Sunday, December 29, 2013

CABARAN DAY 10 (entri 2) KEPUTIHAN???eeee..eerkkk

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah kita teruskan post kita hari ni dengan topik KEPUTIHAN. Wana sedia maklum, mesti ramai yang tahu tentang keputihan ni.. ada yang menyedari mengambil alternatif merawat dan ada yang buat tak tahu aje.huhu...Hakikatnya, masalah keputihan ni perlu diatasi segera kerana ia akan menggangu kualiti hidup anda.



Masalah keputihan ni boleh kita katakan sebagai pengeluaran cairan daripada vagina. Cabaran tersebut biasanya keluar dalam keadaan pekat, cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau, berbau atau tak berbau. Masalah yang perlu dipandang serius di sini adalah, adakah keputihan yang anda alami alah keputihan normal atau berpenyakit??

Pengeluaran cairan adalah normal jika keadaan cairan sedikit, jernih, tidak berbau dan tidak gatal. Sifat serta banyaknya keputihan wanita menunjukkan sebab mengapa ia berlaku. Selain itu, perlu diperhatikan, sama ada dia terus berlaku secara terus menerus atau seketika sahaja, warna, bau, rasa gatal ataupun tidak.




Contoh-contoh keputihan yang abnormal:
  1. jangkitan KULAT, keputihan yang berwarna putih atau kuning, berlaku secara berterusan disertai gatal, kebiasaannya disebabkan oleh Candida albicans (teringat time buat final year project time degree dulu2..wana buat pasal kulat2 ni).
  2. jangkitan trichomonas, biasanya akan keluar cairan hijau dan gatal.
  3. jangkitan bakteria, Vaginosis..keluarnya cairan kelabu dan berbau.
  4. daripada perhubungan seks, biasa mengeluarkan cairan bersifat cheesy, berbau dan mungkin bercampur darah.
  5. kanser pangkal rahim, keluar cairan tetapi tak gatal tapi berbau busuk. 
Antara PENYEBAB Keputihan:
  • Sering menggunakan tisu saat membasuh bahagian miss V, sehabis buang air kecil mahupun buang air besar 
  • Memakai pakaian dalam yang ketat
  • Sering menggunakan WC Umum (flush toilet) yg kotor 
  • Tidak mengganti panty liner 
  • Membilas vagina dari arah yang salah. Iaitu dari ke arah anus ke arah depan vagina 
  • Sering bertukar celana dalam dgn orang lain 
  • Kurang menjaga kebersihan vagina 
  • Kepenatan yang amat sangat 
  • Stress 
  • Tidak segera mengganti pad saat menstruasi 
  • Memakai sebarang sabun untuk membasuh vagina 
  • Tidak menjalani pola hidup sehat (makan tidak teratur, tidak pernah olah raga, tidur kurang) 
  • Tinggal di kawasan atau tempat yang lembap 
  • Lingkungan sanitasi yang kotor. 
  • Sering mandi berendam dengan air hangat dan panas. 
  • Sering berganti pasangan dalam berhubungan sex 
  • Kadar gula darah tinggi 
  • Hormon yang tidak seimbang 
  • Sering menggaru vagina
  • Ubat seperti antibiotik , ubat yang mengandungi estrogen
Cara mengatasinya:
  • Menjaga kebersihan di daerah vagina dan sekitarnya.
  • Sebaiknya tidak menggunakan pembilasan vagina secara kerap.
  • Pasangan seksual juga harus menjaga kebersihan kelamin. Jangan menularkan penyakit ke pasangannya. 
  • Biasakan membasuh vagina dengan cara yang betul, iaitu dengan gerakan dari depan ke belakang. Cuci dengan air bersih setiap buang air dan mandi. Membasuh vagina lebih sering dalam satu hari sangat membantu mengurangi kelembapan kerana akan menghilangkan sisa cairan, kotoran, dan keringat. Lebih di anjurkan tidak menggunakan cairan pembersih, cukup dengan sabun biasa seperti digunakan untuk mandi.(jangan pula basuh kat situ) Sebab beberapa pembilas vagina yang akan membawa pergi bakteria baik yang ditugaskan untuk menjaga pertahanan pada vagina. Biasakan mencuci tangan sebersih-bersihnya sebelum digunakan untuk membasuh. 
  • Menggunakan pantyliner harus diganti 3 – 4 jam. Prinsipnya, sering-seringlah mengganti pantyliner. 
  • Saat menstruasi, pad juga harus diganti sekerap mungkin. Darah merupakan media yang baik untuk pertumbuhan kuman. 
  • Hindari terlalu sering menggunakan bedak di sekitar vagina, tisu harum atau tisu toilet, hal itu akan membuat vagina lebih terdedah kepada jangkitan. 
  • Hindari suasana vagina lembap berpanjangan kerana pemakaian pakaian dalaman/underwear yang basah, jarang di ganti, tidak menyerap keringat, atau memakai jeans yang terlalu ketat. 
  • Perhatikan kebersihan penggunaan air atau tadahan air. Keputihan biasa terjadi jika air yang digunakan tidak bersih, jadi bersihkan tab mandi, baldi tadahan air, cebuk mandi agar dapat menghalang kekotoran dan pembiakan bakteria.
SHAKLEE & atasi keputihan (boleh klik link ni ye )

Jalani hidup yang sihat & bahagia
ATASI KEPUTIHAN

No comments:

Post a Comment