Wednesday, September 10, 2014

Keputihan Semasa Mengandung

Biasa kita dengar keputihan ni berlaku dekat time kita nak period, ada sikit keluarnya cecair, lendir bewarna putih tapi tak berbau yang kemudiannya akan hilang bila dah period. Ni biasanya berlaku dikalangan wanita tapi harus diteliti tentang warna keputihan tersebut, adakah keputihan yang biasa atau berbau dan berwarna hijau??? erkk.. itu yang harus kita teliti. Jadi topik wana hari ni berkisar tentang Keputihan Semasa Mengandung.



Normal bagi wanita sedar akan keputihan ni masa nak period tapi bila part keputihan semasa mengandung ni ada yang jadi kurang jelas. Jom kita kupas sama-sama. Wana ada baca beberapa blog kesihatan, jurnal, forum kesihatan tentang ni dan terdapat pelbagai pendapat tentangnya. Yelah, setiap individu berbeza kan. Ada yang keluar cecair/lendir putih, ada juga yang warna macam eggmask serta ada yang creamy. 

Macam mana terjadinya keputihan semasa hamil??
Bila menyentuh tentang kehamilan ni, kita kena faham hakikat bahawa tubuh sedang mengalami perubahan berbanding keadaan normal. Perlu diingat juga bahagia hormon kita turut mengalami perubahan. Lebihan lelehan lendir ini biasanya berikutan tindakan hormon kehamilan itu sendiri. 

Normal ke keputihan semasa hamil??
'Leukorrhea' adalah lelehan keputihan yang nipis, dan kurang berbau yang keluar dari kemaluan. Satu gejala yang normal dan tidak perlu anda risau. 

Macam mana pula dengan keputihan yang Tak Normal??
Keputihan yang anda dapati bewarna hijau atau kekuningan, bau yang kuat, gatal dan kemerahan. Gejala seperti ni menunjukkan bahawa anda sedang mengalami jangkitan. Dengan bahasa mudahnya kita kenali sebagai jangkitan Yis, biasanya disebabkan oleh candidiasis atau boleh juga disebabkan oleh STD (Sexual transmitted disease) atau STI (sexual transmitted infection) biasanya ketika bersama pasangan.

Apa yang perlu anda buat??

  • Semasa Mengandung JANGAN
    • menggunakan tampon ( ini akan memperkenalkan atau menggalakkan bakteria baru ke vagina)
    • basuh vagina menggunakan sabun even feminine wash pun tak digalakkan (akan mengganggu ph asal vagina serta menggalakkan jangkitan)
    • jangan jadi pakar sendiri dengan cara menganggapnya sebagai jangkitan faraj dan merawatnya sendiri. Terus berjumpa Doktor anda.
  • Semasa Mengandung HARUS
    • gunakan pantyliners yang membawa keselesaan kepada anda
    • pastikan kemaluan anda sentiasa kering dan bersih
    • maklumkan doktor anda tentang sebarang perubahan yang anda rasakan
sumber: 1 , 2 , 3 , 4   

Salam sayang
mama wana
ID918791
01116866987 / 0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com

No comments:

Post a Comment