Thursday, July 3, 2014

Tips Mengawal Emosi Ketika Hamil


Kali ni wana nak berdiskusi tentang Tips Mengawal Emosi Ketika Hamil. 

Kehamilan suatu anugerah yang terindah. 

Masa paling kritikal kepada seseorang individu bukan lah setelah dia lahir tetapi sebelum lahir lagi. Lebih tepat digambarkan sejak dalam kandungan ibu lagi. Semasa dalam kandungan adalah masa kritikal dalam membentuk sistem kepercayaan diri yang tegar.

Kepercayaan diri yang teguh, positif atau negatif terbentuk sejak seseorang itu berada dalam rahim ibunya melalui dan merasai setiap apa yang ibunya lalui semasa mengandung. Pernah tak anda dengar orang tua2 pesan, masa mengandung ni kena happy selalu..jangan masam-masam nanti menurun kepada anak. Pesanan orang tua ni ada juga logiknya di situ kerana pertalian jiwa seorang ibu dan anak yang dikandungnya adalah sangat rapat.

Oleh yang demikian, ibu-ibu hamil disarankan menjaga emosi, dan orang-orang disekelilingnya perlu membantu ibu tersebut agar merasa dikasihi dan disayangi.

Ada ibu mengandung yang bercampur baur emosi nya. Ini semua berlaku kesan daripada perubahan hormon yang berlaku dalam diri ibu yang mengandung.

Alhamdulillah wana bahagia dan gembira di sepanjang mengandungkan Maisarah, hingga ke saat sarat masih aktif dengan research dan thesis master. Wana lepas kahwin dan pregnant PJJ dengan en suami. Wana di Kubang Kerian, en suami di Kuantan. Berjumpa dalam dua ke tiga kali sebulan di Kuala Terengganu (umah mak)..hehe..tengah-tengah ye Kelantan-KT-Kuantan. Selesai aje research master dalam 7 bulan usia kehamilan, alhamdulillah wana dapat duduk sekali dengan en suami di Kuantan. 

Keadaan ni , membuatkan wana lebih independent, dari KT- USM, USM- KT wana drive sorang-sorang (sebelum kahwin, selepas kahwin, time pregnant kan Maisarah). Tapi bila nak drive balik ke Kuantan, family wana ikut sama. Alhamdulillah sekarang usia Nur Maisarah 3 tahun 8 bulan. Maisarah seorang anak yang independent, boleh bawak diri sendiri, mudah bergaul, alhamdulillah mudah menerima ilmu dan mempunyai daya ingatan yang kuat, bila tak tahu banyak persoalannya. Alhamdulillah.

Jadi apa yang perlu dilakukan oleh ibu-ibu yang hamil untuk mengawal emosinya??

Tips Mengawal Emosi Ketika Hamil
  • Sentiasa berdoa, setiap masa setiap saat di mana sahaja anda berada. Panjatkan doa untuk kesihatan, keselamatan, lahirnya bayi anda sebagai anak yang soleh/solehah.
  • Sentiasa bercakap. Bercakap perkara yang positif dengan anak. Anak di dalam kandungan anda akan mendapat aura positif anda. Bercerita perkara yang menggembirakan, membahagiakan.
  • Memaafkan semua orang.
  • Membaca Al-Quran, membacakan kisah-kisah para Nabi dan Rasul, membacakan buku-buku ilmiah, buku kisah bidadari syurga. Hati akan tenang, dalam masa yang sama kita dapat menambah ilmu pengetahuan :)
  • Berada dalam kelompok individu yang penuh kasih sayang. Berada di dalam keluarga yang membahagiakan yang sarat dengan kasih sayang. Alhamdulillah diri ini sangat bersyukur.
  • Berehat atau santai melihat alam, pantai juga membantu :)
  • Menjaga pemakanan anda
  • Memastikan anda mendapat rehat yang mencukupi serta tidur yang berkualiti.
  • Para suami juga perlu meluangkan masa santa bersama isteri, dengar luahan hati isteri, lebih prihatin dan menyayangi isteri.

Mama Wana yang HEBAT
ID918791
0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com




No comments:

Post a Comment