Sunday, November 24, 2013

Kenali Penyakit tekanan darah rendah (hipotensi)



Peningnya..rasa dunia ikut sekali berputar??


 Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah daripada tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga kan setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang mencukupi dan seterusnya mengundang kepada gejala hipotensi. Tekanan darah bagi setiap individu adalah berbeza. Hal ini berikutan segala mekanisma yang berlaku dalam badan kita melibatkan kawalan otak, jantung, buah pinggang dan seterusnya rangsangan dalam salur darah.

Berikut dilampirkan secara jelas tentang tekanan darah normal dan seterusnya bacaan bagi Hipotensi.




Terdapat pelbagai punca Hipotensi ni. Hipotensi boleh dikaitkan dengan fenomena yang berikut;
  • Kehamilan
  • Kegagalan jantung
  • Penyakit hati
  • irama jantung yang tidak normal
  • terlebih dos daripada tekanan darah tinggi
  • masalah hormon seperti tiroid yang aktif (hypothyroidisme), tiroid yang terlalu aktif (hypertiroidisme), kencing manis, atau gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia)

Antara gejala/ simptom Hipotensi :
  • kerap pening
  • sering menguap
  • penglihatan samar-samar atau rasa keadaan sekeliling berpusing
  • berpeluh dingin
  • kurang bertenaga
  • kerap pengsan

Penyebab Tekanan Darah Rendah secara ringkasnya:
  • kurangnya pengepaman darah oleh jantung. (mungkin disebabkan oleh irama jantung yang abnormal, kelainan & kerosakan fungsi otot jantung) akan mengganggu kelancaran proses aliran darah ke seluruh tubuh.
  • jumlah darah berkurang. Hal ini disebabkan oleh pendarahan yang hebat (luka/haid berlebihan/abnormal), cirit birit yang teruk, perpeluhan yang berlebihan, pembuangan bahan kumuh yang berlebihan.
  • kapasiti pembuluh darah. 

Vitamin yang dicadangkan untuk penghidap penyakit tekanan darah rendah



PRODUK
CATATAN
Vitalea
Lengkap dengan vitamin & mineral
B complex
Anti stress, penghasilan tenaga
ESP
Meningkatkan tenaga
Meal shakes
Lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
Performance drink
Mengelakkan dari hidrasi
Ostematrix
Kalsium penting untuk mengawal tekanan darah


**Jika anda mengalami Hipotensi ni berikut beberapa tips yang mungkin dapat membantu:
  • bangun daripada tidur/duduk secara perlahan (jangan cam robot terus bangun laju2; orang2 tua pun ada pesan bab ni)
  • jangan berdiri terlalu lama
  • jangan berdiri bawah sinaran matahari terlalu lama
  • banyakkan minum air putih/air masak
  • Jika perlu tambah sedikit pengambilan garam
  • menjalani gaya hidup sihat; senaman, makan makanan yang seimbang & berkhasiat
  • hindarkan diri daripada mengambil alkohol
  • diet rendah karbohidrat



TERUS HUBUNGI SAYA, SID ANDA
WANA SHAKLEE ID 918791
0199904429 SMS/WHATSAPP/LINE
tulipcomey@gmail.com

No comments:

Post a Comment