Thursday, May 29, 2014

Strategi Perniagaan Gaya Abdul Rahman Bin Auf

Sabda Rasulullah SAW dalam hadith baginda

“Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki”. (Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Hari ni kita nak sentuh tentang strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf 

siapa Abdul Rahman bin Auf ?

Abdul Rahman bin Auf merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang hartawan namun tetap zuhud. Beliau telah banyak membelanjakan harta kekayaannya ke jalan agama

 Jika ada yang bertanya tentang rahsia perniagaannya, Abdul Rahman bin Auf menjawab;
“Aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yang sedikit kerana aku tahu Allah memberkati..”

 Kesimpulan yang dapat wana rumuskan tatkala membacanya adalah:

  1. Bersyukur dan jangan menolak rezeki walaupun keuntungannya hanyalah sedikit
  2. mempercepatkan segala urusan jual beli. Maknanya di sini, kita berusaha memenuhi atau mencari apa yang pelanggan cari atau kepantasan dalam menangani sebarang masalah.
  3. Urusniaga dijalankan secara tunai sahaja. 
                “Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran.”

Abdul Rahman bin Auf tidak mengamalkan cara tangguhan bayaran, semuanya dalam urusniaga tunai. Jadi peniaga dapat membuat pusingan modal dengan cepat dan mudah digunakan untuk menambah atau membeli barangan yang baru untuk dijual.

RAHSIA TERPENTING!!! 

Rahsia yang harus peniaga Islam ketahui ialah setiap malam yang sepi, para peniaga diketuai oleh Saidina Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. sendiri akan bermunajat kepada Allah dan Rasul.

Mereka semua melakukan solat hajat, berdoa, taubat, zikir wirid, membaca Al-Quran, selawat dan lain-lain ibadah sampingan demi mendapatkan Tuhan sebagai penolong dan pemimpin. Maka jatuhlah ke hati mereka mukjizat Rasulullah SAW mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Islam atau cara berniaga yang disuruh Allah SWT.

Mereka akhirnya dapat menawan hati penduduk kota Madinah. Para penduduk mula beralih daripada peniaga yahudi kepada peniaga pimpinan Abdul Rahman bin auf r.a. Beliau memupukkan rasa kasih sayang sesama peniaga dan para pelanggan.



Salam sayang
~mama wana~
0199904429
id 918791



Monday, May 19, 2014

Sedap Ke? Tak Sedap? Apa Nak Buat?

entri santai malam ni tentang masakan dan peningkatan kendiri


.Kalau bab makan family wana ni, alhamdulillah memang semuanya mudah bab makan..semua makan. 

Tapi macam mana nak tau sedap ke tak kita masak?? ada yang direct terus puji, ada yang diam2 menambah nasinya..heee..kalau ayah mertua wana senang, kalau bertambah tu tau la maksud ape...heee.

Jadi macam mana nak tau kita masak ni sedap tak andai kita nak masak ni untuk kawan2 kita. Masak la seperti biasa. masak dengan kasih sayang. Manusia (dewasa) ada segelintir yang hipokrit, boleh caye ke?..Jadi apa nak buat? 

Mudah aje, masak dalam kuantiti sedikit dan hidangkan kepada kanak-kanak dulu.. Kanak-kanak ni dia jujur dan tulus. bila sedap dia akan cakap sedap, tak sedap akan cakap tak sedap..ha..kan senang..jangan putus asa, perbaiki lagi masakan kita.

sama lah dengan realiti kehidupan, hari-hari kita perlu ada peningkatan kendiri. maksud nya semalam kita dah lakukan 1 perkara yang baik/bagus, hari ni kita tingkatkan lagi menjadi 2, esok dan seterusnya. Sama juga kalau kita nak bercucuk tanam, kena sediakan medium yang sesuai, biji benih yang berkualiti, kita siram, bajai dengan penuh kasih sayang..hasilnya tumbuh pokok yang subur. andai kata pokok nya mati, kita rujuk balik di mana kurang atau silapnya, perbaiki dan pertingkatkan dan hasilnya pohon subur yang merimbun :)

Salam sayang
wana

Sunday, May 18, 2014

Terbaik Buat Anak

wana nak story..agak terharu jugak..sebelum ni ibu ni nak belikan chewable vita c plus untuk anaknya tapi masa tu tak ada stok. Lepas tu beberapa hari yang lepas stok chewable vita c plus muncul kembali. terus wana inbox dia. Terus ibu yang excited ni tanya total dan bank in payment. alhamdulillah. 

Ibu ni seorang yang agak busy, mencelah waktu untuk ke atm untuk dapatkan vitamin untuk anaknya.


seorang ibu sanggup buat apa sahaja untuk anaknya. kerana setiap ibu mahu yang TERBAIK untuk anak-anaknya.

consultation yang TERBAIK daripada wana, tips dan resipi2

wana
id918791
tulipcomey@gmail.com
0199904429

Basic H Pelbagai Guna, Sudah Cuba Terus Jatuh Cinta


hari ni nak bercerita tentang Basic H ni, stok ni baru je sampai jap tadi. Basic H yang sangat banyak kegunaannya. Bila habes aje wana story ni, mesti anda akan cakap WOW!! Jom kita tengok kegunaannya sama-sama ya.

SEBAGAI BAHAN PENCUCI 
  • mencuci dan membersih sayur-sayuran serta buah-buahan daripada racun dan bahan kimia
  • mencuci dan membersih ikan, ayam, daging & seafood daripada bahan awet
  • mencuci dan membersih makanan basah seperti kueteow daripada bahan awet
  • mencuci dan membersih tempat dan peralatan memasak terutama yang berminyak
  • mencuci dan membersih bilik air, tandas, tingkap, rak buku, almari & lain2.
  • mencuci badan, tangan daripada kotoran dakwat pen, minyak, pijar lada
  • cuci dan bersih lantai serta toys
  • membantu menanggalkan gula2 getah yang terlekat pada baju atau seluar
  • mengasah pisau
KETIKA KECEMASAN
  • membantu menghapuskan kutu di kepala
  • terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
  • menghindar serangga seperti nyamuk, lalat, lipas dan lain2
  • membantu menurunkan suhu badan (demam panas sebelum berjumpa doktor)
  • membantu masalah sakit gigi
  • membantu masalah gatal2 badan/miang/ruam (masalah kulit)
  • membantu masalah ulser dan mulut berbau
  • penyubur tanaman dan penggembur tanah
  • membantu menghilangkan karat dan daki pada jam, barang kemas dan lain2.
**hanya gunakan beberapa titik aje (ha..exclusive buat yang shop dengan wana, wana akan ajarkan cara penggunaan dan bancuhannya mengikut tujuan penggunaan anda)


INFO TAMBAHAN:

Basic H ni SANGAT BERBEZA dengan bahan pencuci lain kerana ia SELAMAT, TIDAK BERTOKSIK, TANPA GAS BERACUN, TANPA BAHAN KIMIA BERBAHAYA, TANPA BAHAN PEWANGI, pH SEIMBANG.

MEMANG BAGUS!!

sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi 
wana
id 918791
0199904429
tulipcomey@gmail.com






Seronok nyaaaa


Seronoknya..kenapa pulak?? seronok ber shaklee ni.. dalam Shaklee ada macam-macam produk, untuk badan sihat, rumah sihat, cantik sihat. Sangat banyak yang membuatkan kita teruja untuk mencuba semuanya. Alhamdulillah bro Gdex selamat hantar stok wana tadi. Sampai rumah mak, adik cakap barang dah sampai.

ni dia..

anak dara i yang begitu excited

ni akan dipos esok 


wana
id918791
0199904429
tulipcomey@gmail.com


Thursday, May 8, 2014

kisah si pemasuk benang

lama ye wana tak post entri kat blog wana ni. maaf yang ternanti2 entri wana. hari ni ada kelapangan sikit nak menaip di sini.

Kisah ni kejap tadi, emak wana ni menjahit, tak de la ambik tempahan orang tapi menjahit baju untuk anak-anak dan baju sendiri aje. Oleh kerana kesukaran nak masukkan benang, kadang-kadang tu mintak tolong adik, mintak tolong wana. nak ke jadikan cerita, mak keluar dengan abah jenjalan petang dan singgah kedai yang jual alat-alat menjahit. Nak cari benang untuk siapkan baju kurung katanya.

Sampai kat rumah, jadi try la si alat nak masukkan benang ni.


Abah wana dah duduk satu sudut nengok aje mak dan wana cuba masukkan, wana pun tak tahu caranya, mudah lagi masukkan manual..kata wana. heee..tak terfikir nak google time tu.hahhaa..sekali abah ajar caranya..aah, memang mudah..hahaha..kami gelak satu rumah.


heee..salam sayang :)