Wednesday, September 24, 2014

Tips Melatih Anak Solat

Alhamdulillah malam ni wana nak kongsikan tips tentang melatih anak solat. Ni versi wana sendiri. 

Orang kata, melentur buluh biar lah dari rebungnya. Bila dia dah jadi buluh, tua susah sekali untuk dilenturkan semula. Jadi tugas kita mendidik anak sejak dari kecil, didik anak kenali Allah SWT, kenali Nabi Muhammad SAW, rukun islam, rukun iman. Ajari anak sejak dia kecil bersesuaian dengan umur dan tahapnya.

Untuk melahirkan anak yang hebat, terlebih dahulu ibu bapanya perlu menjadi hebat. Anak-anak akan menurut segala tingkah laku kita kerana di mata mereka kita adalah contoh atau 'role model' mereka. Jadi sebagai ibu bapa pamerkan lah akhlak yang mulia, saling kasih mengasihi, hormat menghormati sesama ahli keluarga.

Jadi macam mana kita nak melatih anak-anak bersolat dengan sendiri, tanpa paksaan, tanpa kekerasan dan tanpa rotan atau segala hukuman??? Berikut wana berkongsi Tips khas versi wana. Moga bermanfaat dan dapat dipraktikkan oleh semua. :)

Tips Melatih Anak Solat

  1. Kenalkan anak dengan pencipta NYA, rasulnya, kitabnya bersesuaian dengan umurnya. Lain umur lain pendekatannya. Seperti yang wana praktikkan melalui penceritaan, kisah-kisah kerasulan, kisah-kisah para Nabi, dekatkan anak dengan ciptaan Allah seperti masa bawak ke taman permainan, nampak burung, pokok, rasa angin..kita pun terangkan secara ringkas, siapa penciptanya, apa yang perlu kita lakukan.
  2. Wana pasti semua mempunyai TV kan? Bila dengar azan, didik anak supaya diam dan menghormati azan. Terangkan kepadanya kenapa kita perlu diam, apa itu azan, lepas tu kita perlu buat apa.
  3. Belikan telekung sembahyang atau sediakan kain bagi memperkenalkan langkah pertama untuk anak-anak2. Mesti anak2 suka.
  4. Ajak anak turut serta bersolat bersama-sama kita. Ni sebagai satu langkah awal, biasanya anak2 yang setahun lebih, dua tahun suka ikut perbuatan kita. Sediakan ruang untuk dia bersolat, biarkan dia ikut tingkah laku kita. Ingat, JANGAN parents aje suruh anak bersolat, tapi anda duk melayan sinetron atau drama. Bersolat lah sekali dengan anak anda, atau anda perhatikan dia solat, bacaannya.Dari situ, kita dapat memperbaiki apa yang kurang.
  5. Bila anak dah pandai bercakap, kita boleh perdengarkan surah2 dalam solat untuk mereka. Perdengarkan setiap hari atau setiap kali waktu solat, in shaa Allah anak akan dapat mengingati dan menghafalnya.
  6. Ajarkan secara terperinci, satu persatu langkah bila anda rasakan anak anda telah bersedia. Alhamdulillah kami latih Maisarah dengan tertib solat yang betul, masa umurnya 3 tahun. Umur sebelum dari tu, wana sediakan kain khas untuk dia ikut kat sebelah. Alhamdulillah beberapa surah dan bacaan dia dah boleh :)
  7. Mendoakan anak-anak anda. Itu jangan lupa, setiap masa di setiap tempat :)


time ni Maisarah umur 1 tahun 3 bulan :)


Sekarang, 3 tahun 11 bulan (tengok gambar kat bawah)



Moga kakak Maisarah menjadi anak yang solehah, sihat, berjaya dunia dan akhirat. amin . In shaa Allah :)

Mama wana
ID918791
01116866987 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com


No comments:

Post a Comment