Monday, December 9, 2013

anda/anak-anak/saudara OBESITI??


Berkenalan dulu kita dengan OBESITI ni ye..

OBESITI secara amnya merupakan keadaan di mana berlakunya pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang yang sedikit sebanyak akan menggangu metabolisma, tahap kesihatan jangka masa pendek atau panjang, juga psikologi individu yang obes.

Siapa yang tergolong atau lebih cenderung untuk bergelar obesiti ni? orang dewasa? remaja? kanak-kanak? wanita? Obesiti tidak mengira jantina, bangsa, umur dan pangkat :) 




Jisim lemak badan berkait rapat dengan ukuran ketebalan lipatan kulit, ukuran lilitan (lengan atau perut) atau ukuran teknikal. Secara tradisinya, kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak didefinisikan sebagai kelebihan berat badan relatif kepada ketinggian. 

'body mass index' (BMI: berat (kg)/tinggi(m)2 ) semakin diterima sebagai pengukur kelebihan berat badan dan obesiti. Ia mencerminkan jisim lemak badan dengan lebih tepat daripada ukuran berat. Agihan BMI di kalangan kanak-kanak dan remaja berbeza mengikut umur dan jantina. 

bagi ibu2 yang prihatin, bermula daripada kelahiran anak kita akan dibekalkan dengan buku/kad rekod perkembangan anak serta jadual imunisasi..di situ, tiap kali check up nurse/doktor yang bertugas akan merekod berat badan & tinggi anak dan seterusnya membuat graf berat badan. Dari situ nurse/Doktor akan membuat ulasan tentang tahap kesihatan anak.

ingat lagi maisarah time 2 tahun, berat badan dikategorikan sebagai obes..hehe..dia tinggi. agak la kerangka besar. sekarang, 3 tahun 2 bulan, 17kg..tinggi 100++ (tak ukur betul2 lagi).

Kenapa seseorang itu boleh mengalami OBESITI??
  • faktor persekitaran
  • faktor keturunan
  • diet atau pemakanan yang tidak seimbang
  • kurang mengeluarkan peluh atau menggunakan tenaga
  • budaya makan malam
  • pengaruhi emosi
  • tidak mengambil sarapan pagi atau jadual makan yang tidak teratur
Apa yang dihadapi oleh golongan OBESITI ni?
  • masalah psikologi 
  • penyakit (contohnya sakit jantung dan darah tinggi)
  • masalah sosial

Langkah mengatasi obesiti??
  • pemakanan yang seimbang & teratur
  • bersenam
  • mengubah tabiat
  • mengambil ubat2an, supplement yang sesuai yang selamat & mendapat kelulusan KKM

TIPS untuk mengelakkan OBESITI dikalangan anak-anak

  • Jangan menyuap anak secara paksa. 
  • Elakkan makanan berproses (sosej, nugget, pizza, kentang goreng, mee segera) dan makanan bergula 
  • Jangan beri makanan untuk pujuk anak anda atau sebagai sebagai ganjaran
  • Hadkan anak anda menonton televisyen dan mainan berkomputer atau latest gajet.
  • Galakkannya dalam aktiviti yang aktif, beli permainan yang boleh melibatkan family.
  • Lakukan aktiviti sekeluarga seperti jalan-jalan, main bola dan aktiviti luar yang lain
  • Sertakan banyak makanan berserat dalam pemakanan anak anda
  • Sediakan makanan seimbang yang berkhasiat
  • Berikan Supplemen atau makanan tambahan yang sesuai untuk anak anda.. Antaranya termasuk lah (klik link untuk ketahui khasiatnya) MEAL SHAKES & OMEGA GUARD







No comments:

Post a Comment