Morning semua
hari ni ber entri santai kita dengan kisah semalam, kisah si buku pink.
wana excited nak bercerita tentang buku pink ni sebab ni 1st time wana buat buku pink kat gov. Sebelum ni, masa Maisarah kat Hospital Universiti. Memang jauh berbeza ye. Nak dijadikan cerita, Ahad 12 Oktober tu wana call Klinik Desa K.xxxx, nak tanya tentang hari nak buat buku dan rutin. sebab klinik desa kan ada hari-hari dia ikut zon. Kandungan wana pun minggu ni nak masuk 12 minggu dah.
JM tanya dah berapa minggu? wana jawab dah nak masuk 12 minggu. ngeee..lepas tu, JM tanya kenapa tak buat buku pink lagi..takkan tak perasan pregnant..kikiki..ni dialog dalam telefon tau :) katanya, esok (isnin) awak datang awal-awal jam 8 pagi depan klinik ye sebab lepas waktu tu saya ada urusan.
maka, tercongok la diri ni di depan klinik desa jam 7.50 pagi. dah ramai ibu2 time tu rupanya.Rata-rata nak check up dan inject baby. Beberapa orang aje ibu mengandung yang ada. Termasuk lah wana. Sambil tunggu turn kita, seronok tengok baby timbang ni, comel comel semuanya.
Booking wana sorang aje.Macam biasa 1st check up ni cek berat, tekanan darah, hb, urine, cek perut, breast, kaki, cek tekak. Interview family history. 2 jam gak wana di Klinik Desa tu.
Lepas tu drive balik.hehe..Next appoinment kat Klinik Desa tu, 9 November jam 9 pagi. 29hb ni kena ke KK Air Jernih untuk buat details check up blood test, blood group and dental check up.
Itulah cerita wana masa buat buku pink :)
Showing posts with label Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Mengandung. Show all posts
Tuesday, October 14, 2014
Wednesday, October 1, 2014
Bertenaga Walaupun Alahan Teruk
Malam ni wana nak bawakan kisah ringkas tentang kenalan wana yang kekal bertenaga walaupun diuji dengan alahan yang teruk dan juga kerap sakit.
Alhamdulillah, kita dikurniakan nikmat kesihatan oleh Allah SWT. Jangan kita lupa, sakit, rasa susah juga merupakan satu nikmat atau ujian untuk menguji ketabahan kita dan kebergantungan kita kepada Allah. Ok, terus sahaja kepada kisah kenalan wana.
Seorang ibu yang sedang hamil, diuji dengan alahan yang teruk, katanya memang tak boleh masuk apa, masuk nasi muntah, yang boleh makan hanya seafood cam meratah udang. Nasi memang tak boleh telan. Setiap kali promo ESP, memang dia akan memborong ESP ni.
Seorang ibu yang sedang hamil, diuji dengan alahan yang teruk, katanya memang tak boleh masuk apa, masuk nasi muntah, yang boleh makan hanya seafood cam meratah udang. Nasi memang tak boleh telan. Setiap kali promo ESP, memang dia akan memborong ESP ni.
Katanya ESP ni banyak membantu sepanjang kehamilan dia, walaupun tak boleh makan nasi, hanya meratah lauk, tapi dengan adanya ESP dia kenyang, dapat pastikan bayi yang dikandung pun sihat, sedikit sebanyak membantu pertahanan badan dia. Selepas tu, dia diuji pula dengan demam denggi. Ya Allah, banyaknya dugaan ibu ini. Dia tetap kuat dan wana kerap bertanya khabarnya, tanya tentang pemakanan, kandungan macam mana. Alhamdulillah dia kebah seminggu selepas tu.
Sekarang, masih lagi ada alahan katanya tapi tak seteruk di awal kehamilan dulu. Walaupun begitu, rutin dan kerja dilakukan seperti biasa. Tabah dan kuatnya ibu ini. Moga akak Zaimah kuat dan sihat, baby sihat, dipermudahkan segala-galanya. Amin. In shaa Allah.
wana juga nak bawakan testimoni ibu yang mengalami alahan yang rasa bertenaga dengan izin Allah bila consume ESP ni.
Anda mengalami situasi yang sama?? Jangan takut untuk bertanya wana ID918791. Boleh hubungi wana sms/whatsapp 01116866987 atau boleh email tulipcomey@gmail.com.
Saya sedia membantu anda
Wednesday, September 10, 2014
Keputihan Semasa Mengandung
Biasa kita dengar keputihan ni berlaku dekat time kita nak period, ada sikit keluarnya cecair, lendir bewarna putih tapi tak berbau yang kemudiannya akan hilang bila dah period. Ni biasanya berlaku dikalangan wanita tapi harus diteliti tentang warna keputihan tersebut, adakah keputihan yang biasa atau berbau dan berwarna hijau??? erkk.. itu yang harus kita teliti. Jadi topik wana hari ni berkisar tentang Keputihan Semasa Mengandung.
Normal bagi wanita sedar akan keputihan ni masa nak period tapi bila part keputihan semasa mengandung ni ada yang jadi kurang jelas. Jom kita kupas sama-sama. Wana ada baca beberapa blog kesihatan, jurnal, forum kesihatan tentang ni dan terdapat pelbagai pendapat tentangnya. Yelah, setiap individu berbeza kan. Ada yang keluar cecair/lendir putih, ada juga yang warna macam eggmask serta ada yang creamy.
Macam mana terjadinya keputihan semasa hamil??
Bila menyentuh tentang kehamilan ni, kita kena faham hakikat bahawa tubuh sedang mengalami perubahan berbanding keadaan normal. Perlu diingat juga bahagia hormon kita turut mengalami perubahan. Lebihan lelehan lendir ini biasanya berikutan tindakan hormon kehamilan itu sendiri.
Normal ke keputihan semasa hamil??
'Leukorrhea' adalah lelehan keputihan yang nipis, dan kurang berbau yang keluar dari kemaluan. Satu gejala yang normal dan tidak perlu anda risau.
Macam mana pula dengan keputihan yang Tak Normal??
Keputihan yang anda dapati bewarna hijau atau kekuningan, bau yang kuat, gatal dan kemerahan. Gejala seperti ni menunjukkan bahawa anda sedang mengalami jangkitan. Dengan bahasa mudahnya kita kenali sebagai jangkitan Yis, biasanya disebabkan oleh candidiasis atau boleh juga disebabkan oleh STD (Sexual transmitted disease) atau STI (sexual transmitted infection) biasanya ketika bersama pasangan.
Apa yang perlu anda buat??
- Semasa Mengandung JANGAN
- menggunakan tampon ( ini akan memperkenalkan atau menggalakkan bakteria baru ke vagina)
- basuh vagina menggunakan sabun even feminine wash pun tak digalakkan (akan mengganggu ph asal vagina serta menggalakkan jangkitan)
- jangan jadi pakar sendiri dengan cara menganggapnya sebagai jangkitan faraj dan merawatnya sendiri. Terus berjumpa Doktor anda.
- Semasa Mengandung HARUS
- gunakan pantyliners yang membawa keselesaan kepada anda
- pastikan kemaluan anda sentiasa kering dan bersih
- maklumkan doktor anda tentang sebarang perubahan yang anda rasakan
Salam sayang
mama wana
ID918791
01116866987 / 0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com
Tuesday, September 9, 2014
Kisah kehamilan Wana Dan Shaklee
Alhamdulillah hari masuk minggu ke 7 usia kehamilan wana :) alhamdulillah untuk segala rezeki dari Allah. Jadi malam ni satu entri yang santai dari wana tentang kisah kehamilan wana dan Shaklee.
Alhamdulillah diberi peluang lagi sekali untuk merasai nikmat mengandung. Kali ni agak berbeza rasanya berbanding dengan masa mengandungkan Maisarah dulu. Kalau Maisarah dulu, alhamdulillah wana tiada sebarang alahan mahupun rasa loya. Tapi kali ni wana kerap rasa mual dan loya, kulit kering dan menggelupas, jerawat pun gemar mengintai dari tirai muka..huhuhu..rasa malas yang amat untuk mencuci muka. Cuci muka kat sini cuci dengan facial foam tu ye.
Itu kelainan yang ketara wana rasa yang membezakan masa mengandungkan Maisarah dan second baby ni. Tapi kalau bercakap soal TENAGA, memang EXTRA tenaga. Alhamdulillah. Cergas, memasak, buat kerja rutin, memanjat dengan sopan. Memang Super Power betul tenaganya.
Biasa kita dengar orang yang mual, rasa nak loya ni asyik berbaring kan?? ni wana jadi lebih aktif, jangan diikutkan sangat rasa loya tu. agak2 rasa loya dan mual, kemam chewable vita c plus yang Maisarah punye...hehehhe..kalau dulu mama kurang suka rasanya sebab masam sangat tapi maisarah relax je consume ni. Tapi sekarang rasa masam masam manis yang best. Mungkin sebab lidah wana kelat dicampur dengan rasa mual tu.
Lagi teman tenaga wana, B complex dan Vitalea (multivitamin), ha..yang ni memang wajib wana consume. Time pregnant kan Maisarah dulu, time check up yang pertama aje cantik hb wana, yang lain terus low..huhu..tapi kali ni, in shaa Allah wana xperlu risau lagi dengan izin Allah, vitalea ni membantu ramai ibu2 yang mengalami masalah hb low ni dah bacaannya maintain cantik.
Ada sekali dua terlupa nak consume B comp dan vitalea lepas breakfast, wana consume lepas dinner, dinner wana around 7 pm. Dekat nak tidur tu pulak, wana consume ostematrix. Wana perlu pastikan bekalan calsium dan segala zat mencukupi bagi menampung keperluan diri wana dan bayi dalam kandungan.
Setiap ibu mahukan yang terbaik. Tapi macam mana kita pilih yang terbaik itu menjadi sebahagian daripada kita? Kalau masa pregnant kan Maisarah, wana belum berkenalan dengan Shaklee tapi buat anakanda kedua kami ni, sepenuhnya wana consume Shaklee. Alhamdulillah Shaklee TERBAIK buat kami sekeluarga.
Shaklee, TERBAIK buat seisi keluarga
Mama Wana
ID918791
01116866987 / 0199904429 (sms/whatsapp)
tulipcomey@gmail.com
Thursday, August 28, 2014
10 Tips Bila Disahkan Hamil
Entri yang ringkas tentang 10 Tips Bila Disahkan Hamil
Bagi pasangan yang pertama kali nak menimang cahaya mata mesti sangat teruja. Buat pasangan yang kali kedua nak dapat bayi baru, pun macam tu. Dah berkira-kira nak restock apa yang patut. Boleh terus bentangkan bajet. heeee..yela, kita tak boleh 'over' shopping sangat. cukup dengan besederhana.
ok, Bila anda disahkan hamil, buat UPT kat rumah dan alhamdulillah kelihatan 2 lines. Jangan pulak mummy nya terlompat-lompat kegembiraan tau, perlu kawal emosi walaupun diri tu excited yang amat. Saat anda telah mengetahui tentang kehamilan itu,
- Bagi yang muslim, bersyukur. sujud syukur
- Pertingkatkan lagi amalan rohani
- Banyakkan berdoa untuk kesihatan dan keselamatan kandungan dan anda
- Start daripada menerima berita kehamilan tu, tiada lagi sandal yang bertumit tinggi atau tapak licin. Pakai yang comfort aje
- Baju atau seluar pakai yang bebas anda bergerak dan jangan la sendat
- Senaraikan jadual pemakanan yang sihat, praktikkan pemakanan sihat
- Minum air putih dengan mencukupi
- Walau sesibuk mana anda, pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi
- Ada juga yang dah siap-siap senaraikan supplement yang perlu diambil
- Ke klinik untuk buat buku.kad pink untuk sesi appointment dengan doktor
Salam sayang,
mama Wana
ID918791
0199904429 /01116866987 (sms/whatsapp)
Wednesday, August 6, 2014
Tanda-tanda Awal Kehamilan
kita buat regangan sikit pagi ni :) sebelum teruskan kepada entri kita iaitu Tanda-tanda Awal Kehamilan. Wana percaya para ibu lebih pakar tentang ni kerana setiap individu tandanya berbeza.
Wana mulakan dengan perkongsian Wana masa awal-awal kenalpasti tanda wana pregnant time pregnant kan Maisarah. Wana just ada 2 tanda yang jelas, iaitu period delay seminggu dari tarikh yang sepatutnya. Yang ni memang jelas sebab period dan cycle wana memang tepat pada masanya. Lepas tu yang keduanya, wana rasa mengah time naik tangga. Sebelum ni tak ada pulak rasa mengah-mengah ni dan aktif je.
Ha..tu antara tanda-tanda awal Wana sebelum wana buat test untuk sahkan Wana pregnant. Alhamdulillah wana tiada sebarang alahan, tak ada loya atau muntah-muntah. Sebaliknya lebih aktif dan cergas ada. :)
ok, jom kita tengok tanda-tanda lain yang biasanya ibu2 ada alami di awal kehamilan.
Tanda-tanda Awal Kehamilan
- Missed Period (ni biasanya tanda yang jelas bagi bakal-bakal ibu, tapi bagi yang cycle period dia tak teratur, kena tunggu tempoh atau tarikh yang biasanya anda period andai kata dah lepasi tarikh tu boleh lah anda nak cek sama ada anda hamil atau tidak.
- Rasa lapar yang berpanjangan. Terjadi juga pada orang yang tak hamil. Jadi ibu2 jangan terlalu bergantung kepada tanda ni sangat ye.
- Perubahan warna disekeliling payudara. Kulit disekitar payudara anda dikatakan agak kehitaman menandakan mungkin anda telah beberapa minggu hamil. Tapi tanda ni ada juga disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang tiada kaitan dengan kehamilan atau disebabkan oleh kehamilan yang terdahulu.
- Kerap buang air kecil. Biasanya tanda yang serupa kita alami dekat nak period. Perhatikan tempoh dan tarikhnya. Biasanya hal ni disebabkan oleh janin yang terbentuk ditambah lagi dengan rahim yang kian membesar menekan pundi kencing kita. Tu yang kerap buang air.
- Ada ibu-ibu yang juga rasa tak bermaya. Letih, mengantuk di awal kehamilan. Hal ini dipengaruhi oleh hormon kehamilan itu sendiri.
- Sakit dan tegang pada payudara. Ni wana tak sure macam mana. Ada yang cakap rasanya macam time nak datang bulan, kita rasa kurang selesa kat bahagian tu.
- Sedikit pendarahan dan senak pada ari-ari. Ni ada ibu2 yang mengalami nya, biasanya keluar beberapa tompokan darah. Ianya lebih kurang 8 hari selepas ovulasi. Atau anda juga akan mengalaminya pada hari yang sepatutnya anda period hari pertama.
- Rasa loya dan muntah. Tidak semua wanita yang akan mengalaminya. Tapi ada yang merasakan morning sickness ni walaupun selepas beberapa hari mengandung.
- Suhu badan tinggi dan berpanjangan. Bagi anda yang konsisten dengan merekodkan suhu badan, anda akan perasan yang suhu anda meningkatkan berbanding suhu yang mula2 anda rekodkan.
- Akhir sekali, bila Ujian air kencing menunjukkan anda positif hamil. Pada kit tu biasanya, kalau anda hamil akan kelihatan 2 jalur. Tahniah buat anda bakal-bakal ibu & ayah :)
mama Wana
ID918791
0199904429 / 01116866987 (sms/whatsapp)
Subscribe to:
Posts (Atom)






