Sunday, December 29, 2013

Pedihnya..ulser mulut

Ulcer mulut, wana percaya semua orang pernah mengalaminya. Dulu2 wana pernah mengalaminya tapi sejak consume Shaklee ni wana perasan yang wana tak pernah dah kena ulser mulut ni..Alhamdulillah. Hari ni kita nak bercerita sedikit sebanyak tentang Ulcer mulut, mengenal faktor penyebab, tanda-tanda serta cara nak atasinya.

Ulser mulut ni merujuk kepada lepuhan yang memedihkan dalam mulut (macam dalam gambar ni), berwarna putih/kuning dan dikelilingi oleh bulatan merah.Kita akan merasa pedih dan sakit bila bahagian ni terkena makanan ataupun minuman. Biasanya berlaku di dinding mulut, gusi, lelangit dan kadangkala melibatkan anak tekak. Boleh berulang tapi tidak berjangkit. Biasa mengambil masa dalam 2 ke 3 minggu untuk sembuh dengan sendiri.

Punca-puncanya masih belum diketahui secara jelas, tapi terdapat beberapa faktor yang boleh dikaitkan dengan ulser ni:
  • kecederaan pada lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makan tajam, menggosok gigi dengan kuat (boleh luka gusi)
  • pertahanan badan yang lemah
  • kekurangan zat dalam hidangan makanan
  • stress
  • pengambilan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan dihidrasi (kekeringan)
  • kurang minum air masak
  • kitaran haid (hormon)
  • kekurangan vitamin C dan B12
  • alahan terhadap makanan (contohnya nenas)
  • penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman

Bagaimana boleh berlaku?

  • kecederaan fizikal pada mulut
  • tindak balas pertahanan badan kepada bahan kimia/biologi (contohnya :jangkitan)

Langkah-langkah yang boleh dilakukan?

  • jauhi makanan yang terlalu banyak rempah
  • banyakkan minum air masak
  • kurangkan minuman berasid
  • gunakan antiseptik untuk berkumur
  • elakkan memberus gigi terlalu kuat
  • letak sedikit ais di kawasan ulcer untuk melegakan sakit
  • elakkan stress/tekanan perasaan dengan mengambil B complex
  • ambil makanan yang kaya zat besi atau supplemen yang kaya zat besi
  • vitamin A dan D untuk kesihatan lapisan mulut
  • untuk meningkatkan pertahanan badan (imuniti) boleh juga ambil Vitamin C, sayur-sayur & buah-buahan
  • makanan seperti yogurt dan probiotic dapat seimbangkan bakteria baik dalam tubuh dan mungkin dapat membantu
  • Bonjela untuk mengurangkan kesakitan (dapatkan daripada farmasi)
Pemeriksaan lanjut perlu anda lakukan sekiranya:
  • saiz ulser yang besar (melibihi 2/3 mm)
  • ulser berdarah
  • tidak sembuh dalam masa 3 minggu




No comments:

Post a Comment