Wednesday, December 25, 2013

CABARAN DAY 6 (entri 1) Rumah Impian

ok, entri kali ni tentang rumah impian wana, sekarang wana duduk kat rumah flat. Sebelum berpindah ke Kuala Terengganu, kami tinggal di Batu 11, Taman Seri Mahkota Aman, Kuantan..rumah fasa baru kat atas bukit..Semi D..suka wana pada rumah tu...luas dan selesa 4 bilik & 2 bilik air (satu kat master bedroom) & satu kat luar. Oleh kerana panggilan tugas di Terengganu, jadi kami berpindah ke Kuala Terengganu ni..Lepas ni tak tau destinasi ke mana lagi, harapan wana..kalau berpindah kali ni yang terakhir kita menetap terus dah.

Bercerita tentang rumah impian, En Suami pun tau pasal rumah impian wana. Pattern yang pelik & unik serta ada balkoni..tu ciri2 nya..hehehe..pattern ni wana pernah nampak area Kampung kempadang, Jalan Sungai Soi, Kuantan. 
 .
Ni gambar yang kira hampir dengan design perumahan tu. Wana kurang suka rumah sebuah2, wana lebih suka tinggal dalam taman perumahan, sebab ramai orang dan kehidupan lebih berkomuniti serta lebih selamat. Rumah pun tak terlalu besar dan tak terlalu kecil..cukup untuk wana satu family dan tetamu yang nak datang. In shaa Allah, tahun 2014 tahun untuk mencapai impian :)



No comments:

Post a Comment