Wednesday, September 10, 2014

Makanan Yang Perlu Dielak Oleh Ibu Mengandung

Kalau masa mengandungkan Maisarah dulu, sebelum merasa sebarang juadah yang meragukan sama ada boleh makan ke tak masa mengandung ni mesti telefon mak. Yang mana boleh dan tak boleh mesti bertanya pada mak. heee..Yang second baby ni pun masih tanya mak boleh makan ke tak. Jadi hari ni wana nak berkongsi entri Makanan yang perlu dielak oleh ibu mengandung.



Makanan dan minuman yang perlu dielakkan:

  • Alkohol, minuman bergas dan makanan ringan (yang ni memang secara terang-terangan tak elok untuk perkembangan bayi dari segi kuantiti gulanya, perisanya, pewarnanya, juga bagi umat islam adalah haram minum alkohol)
  • Sebarang pil atau ubat-ubatan. Jangan cuba jadi doktor sendiri. Bertanya lah pada yang lebih pakar.
  • Minuman dan Makanan yang berkafein (tak dapat dinafikan ada sesetengah kajian yang membenarkan pengambilan cafein dengan jumlah yang sederhana. Tapi bagi wana, wana berpantang kafein ni sebab sedikit sebanyak kafein boleh boleh menggangu bacaan hb juga menghakis kalsium. Kafein juga dikatakan boleh menjejaskan berat bayi dalam kandungan.)
  • Keju lembut. Yang ni biasanya keju lembut yang dibuat daripada susu yang tak dipasteur. Keadaan ni mendedahkan ibu dan bayi kepada jangkitan bakteria. Contohnya Bakteria Listeria. Jadi sebelum beli keju tu, cek dulu ada perkataan 'dipasteur' atau tidak.
  • Daging mentah atau separuh masak/sushi. Daging mentah atau sajian yang tidak dimasak sepenuhnya akan mengundang kepada kehadiran pelbagai jenis bakteria. Jadi buat yang suka makan kat luar, atau suka sushi tu kena berpantang la kejap ye. Pastikan masakan yang anda makan sempurna dimasak. (pss..better la masak kat rumah, lebih selamat)
  • Adunan tepung mentah. Kadang-kadang time buat cucur atau kuih, ada yang gemar rasa skit adunannya. Jangan lupa dalam tu pon ada telur yang mentah. Telur yang mentah mungkin mengandungi Salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan yang TERUK!!
  • Makanan laut yang tinggi merkuri. Wana pernah dengar di radio( lupa dan cenel apa) dia katakan kurangkan makan seafood contohnya ikan yang kurang atau tak bersisik kerana spesies sebegitu lebih terdedah kepada pencemaran merkuri. Misalnya ikan pari.
  • Kekacang. Bagi yang mempunyai sejarah keluarga yang ada eczema, alahan, asma seeloknya kurangkan hidangan kekacang semasa kehamilan atau penyusuan. Hal ini boleh mengurangkan risiko bayi anda mendapat alahan yang serius.
  • Buah-buah dan sayur-sayuran yang tidak dibasuh. ha..aspek kebersihan sangat perlu diambil perhatian. Pastikan kesemuanya dibasuh dengan sempurna bagi mengelakkan sebarang jangkitan bakteria.
  • Hidangan yang tersimpan lama di dalam peti ais.Tak perlu la sebegitu berjimat untuk panaskan masakan yang dah lama berada dalam peti ais. Ini kerana ada juga bakteria yang boleh hidup dalam persekitaran yang sejuk. Hal ini boleh mendatangkan keracunan makanan yang serius!
  • Angkatan makanan, buah-buahan dan minuman yang 'tajam' dan 'panas' seperti nenas, tebu, black pepper pun kena kurangkan. (wana time pregnant terus tinggalkan black pepper walaupun hantu pedas). Durian pun time mengandungkan maisarah dulu cukup sekadar merasa aje :)

mama wana
ID918791
01116866987 / 0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com

1 comment: