Monday, September 15, 2014

Mengasingkan Tempat Tidur Anak

Tengahari ni, wana bawakan perkongsian tentang mengasingkan tempat tidur anak. 



Alhamdulillah Maisarah kini telah tidur di tempatnya sendiri, bebas terus daripada pakai pempes yang jenis pants tu pada waktu malam. Alhamdulillah. Dalam entri ni wana berkongsi pengalaman mengasingkan tempat tidur anak. 

Selalu tidur berderet 3 orang, kini Maisarah dah berdikari sepenuhnya. Sebelum mengasingkan tempat tidurnya, kami slow talk dengan dia bagitau kakak Maisarah dah besar dan tak lama lagi nak ada adik dah. Lupa nak bagitau, Maisarah umurnya sekarang (masa entri ni ditulis, umurnya 3 tahun 11 bulan).

Jadi akur dengan nasihat mama dan papa, Maisarah rupanya amat mudah membawa dirinya tidur sendiri diruangannya sendiri. Alhamdulillah dah besar anak mama. 

Tapi mamanya semalaman menangis mengenangkan anak tidur sorang-sorang (satu lagi maybe terlebih emo sebab pembawakan budak) (time taip entri ni pun bergenangcoz  teringat) . Yela, selama ni cam tidur beratur..Maisarah tidur hujung, mama tengah, papa tepi. En suami pujuk suruh banyak selawat dan istigfar.

Bila difikirkan sudah tiba masanya untuk dia berdikari sepenuhnya, mamanya perlu akur dan terima hakikat anakanda kami sudah besar. Sudah sampai masanya kami memberi ruang dan tempat yang diperlukan olehnya untuk proses pembesaran.

Tips buat anda yang dalam proses mengasingkan tempat tidur anak:

  • sediakan satu ruangan atau bilik yang selesa, kemas, bersih buat anak-anak 
  • dekati anak anda dan slow talk dengan mereka, kenapa dia perlu tidur berasingan
  • sebelum waktu tidur atau sebelah malamnya, layani anak-anak nak main atau buat aktiviti dia
  • teman anak anda jika dia belum berani untuk tidur sendiri
  • bacakan buku cerita untuk mereka, sama-sama membacakan doa tidur dan surah bersama ana
  • beri masa untuk anak anda bersedia
  • ajar anak anda mengatasi rasa takut, atau bekalkan dia dengan bantal yang dia suka atau teddy
  • puji anak atas keberanian dia tidur sorang-sorang
Hikmah mengasingkan tempat tidur anak dengan ibu bapa ialah:
  • Anak lebih berdikari
  • Adanya privasi suami isteri
  • Anak akan lebih hormat kepada ibu bapa kerana wujudnya adab dan tatasusila yang sepatutnya iaitu ketuk pintu sebelum masuk bilik, minta izin untuk masuk terutama 3 waktu iaitu masa sebelum solat subuh (waktu bangun) , selepas solat isyak (waktu tidur), waktu tengahari
sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah an-Nur: 58 yang bermaksud 


"Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba kamu dan orang yang belum baligh dari kalangan kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya..."). 


mama wana
ID918791
01116866987 / 0199904429



No comments:

Post a Comment