Monday, December 23, 2013

ha..biar betul???

Dulu2, wana pernah ternampak kat newsfeed tentang ni..pernah tak anda nampak or baca??


Semalam, wana scroll kat FB nampak lagi ada yang SHARE perkara ni..Bab jangan minum air sejuk tu, ye yang tu wana dapat terima sebab time Bendera Jepun memang minum air suam ataupun air masak biasa. Dengan minum air suam dapat melancarkan flow period kita.

Bab yang wana KURANG atau TAK BOLEH terima tentang statement jangan dicuci/dibasahkan rambut semasa haid. Tak boleh la wana kalau mandi tak basuh kepala, tak lengkap & tak fresh rasanya.Logiknya, anda boleh memilih sama ada nak mandi air suam yang bagus untuk pelancaran darah dan bagus untuk kelancaran haid, juga dapat mengelakkan daripada selsema ataupun boleh mandi dengan air biasa. Wana kalau bab mandi suka dengan air biasa..rasa cuci mandi nya, fresh.

JOM berbalik kita kepada zaman atuk nenek moyang kita yang menggunakan air telaga untuk melakukan aktiviti mandi, membasuh...Pada yang pernah merasa mandi air telaga/perigi..wahhh..sangat la best..air sejuk & segar. Ada yang mengatakan mandi dengan air sejuk dapat menguruskan badan. Alhamdulillah orang2 dahulu kuat2 belaka.

Satu lagi point dia tentang SAKIT KEPALA bila mandi dengan air sejuk?? uishh, wana rasa lagi fresh & ilham masuk mencurah2 ada la..heee.. tak timbul soal pening kepala. Sebab tu sebelum mandi kita digalakkan untuk mulakan air dari bawah..basahkan tapak kaki, kaki, badan...last sekali baru kepala..biar badan kita adapt dengan keadaan air tersebut. 

dulu2 kita pernah belajar tentang mekanisma nya kan?? bila sejuk, once terima ransangan, maklumat akan dihantar ke otak, ditafsir then bahagian2 yang berkaitan akan bertindak balas..contoh cam menggigil untuk kembalikan haba.. (Homeostasis)

mekanisma suap balik negatif



Selagi kita mengamalkan PEMAKANAN yang SIHAT, KEBERSIHAN diri dan tempat sekeliling kita BERSIH, BERDOA & melakukan AMALAN2 ROHANI, BERSENAM..in shaa Allah, kita akan diberi kesihatan & kebahagiaan.

Jadi nasihat wana, sebelum follow atau percaya, better cari lebih info atau kajian secara saintifik tentang sesuatu perkara. Bagi yang sejuk nak mandi ketika lampu merah, boleh la mandi dengan air suam. Minum air suam, selain untuk kelancaran darah, ia juga bagus untuk kesihatan jantung dan organ dalaman kita. Jadi tepuk dada, tanya diri serta cari lebih banyak info yang berkaitan :)


No comments:

Post a Comment