Monday, December 30, 2013

CABARAN DAY 11 (entri 2) darah tinggi & mitos

Pada entri yang lepas, wana ada bercerita tentang DARAH TINGGI, MEKANISMA,PENYEBAB,KOMPLIKASI dan CARA MENGATASI (boleh klik tajuk ni untuk terus ke post sebelumnya ya). Satu kupasan dan topik yang berat.



Entri kali ni lebih kepada Mitos tentang darah tinggi. Ianya mengenai persepsi sesetengah masyarakat tentang silent killer ini.
  • MITOS 1. Tekanan darah tinggi diwarisi dalam keluarga saya. Tidak ada apa yang boleh saya lakukan untuk mengelak daripada terkena darah tinggi dan pasti saya akan dapat juga penyakit ni..ini SALAH. Betul, darah tinggi ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh faktor genetik dan kemungkinan untuk anda mendapatnya ada. Tetapi hakikatnya, anda dapat terhindar daripada penyakit ini, jika anda mengamalkan perubahan dari segi gaya hidup, antaranya:
      •  pemakanan yang sihat, mengurangkan penggunaan garam dalam makanan
      • bersenam atau melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh
      • menjaga berat badan yang sihat
      • atasi stress
      • elakkan daripada merokok
      • elakkan minum alkohol
      • ikut nasihat dan panduan doktor anda
  • MITOS 2. Saya telah mengawal penggunaan garam, dah tak ambil garam dalam penyediaan makan, maka saya takkan terkena darah tinggi. Bagus jika anda mengurangkan penggunaannya, tapi sedarkah anda, kandungan garam juga terdapat dalam perencah, kicap, sos yang anda gunakan?? Contoh kalau makan di kedai2 makan, kita tak tahu berapa jumlah sudu garam yang diletak dan itu belum termasuk perisa tambahan.
  • MITOS 3. Saya menggunakan garam laut untuk memasak, bukan garam yang biasa.Garam laut adalah pengganti garam rendah sodium. Secara kimia, garam laut sama sahaja garam meja.
  • MITOS 4. Saya berasa sihat dan tak perlu risau tentang tekanan darah tinggi ni. Hakikatnya darah tinggi ni merupakan silent killer, ada yang tidak tahu atau tidak mengalami simptom2nya akan tetiba berakhir dengan masalah kesihatan yang serius. Ketahui lah, tekanan darah tinggi juga merupakan penyebab stroke no 1.
  • MITOS 5. Orang-orang dengan tekanan darah tinggi gelisah, mudah berpeluh, sukar untuk tidur, wajah tampak merah. Saya tidak memiliki ciri-ciri tu, pasti saya tiada tekanan darah tinggi. Sesuai dengan namanya Silent killer, ramai yang tidak memperlihatkan gejala dan tanda2 nya hingga la pemeriksaan rapi dilakukan.Dalam diam darah tinggi ni juga akan menggangu dan merosakkan aliran dan salur darah, jantung dan organ2. Jadi, buat lah pemeriksaan yang rapi untuk mengukur tahap kesihatan anda.
  • MITOS 6. Saya ada darah tinggi dan doktor telah melakukan pemeriksaan kepada saya, jadi saya tak perlu memeriksanya di rumah. Perlu kita memantau aras tekanan darah kita, jadi dengan cara itu kita akan alert dan berjaga2 tentang pemakanan dan gaya hidup. Ada yang berpantang makan.
  • MITOS 7. Saya telah disahkan oleh doktor dengan darah tinggi dan sudah berpantang makan untuk memastikan tekanan darah saya ok, jadi saya berhenti makan ubat-ubatan saya. Tekanan darah tinggi ini dapat menjadi penyakit seumur hidup, Dapatkan khidmat nasihat dan rujuk doktor anda. Jangan pula jadi doktor sendiri ye.

SAYANGI DIRI ANDA
HIDUP SIHAT TANPA DARAH TINGGI





No comments:

Post a Comment