Sunday, December 15, 2013

bau badan...busuknya..


entri kali ni mengingatkan wana pada pengalaman yang lepas, time collect sample kat H***. Tempat ber 'aircond' jadi segala bau akan cepat kita bau, bau stokin..huhu..yang dahsyat sikit bau orang yang makan petai..tau tahu la berapa papan dia makan, bau badan macam bau petai. Dalam kepala Wana berfikir, maybe banyak toksin yang terpendam dalam badan dia dan satu lagi faktor perpeluhan yang seterusnya di pekatkan lagi bau nya oleh bakteria. ha..semuanya berkait. 

Tu baru tempat yang ber aircond, macam mana pula bagi yang biasa menggunakan pengangkutan awam?? mesti lagi mencabar bau nya kan. nak2 dengan kebanjiran PATI (paham2 sendiri la ye warga mana), kuat la hai bau badan nya. 


nak kongsi juga kat sini, story ni daripada makcik en suami. Oleh kerana pakcik bekerja, so makcik sorang2 naik bas balik kampung, time tu aki kurang sihat. Dipendekkan cerita, makcik duduk single seat dalam bas, 'jiran' tu duk seat double kat sebelah. Bisingnya diaorang bercerita, dengan bau2 badan nya, lepas tu sampai part macam diaorang nak tidur dh kot, diorang keluarkan selimut, then kebas..Masha Allah bau, kepam & segala bau ada. Nasib la makcik bukan jenis yang cepat muntah.

Ada yang menyedari yang dirinya mempunyai masalah badan berbau ni, ada yang ambil kisah dan mencari penyelesaiannya..ada yang buat tak kisah. Pening la hai orang2 di sekeliling dia.

So, apa PETUA yang kita nak kongsi hari ni?? banyak juga ya petua orang2 tua kita.

  • HAMPAS KELAPA. Gosok hampas kelapa yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 45 minit dan kemudian bilas. Amalkan 3 kali seminggu.
  • BIJI BUNGA DELIMAAmbil biji bunga delima segenggam. Buang kulitnya yang keras. Kemudiaannya dijemur hingga kering. Setelah kering tumbuk sehingga lumat dan halus. Selepas itu pakai seperti kita memakai bedak di tempat yang berbau.
  • HAMPAS TEH (YANG NI PERNAH DENGAR)...Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya dua kali seminggu.
  • TIMUN MUDA. Kupas kulit sebiji timun muda dan basuh bersih. Gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.

Petua Mengharum tubuh badan
  • Ambil 20-30 helai daun sirih, bersihkan dan rebus dengan beberapa gelas air hingga mendidih.Minumlah setiap pagi beberapa teguk.
  • Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. (teringat wana kepada arwah atuk sebelah Abah, arwah setiap kali mandi akan mandi dengan limau kasturi, sangat wangi, arwah bekas imam, guru mengaji, sangat baik, bila arwah bercakap kita akan ternanti2 percakapannya lagi..sebab setiap kata2 dia bermakna. Alfatihah buat atuk)

APA PULA CADANGAN SHAKLEE UNTUK MASALAH INI??

KOMBINASI ALFALFA COMPLEX + GARLIC + HERB LAX 
in shaa Allah dapat membantu

Alfalfa complex dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan selain itu banyak lagi khasiat2 nya.


Garlic Shaklee – Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan keadaannya. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.

Herba-Lax Shaklee - Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.

TERUS HUBUNGI SAYA
NURAZWANA ZAKARIA
ID SHAKLEE 918791
0199904429 sms/whatsapp/Line




No comments:

Post a Comment