Monday, July 21, 2014

Persiapan Terakhir Sebelum Kelahiran

Semua pasti teruja menanti saat menunggu lahirnya permata hati ke dunia. Pelbagai persiapan telah buat, IBU kini bersedia untuk menempuh satu lagi fasa iaitu FASA kelahiran. Jadi entri kita malam ni berkaitan Persiapan Terakhir Sebelum Kelahiran. Entri kali ni hanya lah check list terakhir untuk disemak oleh bakal ibu supaya ibu dapat menempuh fasa kelahiran dengan penuh tenang dan bertenaga.

Ada yang menghampiri due date, ada yang dua minggu dari sekarang estimate due date nya, ada yang seminggu menghampiri tarikh yang dijangka. Jadi apa yang perlu kita lakukan terutama dengan Syawal yang bakal menjelma, pastinya para ibu ada yang merancang nak pulang ke kampung.



  1. Semak kembali persiapan bayi yang berada di dalam kereta. Kad ibu, persalinan kelengkapan bayi, items yang dirasakan perlu. Cek dari masa ke masa agar tiada yang tercicir.
  2. Bagi ibu2 yang makin menghampiri tarikh kelahiran di cadangkan hanya berjalan di kawasan yang berdekatan dan sebolehnya elakkan daripada travel long distance. Kebimbangan kita adalah apabila berada di highway atau jalan persekutuan, jarak nak ke hospital akan memakan masa. Kita sendiri tau kebanyakan jalan-jalan short cut ni kebanyakannya dipelopori oleh ladang getah atau kelapa sawit dan jarak untuk ke hospital berdekatan adalah jauh. (in shaa Allah wana akan buka entri Risiko Perjalanan Jauh). Adalah lebih baik jika anda mendapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor anda.
  3. Pastikan para bakal ibu mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.
  4. Teruskan pemakanan yang seimbang dan pengambilan air yang mencukupi.
  5. Terus memperbanyakkan zikir, membaca Al-Quran,berdoa, berkata yang baik, melihat perkara yang baik, bersangka baik. Semuanya in shaa Allah akan membantu mempermudahkan kelahiran.

Salam Sayang
wana
ID918791
0199904429/01116866987 (sms, whatsapp)
tulipcomey@gmail.com

No comments:

Post a Comment