Sunday, December 1, 2013

bayi muntah selepas menyusu..adakah normal??


Anak adalah satu anugerah yang amat berharga. Ada segelintir daripada kita yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat. Dan ada yang segelintir yang sanggup membuang anak. Sedih hati ni mengenangkan bayi yang tidak bersalah dibuang merata-rata dan ada yang dibunuh. 

Setiap bayi, perlukan penjagaan, tumpuan, perhatian yang lebih terutama oleh ibu nya atau penjaga nya..baik dari segi kesihatan dan kebersihan. Adalah penting bagi kita menjaga kebersihan diri dan persekitaran kita bagi memastikan bayi kita sihat dan dapat menjalani perkembangan seperti kanak-kanak yang lain.

Jika dilihat kepada entri hari ni, kita akan berdiskusi berkenaan gejala bayi muntah, adakah ini normal?? Teringat wana time wana membantu student Phd yang buat survey tentang pregnancy mummy. Wana bertugas buat soal selidik di H*** time tu sebab wana duk Kuantan, jadi wana cover untuk Kuantan. Ada satu hari, wana tengah on survey, interview pregnancy mummy di O&G..tetiba datang 1 family, baby didukung oleh nenek dia sementara ibu& bapa baby tu ade appoinment gaya nya dengan Doc.

Jadi duduk la nenek nya dalam bilik penyusuan yang disediakan sambil berjalan2 mendukung baby. Kejap keluar, kejap masuk balik..agaknya baby dah mencari ibu nya. (deria bau baby kan kuat). Mula start merengek, nenek dia pujuk2, dukung2, tepuk..menangis then brupppp....baby tu muntah dengan banyaknya. (tak pernah wana tengok baby muntah sebanyak tu..huhu)




Jadi apa yang mungkin mempengaruhi muntah di kalangan bayi ni??

Terdapat pelbagai sebab yang menyumbang kepada gejala bayi muntah ni. Ia bukan suatu yang perlu diambil ringan ye para ibu hingga kita dapat sahkan daripada doktor pakar.

Antara sebab2 biasa bayi muntah selepas menyusu antaranya menjeluak (regurgitationapabila susu ibu memancut dengan laju semasa refleks melepas, susu mengalir terlalu banyak, bayi minum terlalu kenyang atau otot injap bawah saluran makanan esofagus (lower esophageal sphincter) belum matang & kuat.

Antara sebab yang mengundang kepada bahaya akibat daripada bayi yang kerap muntah selepas menyusu termasuk lah penyakit berkaitan usus. Kita semua sedia maklum yang bayi bawah 6 bulan, usus nya masih muda dan kurang matang. Kekerapan bayi muntah itu akan merisaukan para ibu.

Contohnya penyebab yang mungkin bersangkutan dengan gejala ini, injap atas perut yang sempit(pyloric stenosis), saluran usus masuk ke dalam usus (intussussception) dan usus terpusing(malrotation). Jika mengalami masalah usus seperti yang dinyatakan, bayi akan menunjukkan tanda perut lebih buncit daripada biasa, muntah dengan halaju yang tinggi, meragam disebabkan oleh kesakitan, membuang najis besar berdarah dan tidak membuang najis besar dalam tempoh  yang lebih lama dari kebiasaannya (sembelit).

Terdapat juga punca lain yang tidak berkait dengan masalah usus, antaranya:
  • kencing kotor
  • jangkitan pada tekak/tonsil
  • jangkitan pada telinga
  • demam
  • alahan protein susu lembu yang hadir dalam susu ibu (in case kalau ibu yang minum)
Kesan daripada gejala muntah ini pada bayi anda:
  • berat badan tidak meningkat dengan baik
  • gangguan pernafasan
  • menolak untuk disusukan
  • meragam kerana ulu hati
Tips untuk mengurangkan risiko muntah pada bayi:
  • meninggikan kepala bayi di atas paras perut selepas menyusu mungkin dapat membantu sesetengah bayi. mengiringkan atau meniarapkan bayi semasa terjaga. **posisi meniarap TIDAK digalakkan jika bayi tertidur kerana boleh meningkatkan risiko kematian bayi secara mengejut.
  • cuba susu kan baby dalam keadaan dia seperti berdiri/menegak (upright nursing position).Namun pastikan perut bayi bertemu perut kita. Ia dipercayai boleh membantu  mengurangkan risiko bayi tersedak.
  • jika flow susu ibu2 laju, kita boleh kawal dengan cara menekan breast cam pegang gunting semasa kita menyusukan baby. Jadi flow dia akan normal & elakkan baby tersedak.
  • elak daripada menekan perut baby. pakaikan baby baju yang longgar, kalau pakai barut tu longgarkan sikit atau tanggalkan.
  • elak tukar payudara ke sebelah lagi ketika bayi masih aktif menghisap.hal ni akan menyebabkan bayi termuntah.
  • perlekapan puting yang betul semasa menyusu
  • kalau bayi kembung, bantu bayi anda untuk sendawa untuk mengelakkan muntah. Cuba kenalpasti makanan yang anda makan sebelum menyusukan bayi anda seperti susu lembu dan cafein.
  • membuat perahan susu terlebih dahulu, jadi baby anda akan dapat susu yang akhir (lebih berlemak, nisbah laktosa kepada lemak adalah kecil) 
  • amalan urutan bayi dengan cara yang betul yang akan melegakan baby, menenangkan, lancarkan penghadaman serta menguatkan ototnya.

**terus berjumpa pakar sekiranya anak anda mengalami muntah yang kerap & berlarutan.


nurazwana zakaria
shaklee id 918791
0199904429
tulipcomey@gmail.com


No comments:

Post a Comment