Wednesday, December 25, 2013

CABARAN DAY 6 (entri 2) Kenali Pembunuh tersembunyi


Jantung merupakan organ yang penting yang berfungsi sejak kita dalam kandungan ibu lagi sehingga individu itu meninggal dunia. Tugasnya mengepam darah untuk membekalkan nutrien dan oksigen. Alhamdulillah setiap hari kita merasakan degupannya.

Sakit jantung atau penyakit kardiovaskular merupakan gangguan atau keadaan yang mempengaruhi jantung dan salur darah. Terdapat pelbagai jenis atau cara serangan penyakit jantung ni..istilah penyakit jantung tu terlalu luas skopnya..jom kita tengok antara jenis-jenis sakit jantung:

  • Atherosclerosis : terbina oleh kolestrol, kalsium dan bahan pembekuan darah di dinding arteri. Bahan yang terbina dipanggil plug (lemak).
  • Cardiac arrhythmia: ritma jantung yang tidak normal
  • Cardiomyopathy : otot jantung yang lemah dan segala yang bersangkutan dengan otot jantung
  • Congenital heart defect : masalah dengan struktur jantung.
  • Coronary artery disease : pembatasan arteri koronari untuk membekalkan darah an oksigen ke jantung.
  • Heart attack (myocardial infarction) : kekurangan darah beroksigen ke otot jantung.
  • Heart failure : Keadaan bila jantung yang rosak akibat serangan jantung atau daripada serangan jenis sakit jantung yang lain.
  • Heart valve disorder : kegagalan injap jantung yang menyebabkan tekanan yang abnormal pada jantung.
  • Myocarditis : Jangkitan pada lapisan tengah dinding jantung
  • Pericarditis : Jangkitan pada lapisan yang mengelilingi jantung. 

Ada yang memanggil sakit jantung ni sebagai sakit orang-orang kaya..hehe..sebarang penyakit yang nak menyerang tak kira orang tu kaya, berpangkat, ataupun miskin..semuanya melihat kepada bagaimana kita menguruskan kehidupan kita seharian.
Punca-punca yang boleh meningkatkan risiko serangan sakit jantung adalah seperti berikut:
  • kurang bersenam
  • pemakanan yang tak sihat
  • tabiat merokok
  • obesiti/gemuk
  • kencing manis/diabetes
  • tekanan darah tinggi
  • tekanan jiwa/emosi (stress)
Simptom-simptom sakit jantung
  • lesu& letih
  • susah atau sesak nafas
  • kesukaran melakukan aktiviti fizikal (terhad)
  • buku lali bengkak atau edema
  • saiz betis atau kaki yang besar (water retention)
Tanda-tanda awal sakit jantung
  • tekanan darah tinggi 
  • kecacatan pada injap jantung
  • masalah kapilari darah koronari
  • kadar denyutan jantung yang tak stabil
  • kencing manis
  • jangkitan otot jantung
  • masalah kesihatan yang lain 
Aliran proses serangan sakit jantung

Serangan sakit jantung berlaku apabila terdapat satu gumpalan darah terbentuk dan berkembang di salah satu saluran darah (arteri koroneri) yang membawa darah ke otot jantung. Jika pembekuan darah itu cukup besar, ia boleh menghentikan bekalan darah ke jantung dengan serta merta.

Tanda2 serangan sakit jantung??
  • batuk
  • tak selesa di bahagian dada
  • susah bernafas
  • pening atau sakit kepala
  • wajah pucat
  • rasa seakan nyawa akan berakhir
  • rasa nak muntah
  • gelisah dan berpeluh sejuk
  • emosi tak stabil
sekiranya anda rasa macam ni atau ternampak ade individu yang sedang diserang jantung, cepat2 call ambulans kerana serangan jantung boleh membawa maut serta merta yang tidak dijangka.


Cara mencegah serangan sakit jantung:
  • kekalkan berat badan yang sihat/berat badan unggul
  • bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
  • mengamalkan cara pemakanan yang sihat
  • elakkan merokok
  • cuba tenangkan fikiran dan elakkan stress yang berpanjangan (bagi muslim, banyakkan amalan rohani dan mendekatkan diri kepada Allah)
  • kerap melakukan pemeriksaan tekanan darah
  • awasi paras kolestrol dalam darah
"Mencegah itu, lebih baik daripada mengubati "


JOM HIDUP SIHAT DENGAN MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT

SAYANGI JANTUNG ANDA

No comments:

Post a Comment