Wednesday, September 17, 2014

Bertuahnya Ibu Mengandung


Alhamdulillah dan tahniah buat anda ibu-ibu yang dikurniakan oleh Allah untuk merasai pengalaman mengandungkan zuriat. Bersyukur kepada Allah bahawa kita berpeluang merasainya kerana tak semua orang dapat merasai nikmat mengandung. Jadi wana bawakan kepada anda entri tentang bertuahnya ibu mengandung.

ha..dalam entri yang ringkas ni kita nak tengok kenapa kita dikatakan bertuah? Umum sedia maklum, zuriat adalah pengikat kasih sayang suami isteri dan tambah menceriakan rumah tangga kita. :)

  • Apabila seorang wanita hamil, maka beristigfar lah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan.
  • Dua rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tak hamil.
  • Wanita hamil perolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.
  • Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.
  • Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.
  • Apabila seorang ibu melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Sekiranya ibu tersebut meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  • Seorang ibu menyusukan anak hingga cukup tempoh 2 1/2 tahun, malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya. (in shaa Allah, ni azam wana kali ni)
  • Seorang ibu yang menyusukan anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Seorang ibu yang menggembirakan anaknya, Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.
  • Seorang ibu yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


Islam itu Indah :)
Bertuahnya diri mu duhai wanita & para ibu 


Mama Wana
ID918791
0199904429 /01116866987
tulipcomey@gmail.com

No comments:

Post a Comment