Tuesday, November 4, 2014

Topup Digi Ke Nombor Digi Yang Lain

Hari ni nak bukak entri ni sebab petang tadi, agak terkial-kial nak top up kan mak. Sebab diri ini yang celcom wana guna bil, yang no digi wana top up online. Tadi tak dapat nak top up online sebab Wifi problem. Jadi entri ni tentang topup digi ke nombor digi yang lain. Ni bukan share kredit tau. Ni bila kita ada no pin top up tu dan nak top up kepada orang lain secara manual.



Buntu nak buat macam mana, dah terbeli nombor top up tu..hmm..macam mana nak top up terus ke no digi mak ni?? jadi wana pun google lah. Hari ni paling sayang kat encik Google sebab membantu. Search sekali terus jumpa. Wana nak share kat sini, untuk perkongsian buat yang lain juga untuk diri sendiri.

Cara nya:-

  1. Tekan *123*
  2. Lepas tu masukkan 16 digit no prepaid 
  3. Kemudian tekan butang *
  4. Masukkan nombor telefon yang anda nak top up kan manual ni
  5. akhir sekali tekan butang #
Contohnya 

*123*1234567892345678*016XXXXX90#

Akhirnya dapat alert, anda telah berjaya menambah nilai bagi no.....


Salam Sayang
WANA
ID918791
01116866987



Sunday, November 2, 2014

Gajet Kepada Pelbagai Aktiviti

Kisah ni pulak tentang Maisarah dari dunia gajet kepada pelbagai aktiviti.



Wana rasa ada dalam setahun lebih Maisarah meninggalkan dunia Tablet/ipad ni. Sebelum ni, dia memang syok beno dengan bb playbook papa nya. Dengan games la..lagu la. Ada educational apps jugak dalam tu yang kami install. Ada sampai bawak ke tidur nak tgk cerita princess dan upin ipin. Jadi kami fikir, sampai masanya untuk kami jauhkan dia daripada gajet ni.

Alhamdulillah kami berjaya.heee..semuanya berpunca dengan playbook yang kerap hang...hahahaha. Bukan tu aje, smartphone kami langsung tiada install apps games or video kartun ni. kami banyakkan aktiviti indoor, belikan lego, banyakkan aktiviti bersama-sama seperti melukis, mewarna, bercerita, membaca, bacakan dia story book, main sama2. Jadi fokus dia akan tertumpu di situ. Then time cuti bawak g jalan-jalan, shop dan makan-makan. Selamat tinggal dunia gajet buat maisarah :)

Itu aje coretan khas wana..heee..ibu yang nak mencuba, cuba lah ye.. :)


mama wana
id918791
01116866987
tulipcomey@gmail.com


Tok Gajah Juara

Pagi ni just nak bercerita tentang bola semalam. Tok Gajah Juara Piala Malaysia 2014..YEAHHHH..syabas untuk team Pahang!!



Sejak pregnant ni, memang jadi satu tabiat nengok bola. Semalam tengok bola dua beranak sebab papanya on duty. Jadi kurang sikit feel nengok bola sebab kalau time berdebar menyorok belakang husband. heee.. Memang penuh debaran games semalam. Pemain pun agak keletihan. Yelah hampir 3 jam berada atas padang. 

Pahang bermain dengan 10 pemain kerana ada player dapat kad merah. Teringat lagi time Pahang lawan Kedah..pun main dengan 10 players. Hinggakan pengulas sukan cakap, team Pahang tak perlu main 11 orang, cukup dengan 10 orang pun mampu menewaskan pihak lawan.

Time Pahang gol, satu blok tempat wana duduk ni bergema. termasuk rumah ni.hahaha..siapa lagi kalau bukan maisarah dan mama nya ni..terperanjat baby kat dalam perut. Sorry la baby, excited dan berdebar punye pasal. 

Bila last masa tambahan semalam, husband balik. Ape lagi, join forum la tengok bola. Uishhh..bersemangat. Time panelti, nak tau ape wana buat?? berdebar punya pasal..time pemain Pahang punya turn wana menyorok dalam bilik. Husband cakap gol, wana keluar lah. heee..

Player Pahang yang wana suka?? 1) Dickson Nwakaeme (memang berbakat & kuat semangat walau dikepung bagai oleh pihak lawan) , 2) Matias Ruben Conti (suka tengok cara beliau jaringkan gol, muka tenang tapi jaringan power) , 3) Azamuddin Mohd Akil (bersahaja tapi berbakat) , 4) R.Gopinanthan (cipta banyak peluang)

Itu aje lah cerita bola semalam, amat puas hati. Pahang memang bermain dalam satu pasukan. Buat team Tok Gajah, TAHNIAH & teruskan semangat anda!! buat team JDT, cuba lagi :)


mama wana
ID918791
01116866987
tulipcomey@gmail.com

Monday, October 27, 2014

Latih Anak Tanpa Pampers Versi Wana

Malam ni wana nak share kat semua tentang versi wana latih Maisarah buang air tanpa pakai pampers sama ada siang mahupun malam.



Lama dah sebenarnya wana nak share dengan para ibu. Mula-mulanya wana ada merancang nak belikan dia water proof sheet protector yang dijual online. Tapi fikir punya fikir, datang la idea yang lebih menjimatkan dan ianya berkesan. Mula-mulanya memang penat sikit, lepas tu berjaya.

Apa yang wana buat?? Memandangkan plastik pants dan pampers dia banyak. Biasa wana akan lipat dan kumpul. Wana bukak tepi plastik tu jadikan dia memanjang, kemudian wana letak dalam kain batik. Konsep dia macam ni..bila anak kencing, kain batik akan serap urin dia dan tak mengalir keluar. Jadi mudah kita uruskan tempat yang terkena air kencing tu.

Lepas tu, wana akan alas time dia cakap nak tidur or nap. Kalau waktu siang memang dia tak pakai pants dah. Time dia nap aje wana letak. Mulanya memang dia akan terkencing, yelah..kena praktik banyak kali dan kerap pesan kat dia, kalau Maisarah nak kencing, bangun panggil mama. Memang berbuih mulut kita, tapi jangan putus asa ya ibu2 semua. Berbanding buang air, maisarah lebih cepat adapt menggunakan tandas untuk buang air besar.

Maisarah kalau tidur atau tertidur memang susah dah nak bangun, memang betul2 tidur. Bangun pagi, mudah nak kejutkan dia. Kalau dia terkucil, dia rasa tak selesa dan kemudian bangun tidur. Jadi seorang ibu kena banyak sabar tau. 

Jangan marahkan anak. Sebaliknya sentiasa ingatkan dia, nak kencing panggil mama atau nak kencing bagitau. Alhamdulillah akhirnya Maisarah berjaya tinggalkan dunia pants sepenuhnya waktu usia dia 3 tahun.

Time dia dah ok tanpa pampers tu, time nak travel agak ragu2 jugak kalau tak pakai pempes, jadi pakaikan. Rupanya dia dah adapt dengan tanpa pampers, so memang dia tak nak pakai dah. Bila rasa nak buang air, dia akan suruh berhenti kat stesyen minyak. heee..

Sekarang kakak Maisarah dah besar dan bakal jadi kakak in shaa Allah tak lama lagi. Sebelum tidur, memang akan suruh dia buang air. Pesan kat dia siap-siap, kalau tengah malam kakak rasa nak buang air kejut mama. Naluri seorang ibu, kita dapat rasa bila anak tak selesa tidur. Terus pergi jenguk anak, dan memang dia rasa nak buang air. Terus bawak ke bilik air.

Itu lah kisah wana dengan protector sheet ciptaan wana. heee :)


Mama Wana
ID918791
01116866987
tulipcomey@gmail.com

Promosi Oktober Yang Bakal Berakhir

Berbaki beberapa hari lagi sebelum tirai promosi Oktober akan berakhir.

Sungguh rugi bagi sesiapa yang tak rebut peluang untuk dapat ESP dan meal shakes bulan Oktober ni. Kedua-duanya kaya khasiat tersendiri.

Ada ibu yang datang kepada wana, bercerita tentang masalah anaknya yang mudah dan kerap ditimpa penyakit. Kejap pulih dari demam, dua tiga hari lepas tu demam semula plus selsema. Dah ke doktor, buat blood test, tapi segalanya negatif. 

Buntu ibu muda tu nak buat apa, jadi wana cadangkan meal shakes untuk dijadikan supplement bagi anaknya. Kerana alhamdulillah dengan izin Allah, meal shakes ni telah banyak membantu para ibu yang berhadapan dengan situasi yang sama, anak yang kerap jatuh sakit, selsema/batuk yang berlanjutan, anak yang kurang selera makan, anak2 yang sembelit, kulit kasar dan eczema.

Itu situasi yang pertama, ni wana nak story situasi kedua di mana ibu muda juga berkongsi masalah kulit kasar, menggelupas, kering yang dialami oleh bayi nya. Pelbagai minyak dah disapu. Bayi nya sepenuhnya menyusu badan. Jadi wana memberi alternatif untuk ibu ni, iaitu dengan menambah ESP dalam hidangan harian ibu. Jadi khasiat dapat dikongsi untuk bayi. 

Alhamdulillah dengan izin Allah, ESP yang kaya khasiat ini juga telah banyak membantu ibu2 yang inginkan milk booster, slim, kulit yang cantik mummy & baby, kesihatan dalaman wanita, bertenaga, juga kemantapan untuk kebahagiaan.

Banyak sebenarnya kalau nak diceritakan tentang khasiat kedua-duanya baik ESP mahupun meal shakes ni. Wana sendiri pengamal ESP, sementara anakanda saya penggemar Meal shakes.Alhamdulillah, terbukti khasiatnya dan kami amat berpuas hati. Memang berbaloi.

saya sedia membantu anda :)

Mama wana
ID918791
01116866987
tulipcomey@gmail.com

Friday, October 24, 2014

Jeruk Mangga Asam Boi

Satu fenomena di Facebook akhir-akhir ni, siap yang ada berbisnes dengan Jeruk Mangga Asam Boi.

wana pun tak lepaskan peluang untuk buat. Buat untuk makan sendiri dan buat untuk parents. Hari ni buat dua bekas. Jadi wana nak share resipi versi wana. Sebenarnya kita boleh pelbagaikan bahannya. Ada yang buat guna mangga, epal hijau, jambu batu.

Wana guna mangga masam (ni nama makcik kat pasar tu tulis)..hehehe

ni hasil bila digaul sebati dan sebelum masukkan dalam peti ais untuk tempoh 4-5 jam (jadi kena bersabar sampai jam 8-9 malam)


Resipi Jeruk Mangga Asam Boi versi wana

4 bji mangga masam (potong lah ikut bentuk yang anda suka)
5 biji cili (yang ni bergantung pada individu) cili2 padi wana yg saiz besar punya dan sedia pedas power
5-6 sudu besar gula
sedikit garam
15 biji asam boi

lepas letak bahan-bahan kat atas tu, gaul biar sebati, kemudian masukkan dalam peti ais selama 4-5 jam biar mesra dan fresh rasanya.


itu lah resipi Jeruk Mangga Asam Boi versi wana.


Selamat Mencuba



mama wana
ID918791
01116866987
tulipcomey@gmail.com


Thursday, October 16, 2014

Bila Masa Yang Sesuai Untuk Membeli Kelengkapan Bayi

Morning semua

Pagi ni nak bercerita sikit tentang 'Bila masa yang sesuai untuk membeli kelengkapan bayi'.

Bila disahkan hamil. Memang kita rasa begitu teruja dengan kehamilan. Tapi para ibu kena menjaga keselamatan dan kesihatan diri. Jangan over excited sangat ye. Kehamilan suatu perkara yang menggembirakan pasangan yang berkahwin. Zuriat sebagai pengikat kasih sayang dan penyeri sesebuah rumah tangga.



Bila tengok baby stuff ni kat mall kita rasa geram dan semuanya nampak comel. Tapi sabar, ada masa yang tertentu yang boleh kita peruntukkan masa untuk berbelanja barang-barang bayi ni. Jadi bila masa yang sesuai??? Kata orang tua-tua, kurang elok jika kita membeli barang-barang bayi terlalu awal, biar lah kandungan tu 'kukuh' dahulu. 

Itu pesan orang-orang tua. Sebenarnya tiada penetapan masa yang tepat untuk menggambarkan bila masa yang sesuai. Wana ada pantau pendapat umum atau forum ibu-ibu yang menyatakan masa yang sesuai adalah sekitar trimester kedua atau bila usia kandungan mencecah 6 bulan ke atas.

Ok, kalau ikut pengalaman wana yang lepas masa pregnant kan Maisarah. Bila kandungan dah masuk 6 bulan, wana dah mula shop barang-barang. Wana tak suka buat kerja last minit. Segalanya telah wana list dan just follow the flow aje. Nanti tak la kalut, kan. Masuk kandungan 7-8 bulan lebih hanya tambah sikit2 apa yang dirasakan kurang. 

Selebihnya persiapkan diri, ready bila sampai masa melahirkan. Masa usia kandungan dah 7 bulan, wana dah settle dengan labwork dan stay dengan husband. Kalau tak sebelum2 ni pjj. Time tu writing thesis, jadi memang dapat berehat secukupnya.

Alhamdulillah, sekarang wana hamil anak kedua dan usia kandungan masuk 3 bulan lebih. Memang geram bila tengok baby stuff ni tapi masih lagi berada dalam lingkungan kesabaran. hehehehe..in shaa Allah kita tunggu Year end sales nanti kita shop sikit2 macam baby gear dan tengok ikut list apa yang perlu ditambah.

Jadi ibu-ibu jom kongsi pengalaman anda, bila anda mula shopping untuk si manja anda :)


mama wana
id918791
01116866987
tulipcomey@gmail.com


Tuesday, October 14, 2014

Buat Buku Pink

Morning semua

hari ni ber entri santai kita dengan kisah semalam, kisah si buku pink.

wana excited nak bercerita tentang buku pink ni sebab ni 1st time wana buat buku pink kat gov. Sebelum ni, masa Maisarah kat Hospital Universiti. Memang jauh berbeza ye. Nak dijadikan cerita, Ahad 12 Oktober tu wana call Klinik Desa K.xxxx, nak tanya tentang hari nak buat buku dan rutin. sebab klinik desa kan ada hari-hari dia ikut zon. Kandungan wana pun minggu ni nak masuk 12 minggu dah.

JM tanya dah berapa minggu? wana jawab dah nak masuk 12 minggu. ngeee..lepas tu, JM tanya kenapa tak buat buku pink lagi..takkan tak perasan pregnant..kikiki..ni dialog dalam telefon tau :) katanya, esok (isnin) awak datang awal-awal jam 8 pagi depan klinik ye sebab lepas waktu tu saya ada urusan.

maka, tercongok la diri ni di depan klinik desa jam 7.50 pagi. dah ramai ibu2 time tu rupanya.Rata-rata nak check up dan inject baby. Beberapa orang aje ibu mengandung yang ada. Termasuk lah wana. Sambil tunggu turn kita, seronok tengok baby timbang ni, comel comel semuanya.

Booking wana sorang aje.Macam biasa 1st check up ni cek berat, tekanan darah, hb, urine, cek perut, breast, kaki, cek tekak. Interview family history. 2 jam gak wana di Klinik Desa tu.

Lepas tu drive balik.hehe..Next appoinment kat Klinik Desa tu, 9 November jam 9 pagi. 29hb ni kena ke KK Air Jernih untuk buat details check up blood test, blood group and dental check up.

Itulah cerita wana masa buat buku pink :)

Thursday, October 2, 2014

Happy Birthday My Girl!!


4 tahun yang lalu tanggal 02102010 jam 8 pagi, lahirnya puteri cinta hati pertama kami, Nur Maisarah Binti Nor Affandi. Lahir secara normal dan seberat 3.24 kg. Pejam celik, pejam celik sekejap aje masa berlalu. Rasa macam semalam baru melahirkan dia. Alhamdulillah seorang anak yang amat berdikari, petah bercakap, rajin membantu, teman dan sahabat mama yang paling rapat.

Selamat hari lahir, kakak Nur Maisarah. Moga kakak sentiasa sihat, berada dalam lindungan dan rahmat Allah, bahagia, gembira, berjaya di dunia dan akhirat. Jadi kakak yang terbaik buat bakal adik nanti ye :)

Mama n papa love you, my princess.













sekarang, kakak dah 4 tahun :)


Mama Wana
ID918791
01116866987 (sms/whatsapp)





Wednesday, October 1, 2014

Bertenaga Walaupun Alahan Teruk

Malam ni wana nak bawakan kisah ringkas tentang kenalan wana yang kekal bertenaga walaupun diuji dengan alahan yang teruk dan juga kerap sakit.



Alhamdulillah, kita dikurniakan nikmat kesihatan oleh Allah SWT. Jangan kita lupa, sakit, rasa susah juga merupakan satu nikmat atau ujian untuk menguji ketabahan kita dan kebergantungan kita kepada Allah. Ok, terus sahaja kepada kisah kenalan wana. 

Seorang ibu yang sedang hamil, diuji dengan alahan yang teruk, katanya memang tak boleh masuk apa, masuk nasi muntah, yang boleh makan hanya seafood cam meratah udang. Nasi memang tak boleh telan. Setiap kali promo ESP, memang dia akan memborong ESP ni.

Katanya ESP ni banyak membantu sepanjang kehamilan dia, walaupun tak boleh makan nasi, hanya meratah lauk, tapi dengan adanya ESP dia kenyang, dapat pastikan bayi yang dikandung pun sihat, sedikit sebanyak membantu pertahanan badan dia. Selepas tu, dia diuji pula dengan demam denggi. Ya Allah, banyaknya dugaan ibu ini. Dia tetap kuat dan wana kerap bertanya khabarnya, tanya tentang pemakanan, kandungan macam mana. Alhamdulillah dia kebah seminggu selepas tu.

Sekarang, masih lagi ada alahan katanya tapi tak seteruk di awal kehamilan dulu. Walaupun begitu, rutin dan kerja dilakukan seperti biasa. Tabah dan kuatnya ibu ini. Moga akak Zaimah kuat dan sihat, baby sihat, dipermudahkan segala-galanya. Amin. In shaa Allah.

wana juga nak bawakan testimoni ibu yang mengalami alahan yang rasa bertenaga dengan izin Allah bila consume ESP ni.



Anda mengalami situasi yang sama?? Jangan takut untuk bertanya wana ID918791. Boleh hubungi wana sms/whatsapp 01116866987 atau boleh email tulipcomey@gmail.com.

Saya sedia membantu anda 

ESP, Rahsia Susu Melimpah Ruah

Oleh kerana bulan ni promo ESP yang sangat BEST, jadi wana bawakan anda entri berkaitan ESP. Kali ni wana nak bercerita tentang ESP, Rahsia Susu Melimpah Ruah.



Alhamdulillah set penyusuan kami sama ada set basic atau full set telah banyak membantu para ibu terutama dari segi penyusuan yang exclusive kepada anak-anak mereka. Untuk kehamilan kali ni, wana ada tanam azam nak menyusukan anak wana yang kedua ni secara exclusive. 

Susu ibu, harga yang amat berharga dan terbaik. Masa Maisarah dulu sekejap aje sempat breastfeed dia. Mudah-mudahan penyusuan bayi yang kedua nanti dipermudahkan.

Ok, jom kita tengok antara testimoni ibu-ibu yang menggunakan ESP sebagai salah satu milk booster dalam set penyusuannya.




apa yang dapat dirumuskan daripada entri ni adalah, ESP dengan izin Allah amat membantu penyusuan para ibu, susu meriah, membantu membekalkan tenaga, kulit cantik, badan cergas.

Jadi ibu-ibu yang serius berhasrat untuk meneruskan penyusuan exclusive buat anak-anak anda, boleh mendapatkan ESP ni sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan susu yang melimpah ruah.

Promo buy 6 free 1 ESP & free keahlian
**dapatkan ebook exclusive bila anda shop dengan wana**



Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi wana
01116866987 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com


Promo Oktober Yang Best!!




Pagi yang mendung ni wana nak story tentang Promo Bulan Oktober ni, memang BEST, JIMAT & PENUH KHASIAT!!

Jaguh kita bulan ni, ESP yang memang wana tau ramai yang tau tentang khasiatnya untuk kesihatan dan kecantikan. Tau tau aje, ESP i nak abes. wahh..memang BEST ni.

Serius teruja dengan promosi bulan ni.

Buy 6 FREE 1 canister ESP plus FREE membership!!!
Boleh terus buat stok untuk setahun :)


apa tunggu lagi???

Peluang KEEMASAN menanti ANDA!!

sms/whatsapp wana 01116866987
tulipcomey@gmail.com

Wednesday, September 24, 2014

Tips Melatih Anak Solat

Alhamdulillah malam ni wana nak kongsikan tips tentang melatih anak solat. Ni versi wana sendiri. 

Orang kata, melentur buluh biar lah dari rebungnya. Bila dia dah jadi buluh, tua susah sekali untuk dilenturkan semula. Jadi tugas kita mendidik anak sejak dari kecil, didik anak kenali Allah SWT, kenali Nabi Muhammad SAW, rukun islam, rukun iman. Ajari anak sejak dia kecil bersesuaian dengan umur dan tahapnya.

Untuk melahirkan anak yang hebat, terlebih dahulu ibu bapanya perlu menjadi hebat. Anak-anak akan menurut segala tingkah laku kita kerana di mata mereka kita adalah contoh atau 'role model' mereka. Jadi sebagai ibu bapa pamerkan lah akhlak yang mulia, saling kasih mengasihi, hormat menghormati sesama ahli keluarga.

Jadi macam mana kita nak melatih anak-anak bersolat dengan sendiri, tanpa paksaan, tanpa kekerasan dan tanpa rotan atau segala hukuman??? Berikut wana berkongsi Tips khas versi wana. Moga bermanfaat dan dapat dipraktikkan oleh semua. :)

Tips Melatih Anak Solat

  1. Kenalkan anak dengan pencipta NYA, rasulnya, kitabnya bersesuaian dengan umurnya. Lain umur lain pendekatannya. Seperti yang wana praktikkan melalui penceritaan, kisah-kisah kerasulan, kisah-kisah para Nabi, dekatkan anak dengan ciptaan Allah seperti masa bawak ke taman permainan, nampak burung, pokok, rasa angin..kita pun terangkan secara ringkas, siapa penciptanya, apa yang perlu kita lakukan.
  2. Wana pasti semua mempunyai TV kan? Bila dengar azan, didik anak supaya diam dan menghormati azan. Terangkan kepadanya kenapa kita perlu diam, apa itu azan, lepas tu kita perlu buat apa.
  3. Belikan telekung sembahyang atau sediakan kain bagi memperkenalkan langkah pertama untuk anak-anak2. Mesti anak2 suka.
  4. Ajak anak turut serta bersolat bersama-sama kita. Ni sebagai satu langkah awal, biasanya anak2 yang setahun lebih, dua tahun suka ikut perbuatan kita. Sediakan ruang untuk dia bersolat, biarkan dia ikut tingkah laku kita. Ingat, JANGAN parents aje suruh anak bersolat, tapi anda duk melayan sinetron atau drama. Bersolat lah sekali dengan anak anda, atau anda perhatikan dia solat, bacaannya.Dari situ, kita dapat memperbaiki apa yang kurang.
  5. Bila anak dah pandai bercakap, kita boleh perdengarkan surah2 dalam solat untuk mereka. Perdengarkan setiap hari atau setiap kali waktu solat, in shaa Allah anak akan dapat mengingati dan menghafalnya.
  6. Ajarkan secara terperinci, satu persatu langkah bila anda rasakan anak anda telah bersedia. Alhamdulillah kami latih Maisarah dengan tertib solat yang betul, masa umurnya 3 tahun. Umur sebelum dari tu, wana sediakan kain khas untuk dia ikut kat sebelah. Alhamdulillah beberapa surah dan bacaan dia dah boleh :)
  7. Mendoakan anak-anak anda. Itu jangan lupa, setiap masa di setiap tempat :)


time ni Maisarah umur 1 tahun 3 bulan :)


Sekarang, 3 tahun 11 bulan (tengok gambar kat bawah)



Moga kakak Maisarah menjadi anak yang solehah, sihat, berjaya dunia dan akhirat. amin . In shaa Allah :)

Mama wana
ID918791
01116866987 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com


Buasir Dalam Pantang Itu Mengerikan

Hari ni wana nak story kepada semua tentang ngerinya buasir ketika kita berpantang.

Dalam beberapa hari ni, wana didatangi oleh beberapa ibu yang baru sahaja melahirkan anak, means dalam tempoh berpantang. Wana tumpang simpati apabila mereka menceritakan tentang pengalaman mereka dengan buasir. Ada yang keluar darah semasa membuang air besar, najis keras, phobia untuk ke tandas, ada yang dikatakan seperti keluar sedikit 'isi' dan menyebabkan rasa stress yang amat.

Berpantang yang dikatakan masa beristirehat, atau fasa pemulihan segala luka dalaman dan luaran, kestabilan emosi terganggu dek buasir. Pengalaman wana sendiri berhadapan dengan situasi sembelit semasa dalam berpantang. Sembelit pun kita rasa mengerikan, apatah lagi yang menghadapi buasir kan?

apa yang dapat membantu ibu-ibu ini? ya, wana cuba sedaya upaya untuk membantu.


ni set yang dicadangkan untuk individu yang mengalami buasir, yang tersenarai adalah khasiat dan fokus vitamin secara ringkas berkaitan permasalahn buasir ni.



ni set berpantang yang dicadangkan buat ibu yang menjalani proses berpantang yang juga dapat membantu masalah buasir ni

antara testimoni customer yang juga mengalami buasir ketika berpantang


Jadi, JANGAN BERLENGAH lagi!!
segera mencari SOLUSI untuk permasalahan anda


JOM jalani masa berpantang dengan riang & gembira

untuk pertanyaaan lanjut
sms/whatsapp wana 01116866987
tulipcomey@gmail.com
ID918791



Friday, September 19, 2014

Berpantang

Santai2 tengahari dengan entri yang santai tentang berpantang.

Dialog bersama my mom tentang berpantang ni. Orang kata ape, tanya pada yang pakar :) Mak dah cakap, untuk berpantang nanti ni mak tak risau dah sebab wana dah consume Shaklee. Ada set berpantang dia. Lagi satu in shaa Allah, wana plan nak belajar berpantang di rumah sendiri. Mak cakap bolehnya, senang aje. Mak akan datang menjenguk sekali sekali tak pun datang bawak jenjalan cucu sulong dia ni. Alhamdulillah.

Bukan nak kata kita ni berpengalaman sangat, tapi dari pengalaman yang lepas kita boleh alert apa yang boleh dan tak boleh, apa yang perlu dibuat dan dipakai, pengalaman yang lepas banyak mengajar wana. Mungkin lebih matang uruskan baby dengan sendiri. In shaa Allah.




ni wana tunjukkan buat kali ke berapa ntah set berpantang :) memang serius best u oll. Banyak testimoni daripada customer yang bagitau dengan izin Allah consume set berpantang ni, tak rasa macam dalam pantang, rasa segar, boleh buat kerja-kerja ringan..Siap suami ada puji, muka tak nampak macam orang bersalin.

nak dapatkan set berpantang ni? boleh roger wana ye

mama wana
ID918791
01116866987 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com

Wednesday, September 17, 2014

Bertuahnya Ibu Mengandung


Alhamdulillah dan tahniah buat anda ibu-ibu yang dikurniakan oleh Allah untuk merasai pengalaman mengandungkan zuriat. Bersyukur kepada Allah bahawa kita berpeluang merasainya kerana tak semua orang dapat merasai nikmat mengandung. Jadi wana bawakan kepada anda entri tentang bertuahnya ibu mengandung.

ha..dalam entri yang ringkas ni kita nak tengok kenapa kita dikatakan bertuah? Umum sedia maklum, zuriat adalah pengikat kasih sayang suami isteri dan tambah menceriakan rumah tangga kita. :)

  • Apabila seorang wanita hamil, maka beristigfar lah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan.
  • Dua rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tak hamil.
  • Wanita hamil perolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.
  • Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.
  • Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.
  • Apabila seorang ibu melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Sekiranya ibu tersebut meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  • Seorang ibu menyusukan anak hingga cukup tempoh 2 1/2 tahun, malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya. (in shaa Allah, ni azam wana kali ni)
  • Seorang ibu yang menyusukan anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Seorang ibu yang menggembirakan anaknya, Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.
  • Seorang ibu yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


Islam itu Indah :)
Bertuahnya diri mu duhai wanita & para ibu 


Mama Wana
ID918791
0199904429 /01116866987
tulipcomey@gmail.com

Monday, September 15, 2014

Mengasingkan Tempat Tidur Anak

Tengahari ni, wana bawakan perkongsian tentang mengasingkan tempat tidur anak. 



Alhamdulillah Maisarah kini telah tidur di tempatnya sendiri, bebas terus daripada pakai pempes yang jenis pants tu pada waktu malam. Alhamdulillah. Dalam entri ni wana berkongsi pengalaman mengasingkan tempat tidur anak. 

Selalu tidur berderet 3 orang, kini Maisarah dah berdikari sepenuhnya. Sebelum mengasingkan tempat tidurnya, kami slow talk dengan dia bagitau kakak Maisarah dah besar dan tak lama lagi nak ada adik dah. Lupa nak bagitau, Maisarah umurnya sekarang (masa entri ni ditulis, umurnya 3 tahun 11 bulan).

Jadi akur dengan nasihat mama dan papa, Maisarah rupanya amat mudah membawa dirinya tidur sendiri diruangannya sendiri. Alhamdulillah dah besar anak mama. 

Tapi mamanya semalaman menangis mengenangkan anak tidur sorang-sorang (satu lagi maybe terlebih emo sebab pembawakan budak) (time taip entri ni pun bergenangcoz  teringat) . Yela, selama ni cam tidur beratur..Maisarah tidur hujung, mama tengah, papa tepi. En suami pujuk suruh banyak selawat dan istigfar.

Bila difikirkan sudah tiba masanya untuk dia berdikari sepenuhnya, mamanya perlu akur dan terima hakikat anakanda kami sudah besar. Sudah sampai masanya kami memberi ruang dan tempat yang diperlukan olehnya untuk proses pembesaran.

Tips buat anda yang dalam proses mengasingkan tempat tidur anak:

  • sediakan satu ruangan atau bilik yang selesa, kemas, bersih buat anak-anak 
  • dekati anak anda dan slow talk dengan mereka, kenapa dia perlu tidur berasingan
  • sebelum waktu tidur atau sebelah malamnya, layani anak-anak nak main atau buat aktiviti dia
  • teman anak anda jika dia belum berani untuk tidur sendiri
  • bacakan buku cerita untuk mereka, sama-sama membacakan doa tidur dan surah bersama ana
  • beri masa untuk anak anda bersedia
  • ajar anak anda mengatasi rasa takut, atau bekalkan dia dengan bantal yang dia suka atau teddy
  • puji anak atas keberanian dia tidur sorang-sorang
Hikmah mengasingkan tempat tidur anak dengan ibu bapa ialah:
  • Anak lebih berdikari
  • Adanya privasi suami isteri
  • Anak akan lebih hormat kepada ibu bapa kerana wujudnya adab dan tatasusila yang sepatutnya iaitu ketuk pintu sebelum masuk bilik, minta izin untuk masuk terutama 3 waktu iaitu masa sebelum solat subuh (waktu bangun) , selepas solat isyak (waktu tidur), waktu tengahari
sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah an-Nur: 58 yang bermaksud 


"Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba kamu dan orang yang belum baligh dari kalangan kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya..."). 


mama wana
ID918791
01116866987 / 0199904429



Wednesday, September 10, 2014

Makanan Yang Perlu Dielak Oleh Ibu Mengandung

Kalau masa mengandungkan Maisarah dulu, sebelum merasa sebarang juadah yang meragukan sama ada boleh makan ke tak masa mengandung ni mesti telefon mak. Yang mana boleh dan tak boleh mesti bertanya pada mak. heee..Yang second baby ni pun masih tanya mak boleh makan ke tak. Jadi hari ni wana nak berkongsi entri Makanan yang perlu dielak oleh ibu mengandung.



Makanan dan minuman yang perlu dielakkan:

  • Alkohol, minuman bergas dan makanan ringan (yang ni memang secara terang-terangan tak elok untuk perkembangan bayi dari segi kuantiti gulanya, perisanya, pewarnanya, juga bagi umat islam adalah haram minum alkohol)
  • Sebarang pil atau ubat-ubatan. Jangan cuba jadi doktor sendiri. Bertanya lah pada yang lebih pakar.
  • Minuman dan Makanan yang berkafein (tak dapat dinafikan ada sesetengah kajian yang membenarkan pengambilan cafein dengan jumlah yang sederhana. Tapi bagi wana, wana berpantang kafein ni sebab sedikit sebanyak kafein boleh boleh menggangu bacaan hb juga menghakis kalsium. Kafein juga dikatakan boleh menjejaskan berat bayi dalam kandungan.)
  • Keju lembut. Yang ni biasanya keju lembut yang dibuat daripada susu yang tak dipasteur. Keadaan ni mendedahkan ibu dan bayi kepada jangkitan bakteria. Contohnya Bakteria Listeria. Jadi sebelum beli keju tu, cek dulu ada perkataan 'dipasteur' atau tidak.
  • Daging mentah atau separuh masak/sushi. Daging mentah atau sajian yang tidak dimasak sepenuhnya akan mengundang kepada kehadiran pelbagai jenis bakteria. Jadi buat yang suka makan kat luar, atau suka sushi tu kena berpantang la kejap ye. Pastikan masakan yang anda makan sempurna dimasak. (pss..better la masak kat rumah, lebih selamat)
  • Adunan tepung mentah. Kadang-kadang time buat cucur atau kuih, ada yang gemar rasa skit adunannya. Jangan lupa dalam tu pon ada telur yang mentah. Telur yang mentah mungkin mengandungi Salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan yang TERUK!!
  • Makanan laut yang tinggi merkuri. Wana pernah dengar di radio( lupa dan cenel apa) dia katakan kurangkan makan seafood contohnya ikan yang kurang atau tak bersisik kerana spesies sebegitu lebih terdedah kepada pencemaran merkuri. Misalnya ikan pari.
  • Kekacang. Bagi yang mempunyai sejarah keluarga yang ada eczema, alahan, asma seeloknya kurangkan hidangan kekacang semasa kehamilan atau penyusuan. Hal ini boleh mengurangkan risiko bayi anda mendapat alahan yang serius.
  • Buah-buah dan sayur-sayuran yang tidak dibasuh. ha..aspek kebersihan sangat perlu diambil perhatian. Pastikan kesemuanya dibasuh dengan sempurna bagi mengelakkan sebarang jangkitan bakteria.
  • Hidangan yang tersimpan lama di dalam peti ais.Tak perlu la sebegitu berjimat untuk panaskan masakan yang dah lama berada dalam peti ais. Ini kerana ada juga bakteria yang boleh hidup dalam persekitaran yang sejuk. Hal ini boleh mendatangkan keracunan makanan yang serius!
  • Angkatan makanan, buah-buahan dan minuman yang 'tajam' dan 'panas' seperti nenas, tebu, black pepper pun kena kurangkan. (wana time pregnant terus tinggalkan black pepper walaupun hantu pedas). Durian pun time mengandungkan maisarah dulu cukup sekadar merasa aje :)

mama wana
ID918791
01116866987 / 0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com

Keputihan Semasa Mengandung

Biasa kita dengar keputihan ni berlaku dekat time kita nak period, ada sikit keluarnya cecair, lendir bewarna putih tapi tak berbau yang kemudiannya akan hilang bila dah period. Ni biasanya berlaku dikalangan wanita tapi harus diteliti tentang warna keputihan tersebut, adakah keputihan yang biasa atau berbau dan berwarna hijau??? erkk.. itu yang harus kita teliti. Jadi topik wana hari ni berkisar tentang Keputihan Semasa Mengandung.



Normal bagi wanita sedar akan keputihan ni masa nak period tapi bila part keputihan semasa mengandung ni ada yang jadi kurang jelas. Jom kita kupas sama-sama. Wana ada baca beberapa blog kesihatan, jurnal, forum kesihatan tentang ni dan terdapat pelbagai pendapat tentangnya. Yelah, setiap individu berbeza kan. Ada yang keluar cecair/lendir putih, ada juga yang warna macam eggmask serta ada yang creamy. 

Macam mana terjadinya keputihan semasa hamil??
Bila menyentuh tentang kehamilan ni, kita kena faham hakikat bahawa tubuh sedang mengalami perubahan berbanding keadaan normal. Perlu diingat juga bahagia hormon kita turut mengalami perubahan. Lebihan lelehan lendir ini biasanya berikutan tindakan hormon kehamilan itu sendiri. 

Normal ke keputihan semasa hamil??
'Leukorrhea' adalah lelehan keputihan yang nipis, dan kurang berbau yang keluar dari kemaluan. Satu gejala yang normal dan tidak perlu anda risau. 

Macam mana pula dengan keputihan yang Tak Normal??
Keputihan yang anda dapati bewarna hijau atau kekuningan, bau yang kuat, gatal dan kemerahan. Gejala seperti ni menunjukkan bahawa anda sedang mengalami jangkitan. Dengan bahasa mudahnya kita kenali sebagai jangkitan Yis, biasanya disebabkan oleh candidiasis atau boleh juga disebabkan oleh STD (Sexual transmitted disease) atau STI (sexual transmitted infection) biasanya ketika bersama pasangan.

Apa yang perlu anda buat??

  • Semasa Mengandung JANGAN
    • menggunakan tampon ( ini akan memperkenalkan atau menggalakkan bakteria baru ke vagina)
    • basuh vagina menggunakan sabun even feminine wash pun tak digalakkan (akan mengganggu ph asal vagina serta menggalakkan jangkitan)
    • jangan jadi pakar sendiri dengan cara menganggapnya sebagai jangkitan faraj dan merawatnya sendiri. Terus berjumpa Doktor anda.
  • Semasa Mengandung HARUS
    • gunakan pantyliners yang membawa keselesaan kepada anda
    • pastikan kemaluan anda sentiasa kering dan bersih
    • maklumkan doktor anda tentang sebarang perubahan yang anda rasakan
sumber: 1 , 2 , 3 , 4   

Salam sayang
mama wana
ID918791
01116866987 / 0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com

Tuesday, September 9, 2014

Kisah kehamilan Wana Dan Shaklee




Alhamdulillah hari masuk minggu ke 7 usia kehamilan wana :) alhamdulillah untuk segala rezeki dari Allah. Jadi malam ni satu entri yang santai dari wana tentang kisah kehamilan wana dan Shaklee.

Alhamdulillah diberi peluang lagi sekali untuk merasai nikmat mengandung. Kali ni agak berbeza rasanya berbanding dengan masa mengandungkan Maisarah dulu. Kalau Maisarah dulu, alhamdulillah wana tiada sebarang alahan mahupun rasa loya. Tapi kali ni wana kerap rasa mual dan loya, kulit kering dan menggelupas, jerawat pun gemar mengintai dari tirai muka..huhuhu..rasa malas yang amat untuk mencuci muka. Cuci muka kat sini cuci dengan facial foam tu ye.

Itu kelainan yang ketara wana rasa yang membezakan masa mengandungkan Maisarah dan second baby ni. Tapi kalau bercakap soal TENAGA, memang EXTRA tenaga. Alhamdulillah. Cergas, memasak, buat kerja rutin, memanjat dengan sopan. Memang Super Power betul tenaganya. 

Biasa kita dengar orang yang mual, rasa nak loya ni asyik berbaring kan?? ni wana jadi lebih aktif, jangan diikutkan sangat rasa loya tu. agak2 rasa loya dan mual, kemam chewable vita c plus yang Maisarah punye...hehehhe..kalau dulu mama kurang suka rasanya sebab masam sangat tapi maisarah relax je consume ni. Tapi sekarang rasa masam masam manis yang best. Mungkin sebab lidah wana kelat dicampur dengan rasa mual tu.

Lagi teman tenaga wana, B complex dan Vitalea (multivitamin), ha..yang ni memang wajib wana consume. Time pregnant kan Maisarah dulu, time check up yang pertama aje cantik hb wana, yang lain terus low..huhu..tapi kali ni, in shaa Allah wana xperlu risau lagi dengan izin Allah, vitalea ni membantu ramai ibu2 yang mengalami masalah hb low ni dah bacaannya maintain cantik.

Ada sekali dua terlupa nak consume B comp dan vitalea lepas breakfast, wana consume lepas dinner, dinner wana around 7 pm. Dekat nak tidur tu pulak, wana consume ostematrix. Wana perlu pastikan bekalan calsium dan segala zat mencukupi bagi menampung keperluan diri wana dan bayi dalam kandungan.

Setiap ibu mahukan yang terbaik. Tapi macam mana kita pilih yang terbaik itu menjadi sebahagian daripada kita? Kalau masa pregnant kan Maisarah, wana belum berkenalan dengan Shaklee tapi buat anakanda kedua kami ni, sepenuhnya wana consume Shaklee. Alhamdulillah Shaklee TERBAIK buat kami sekeluarga.

Shaklee, TERBAIK buat seisi keluarga

Mama Wana
ID918791
01116866987 / 0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com