursday, July 3, 2014

Pemakanan Ibu Hamil Di Bulan Ramadhan


Entri kita di awal pagi ni berkisar tentang Pemakanan Ibu Hamil Di Bulan Ramadhan. Amat bertepatan dengan situasi kita sekarang yang berada di bulan yang mulia yang penuh dengan keberkatan. Alhamdulillah.

Menyentuh tentang topik ni, wana tengok ramai rakan-rakan wana yang hamil. Alhamdulillah gembira mendengarnya. Bersyukur kita atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita. Jadi macam mana penjagaan pemakanan ibu-ibu hamil di bulan puasa ni?

Hakikat yang perlu kita pegang dan akui yang kehamilan bukan lah penyebab untuk kita makan secara berlebihan. Jadikan piramid makanan sebagai panduan buat kita agar kita mendapatkan khasiat serta zat yang diperlukan bersesuaian dengan ibu-ibu hamil yang perlu berkongsi zat-zat dengan bayi yang dikandungnya. Bayi yang anda kandung memerlukan nutrien daripada anda dan jika anda mempunyai simpanan tenaga yang cukup, maka kesan berpuasa kepada bayi anda berkurang.


Bagaimana seseorang ibu yang hamil itu menghadapi puasa juga berkait rapat dengan:
  • peringkat kehamilan
  • tahap kesihatan sebelum hamil
  • Jam berpuasa dalam sehari
Pengambilan makanan daripada pelbagai sumber dan kuantiti perlu dititikberatkan. Untuk ketahanan tubuh yang kuat, para ibu mestilah mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi contohnya daging. Makanan sebegini menyebabkan perut berasa lambat lapar.

Walaubagaimanapun, tuntutan kalori ni tidaklah tinggi jika kita bandingkan dengan keperluan untuk nutrien yang lain. Karbohidrat dan gula perlu dielakkan kerana ia hanya akan menambah nilai kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan lupa untuk diselitkan dalam juadah anda.

Perbanyakkan minum air masak dan susu kira-kira dua hingga tiga liter sehari (bukan dua ke 3 gelas tau tapi dua ke tiga LITER). Jika tak mampu minum dalam kuantiti banyak, boleh diminum sedikit tapi kerap atau disediakan dalam bentuk jus.

Minum air sepanjang malam dan usah risau jika anda kerap membuang air kecil kerana ianya elok dan menunjukkan bahawa ibu tersebut tidak mengalami dehidrasi.

Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur:

Semasa Berbuka
  • mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil.
  • buah-buahan segar, kurma, jus buah-buahan segar, kuih yang kurang manis dan kurang lemak, yogurt rendah lemak ditambah dengan buah-buahan, telur rebus/ayam panggang.
  • beberapa jam kemudian, boleh makan hidangan lain seperti roti bijiran bersama-sama telur dan tomato, ayam panggang dengan salad,keju dengan salad atau timun atau bihun sup, pasta berkuah,atau nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.
  • atau laksa penang dengan sayur-sayuran, atau bihun goreng kurang minyak dengan ayam atau daging serta sayur.
Semasa Bersahur
  • ambil makanan seimbang dan rendah lemak.
  • makanan yang dimakan ketika sahur akan dapat bertahan selama lapan jam atau lebih awal.


salam sayang
wana
ID918791
0199904429
tulipcomey@gmail.com





No comments:

Post a Comment